Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Novel:Budak Nakal

Permaisuriku Pengawal

Novel:Budak Nakal

BAB 1
 Mengeluh dan mengeluh lagi.Itulah perkara yang dapat aku buat sekarang.Yalah bila mengenangkan nasib diri memang tak salah kalau aku mengeluh.Nasib baik memang susah nak melekat kat aku.Tak tahulah kenapa.Bila nak ceritakan pasal hidup aku,mulalah aku rasa sedih.Kata-kata kakak yang sinis campur mengutuk semalam terimbas kembali di fikiran.Ada ke sinis campur mengutuk?....Faham-faham sendirilah kalau hati marah semua perkataan aku campur. "Dulu nak sangat masuk form 6,kononnya kalau masuk form 6 dapatlah sambung pelajaran ke peringkat ijazah.Tup-tup sekarang terpaksa ambik diploma pula.Dah tu dapat kat universiti B(nama universiti nie terpaksa dirahsiakan takut ada orang tersentap nanti) pula.Universiti tu semua orang boleh masuk.Orang pandang rendahlah kat universiti tu.Syarat kemasukkan dia rendah sangat.Kenapa tak masuk UPSI ke..UKM ke.."kutuk Kakakku yang bernama Aliah itu. "Tak apalah tu asalkan masuk universiti kerajaan.Lepas jugalah beban ayah nak bayar yuran nanti.Tapi betul ke orang pandang rendah kat universiti tu?"termakan juga ayahku yang bernama Bakar itu.Ayah berpaling ke arah aku lalu mengeleng-gelengkan kepalanya.Kecewalah tu! Memandai aje Kak Aliah cakap Universiti B tu dipandang rendah oleh orang.Semua IPTA kat Malaysia ni baguslah.Ada banyak penapisan sebelum pelajar diterima masuk.Dahlah Universiti B tu selalu masuk tv kerana banyak mengharumkan nama negara.Kak Aliah tu bukannya tahu semua tu,dia bukannya selalu tengok berita.Kalau menonton tv, saluran E! kat channel 712 tu saja yang dia tengok.Kalau nak tahu dia tu suka sangat tengok cerita The Kardashian tu.Tak jemu-jemu.Aku tersentap juga tapi aku diamkan diri jer.Nanti tak pasal-pasal aku kena smash Kak Alia.Semua cakap dia kena betul.Yalah kan dia pandai dari aku.Dulu pun dia masuk maktab perguruan.Tu yang dia megah sangat.Keturunan datuk nenek moyang aku mana ada yang masuk sana.Tu yang dia riak sangat.Aku ni apa ajelah yang ada.SPM pun dapat 1A je,mana dapat masuk maktab kan.Sebab tulah dulu aku masuk form 6.STPM pula aku dapat 2.33 jer.Walaupun pointer minimum masuk universiti bagi pelajar STPM hanya 2.0,aku tak dapat juga masuk.Mana tak nyer pointer orang lain lagi gempak dari aku punya.Ada juga kawan aku yang dapat rendah lagi dari pointer dari aku tapi dia dapat masuk juga universiti.Nasib dialah kan.Setiap orang kan berlainan nasib.Dah nasib aku nak buat macam mana kan.Sebab itulah aku patah balik ambik diploma.Aku dapat tawaran untuk kemasukan sesi November.Aku ada juga gembira sebab dapat juga masuk universiti walaupun ambik diploma.Kak Aliah bukannya faham sebab dia selalu dapat yang terbaik. "Yelah..takkan Aliah nak tipu pula.Dahlah tempat tu buruk.U mereka tu kat tengah-tengah pasar.Aliah kan pernah lalu tempat tu masa Aliah ada praktikal kat Mukah dulu sebab tu Aliah tahu.Tempat kediaman perempuan nampak sangatlah dari jalan.Tak tahulah Aliah nak kata apa lagi."sinis Kak Aliah.Kak Aliah ni bukannya apa sebab maktab dia dulu dekat dengan hutan,tu yang dia cemburu sangat ni universiti aku tu dekat dengan pasar. "Alah biasalah tu,kan tu cuma cawangannya aje."Bela ku.Tak sanggup aku menadah telinga mendengarnya.Asyik tersentap je dari tadi.Aku pun menjawaplah. "Huh..itu sajalah yang kau dapat.Belajar pun kat cawangan aje.Kalau kau bagus,kau dah pergi kat semenanjung tau belajar kat U induk dia.Itulah yang akak maksudkan tadi kau tu cuma dapat kentutnya je.Orang yang belajar kat situ semuanya yang keputusan cukup makan aje."Bertubi-tubi dia smash aku balik.Menanah juga telinga dengar. "Orang pergi sanalah nanti kalau nak naik ijazah.Kat cawangan dia tu cuma ada pra dan diploma jer.Semua pun macam tu kan."Ujarku lagi.Ayah pula hanya mendengar aje. "Itulah maksud nya kau tu tak cukup pandai..Kalau keputusan STPM bagus hari tu,kan dah pergi belajar kat semenanjung kan.Taklah dapat cawangan yang kat Mukah tu jer."Kata Alia lagi.Kan aku kena balik. "Itupun dah cukup baik Syura dapat diploma tu.Ayah rasa Syura dapat tawaran sebab dia aliran sains dulu agaknya."Celah ayah tiba-tiba.Kak Aliah kemudiannya mencebik.Dia macam tu sebab dia aliran sastera masa form 5. "Alah aliran sains apanya.Kalau bagus sangat kenapa dulu minta masuk maktab tak dapat.Kalau dari dulu dia ambik diploma tak apalah.Sekarang dah bazir 2 tahun kat form 6.Itulah dah terpaksa nak tak nak terima jelah dia ambik diploma sekarang kan dari dia melangguk kat rumah je."Kutuk Kak Aliah lagi.Dia cakap lagi pasal maktab tu.Memang riak betul dia dengan maktab dia tu! "Dari dulu lagi ayah dah cakap belajar rajin-rajin.Jangan asyik tengok tv jer.Tapi dia tak dengar juga.Banyak dah duit ayah habis hantar dia kat kelas bahasa inggeris tapi boleh pula dia tak datang kelas .Datang dua tiga kali jer lepas tu tak nampak muka dia kat sana."Ayah pula berkata. "Orang tak datang sebab orang kena stay sampai petang setiap hari kat sekolah tulah ayah.Mana ada masa pergi kelas BI tu.Nanti kena dimerit pula kalau tak stay sampai petang."Jelasku dengan nada yang bosan.Dah banyak kali aku menjelaskan pasal kelas BI tu pada ayah sebab dah banyak kali dia ungkit pasal hal tu. "Kau tu memang banyak alasan.Cakap ajelah yang kau tu malas.Semua kerja kau malas."Kutuk Kak Aliah sambil menunjal dahiku.Aku diamkan aje sebab aku mengaku yang aku malas.Tapi malas sikit jer.Biasalah tu adat orang bersekolah.Ada juga ketikanya rajin ada juga ketikanya malas.Pasal kelas BI tu aku memang serius tak dapat datang.Sibuk sangatlah kat sekolah.Jadual orang form 6 memang padat.Pukul 6 petang baru nampak muka aku kat rumah.Letih sangat kalau dah balik sekolah.Kak Aliah bukannya tahu semua tu sebab dia tak pernah masuk form 6. "Memang Aliah tak bekenan betullah kampus kediaman U tu ayah."Sudah dia ungkit balik pasal universiti tu.Ingatkan tadi dah habis. "Kenapa pula ni Aliah?"Soal ayah curiga. "Dekat sangat dengan pasar..lepas tu bersebelahan sangat dengan kampus kediaman lelaki.Nanti dia bersosial ke sana kemari pula."Tuduh Kak Aliah. Kak Aliah ni memanglah.Sesuka hati dia je cakap aku macam tu.Bukan aku ni macam dia tu.Dia tu pernah dapat surat amaran sebab selalu keluar malam dengan kawan dia masa kat maktab dulu.Maktab dekat dengan hutan dan jauh dari bandar pun dia bersosial.Dia lagilah teruk dari aku.Dia bagi alasan kat ayah dan mak yang dia keluar makan je sebab kafeteria kat sana tutup awal sangat.Mak dengan ayah percayalah sebab dia kan anak emas semenjak masuk maktab.Kalau tak percaya nanti merajuk pula Kak Alia.Tahu-tahu nya dia keluar malam tu sebab dia selalu dating dengan pakwe dan berseronok dengan kawan-kawandia kat bandar tu.Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam dari maktab dia ke bandar Sibu pun dia sanggup.Aku malas nak beritahu kat mak dengan ayah sebab aku dah janji dengan dia nak rahsiakan perkara tu.Kalau aku pecahkan rahsia,nanti dia tak ceritakan rahsia yang best-best kat aku lagi. "Iya ke nie?" "Ya ayah.Takkan Aliah tipu pula."Beria-ia Kak Aliah berkata. "Alah tahulah orang jaga diri nanti.Orang bukannya sesat sangat pun sampai nak buat macam tu.Dahlah orang nak masuk bilik dulu."Ujarku geram lalu melangkah ke dalam bilik tidur aku.Kak Alia hanya menjeling ke arahku.Ayah pula terus buka topik lain.Aku tak dengar apa yang mereka bualkan sebab aku dah masuk ke dalam bilik.Ayah aku tu mestilah tanya kakak aku tu macam mana kehidupan kakak aku tu sekarang.Kalau nak tahu,akak aku tu dah bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah di luar bandar semenjak dia konvokesyen 5 bulan yang lepas.Esok dia nak balik dah ke tempat dia mengajar tu.Dia balik ke Miri ni pun sebab dia ada temuduga.Entah temuduga apa sebab aku malas nak tanya.Nanti makin riak pula dia.Ayah memang gembira kalau kakak balik ke Miri,sebab dia dapat makan duit kakak..Tak adalah sampai mengikis tapi kalau kakak balik mesti kakak beli barang dapur untuk kami.Sebab lain itu memanglah dia rindu kat kakak sebab kakak kan anak emas dia.Lagipun kakak jarang sangat dapat balik ke Miri.Aku pun rindu juga kat dia.Cuma kadang-kadang tu sengal sikit dengan perangai dia tu. ******************** Kenangan bersama kakak semalam segera aku buang.Aku membuang pandang ke luar tingkap.Jangankan pasal pelajaran,soal percintaan pun aku fail.Entahlah....Nak kata aku ni buruk rupa tak juga.Nak cakap aku ni cantik sangat tak juga.Rupa aku ni sedang-sedang kot.Banyak yang kata aku ni cute a.k.a comel tapi tak ada juga yang tersangkut.Aku yang tersangkut kat orang adalah.Tapi nasib baik tersangkut jenis yang main-main cinta jer.Suam-suam kuku jer aku ni suka kat orang.Bukan yang serius.Mungkin bukan cinta sejati ya tak.Aku faham kenapa orang tak tersangkut kat aku.Aku memanglah ada rupa sikit,kulit pun putih tapi badan dan ketinggian aku tu yang kurang sikit.Aku ni jenis orang yang berbadan berisi tapi bukan yang gemuk gedempol tau.Gemuk-gemuk manja jer.Eh,ada ke gemuk-gemuk manja.Aku reka jer tu.Berat aku 67kg.Kalau ada usaha dapat aku turunkan berat aku tu tapi yalah aku ni tak ada usaha nak kuruskan badan.Nanti-nanti jelah.Nasib baik gemuk aku masih dapat disembunyikan lagi.Kalau aku bergambar sampai paras dada jer,orang tak tahu aku ni berisi.Wajah aku nampak macam wajah orang yang tak ada masalah berat badan tapi kalau gambar penuh,fuhh!!..nampaklah badan aku yang terlebih comel itu.Ditambah pula aku ni spesis yang manusia yang rendah.Nasib baik tak rendah sangat tapi kalau nak suruh masuk beauty pagent memang out lah. Berbalik kepada cerita asal yang mengenai soal perasaan tadi pula,aku memang selalu bertepuk seorang diri...tak ada orang yang ikut aku bertepuk.Aku memang suka buat perumpaan sendiri.Kalau ada yang kurang berkenan tu aku minta maaflah.Yalah aku kan golongan orang yang kurang bijak macam yang kakak aku cakap tu.Setiap kali aku suka dan mula berminat kat seseorang itu mulalah orang menjauhkan diri.Mungkin trend orang sekarang kot nak kekasih ramping jer.Kalau mereka ada kekasih yang berisi mungkin orang gelakkan mereka.Itu yang mereka takut tu.Tapi kawan aku cakap masa sekolah dululah..ada juga lelaki yang tak pandang semua tu,mereka pandang hati jer.Setakat ni,jujur aku katakan aku masih belum jumpa lagi orang yang macam tu.Mungkin pada masa akan datang.Kita tunggu ajelah kan.Sebenarnya taste aku lain sikit dari orang lain.Aku minat lelaki jenis budak nakal..Alah budak yang selalu buat hal kat sekolah.Aku pun tak tahu kenapa...Nak cakap lelaki jenis budak nakal ni macho,tak juga...Nak cakap cool pun tak juga.Aku pun tak tahu nak jelaskan.Tapi selalu nya budak nakal suka perempuan ramping dan cantik..Sebab tulah aku selalu fail kalau nak memiliki lelaki jenis budak nakal.Mungkin perempuan cantik simbol kejantanan mereka kot.Disebabkan taste aku ni susah untuk aku milikki,aku telah isytiharkan diri aku anti-couple semenjak aku berada di form 5 lagi.Nak fikir pasal pelajaran jer lepas ni.Yalah lepas frust dua kali kisah cinta aku tidak kesampaian aku pun dengan rasminya membuat keputusan itu.Aku ni macam kat mahkamah pula kan pakai rasmi dan isytihar segala...Aku teringat kembali pertama kali hati aku ni tersentuh dengan perkataan cinta tu......






BAB 2

5 TAHUN YANG LEPAS(KETIKA AKU DI TINGKATAN 3)

            "Eh,kenapa mata kau bengkak semacam nie Syura?"Soal kawan sekelasku,Salina.Salina ni akan jadi kawan rapatku di tingkatan 4.Masa ni kami dua masih kawan biasa je sebab baru tingkatan 3 aku sama kelas dengan dengan dia.Dulu tingkatan 1 dan 2 dia tak sama kelas dengan aku.Selama ni aku dengar kabar angin je pasal dia ni.Kalau nak tahu dia ni kira budak  popularlah kat sekolah  ni.Dia kan cantik.Kira bertuahlah  kalau  berkawan dengan dia ni.
        "Yalah.Saya pun baru perasan.Kenapa ya dengan mata awak tu?"Soal kawan rapat Salina,Georgia.Sebelum aku,Georgia adalah kawan rapat Salina ni.Mereka masih berkawan masa tingkatan 4 tapi tak rapat sangat sebab Georgia ni masuk aliran sastera.Jadi kelas pun lain-lain.Georgia ni pun tak kurang hebatnya.Dia ni berbangsa Iban tau.Orangnya putih dan ayu je gayanya.Tapi kalau dibandingkan mereka berdua tu Salina lagi cantik.Itu memang tak boleh dinafikan.Perangai mereka dua ni sama je.Sama baik dan rajin.Sejuk mata memandang.Kerja rumah selalu hantar tepat pada masa.Bukan macam aku.Sebab tulah mereka dua ni budak favourite cikgu.Sebab tulah aku heran juga kenapa aku boleh jadi kawan Salina masa kat tingkatan 4.Nantilah aku cerita pasal aku dan Salina boleh jadi kawan rapat.
        "Owh,biasalah tu.Saya tengok tv sampai lewat malam semalam sebab tulah bengkak mata ni.Alah sikit je ni.Nanti baiklah mata ni."Ujar aku sambil tersenyum.Kalau nak tahu aku ni memang suka sangat menonton tv.Kalau tak menonton tv dalam sehari memang tak sah.Semua rancangan atau drama-drama yang baru keluar kat tv tanya je kat aku.Semua aku tahu.Pukul berapa ke...hari apa ke..tanya je kat aku.Kalau ada test yang keluar pasal rancangan tv sekarang ni,aku rasa aku dah boleh masuk universiti dah sebab dapat A memanjang je.Tapi masalah nya memang tak adalah kan sebab tulah aku masih duduk sebagai pelajar sekolah menengah.
        "Patutlah.Awak ni kan."Geram Salina lalu mencubit lengan aku lembut.Georgia cuma ketawa kecil.Mereka berdua ni memang baik.Selalu je caring dengan aku.
"Kerja rumah matematik awak dah siap?"Soal Georgia pula.Aku tersengih.Biasalah tu.Nama je kerja rumah tapi aku selalu buat kat sekolah.Alah masih banyak lagi masa sebelum cikgu masuk kelas.Kita boleh tengok akibatnya kat masa depan aku sebab sikap aku yang suka menangguh itu.Kan patah balik ambik diploma macam yang Kak Alia aku selalu cakap.Jangan jadi macam aku tau.Aku ni contoh yang tak bagus..hehehehe...
       "Belum..saya nak buatlah ni."Kataku lalu mengambil buku matematik aku dalam beg.Aku memang suka buat kerja last minit.Cuba tanya aku pasal kerja khusus geografi,mesti aku jawap belum juga tadi.Kalau esok tarikh hantar barulah aku buat hari ni.Biasalah tu ...perkataan sedar masih belum sampai kat aku.Aku masih belum dapat hidayah masa tu.Salina dan Georgia hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.Nak bagi aku ruang buat kerja rumah.
       Tengah aku syok-syok buat kerja matematik ni,telinga aku ni menangkap bunyi orang tarik kerusi.Aku pandang ke depan.Eh,dia datanglah hari ni.Selalunya kalau dah datang hari ini dia mesti tak datang sekolah untuk hari esoknya.Kan semalam dia dah hadir.Dia ni datang ke sekolah 3 kali dalam seminggu je.Dia buat sekolah ni macam sekolah ni mak bapak dia punya.Kalau nak tahu dia nilah first love aku yang suam-suam kuku tu.Budak nakal yang bernama Sean.
      "Mimpi apa malam tadi?"Tegur aku namun mata aku masih menumpukan pada soalan matematik yang agak mencabar itu.Dia menoleh.Kalau nak tahu dia ni duduk depan aku je sebab tulah aku agak mesra dengan dia ni.Dia ni jarang cakap dengan perempuan.Hanya aku yang agak berani dengan dia.Lagipun aku yang paling dekat duduk dengan dia kan.
      "Apa?"Soal Sean yang agak keliru dengan apa yang aku cakap.Ni mesti cuci muka je pagi tadi sebab tulah otak dia tu lembab sangat bila aku tanya.Selalunya tahu je apa maksud aku.
      "Selalunya kau tak datang kalau kau dah datang pada hari sebelumnya sebab tulah aku tanya ada mimpi apa."Ujar aku lalu memandang sekilas ke arahnya.Aku dan Sean ni selalu 'berkau beraku' sebab dia ni pun bukannya sopan sangat kan.Selesa lagi kalau macam tu.Kalau sopan sangat nanti dia pula yang pelik dengan sikap aku.Dia tersengih.
      "Alah sekali sekala apa salahnya."Katanya lalu memusingkan kerusinya kebelakang dan menghadap aku.Buku matematiknya dikeluarkan dari begnya.Nak join aku buat kerja rumahlah tu.
     "Kau ajar aku.Nanti kena berdiri kat luar pula."Katanya selamba.Dia ni nama je minta ajar tapi meniru juga akhirnya.Lepas dia faham,dia tiru kerja aku.Dia ni malas mengira sendiri.Kalau meniru senang ikit kerja katanya.Tapi ajar tetap ajar,nanti kantoi pula kalau cikgu tanya kan.Aku terus menjeling kearahnya.Dia tersenyum nak minta kasihan.Dia ni macam tahu-tahu je aku cair kalau tengok dia senyum.Dia ni taklah kacak sangat tapi manis ada juga tau.Rambut dia ala-ala harry potter masa kecik dalam cerita Harry Potter siri pertama tu.
     "Kau kan terer math.Janganlah kedekut sangat ilmu tu."Bisiknya ke telinga aku sambil mengetuk-getuk hujung pennya diatas meja.Berderau darah aku seketika.Hish..Sean memang suka buat aku perasan.Malu pula aku.First time ni orang lelaki bisik kat telinga aku.
      "Kau ada hisap rokok lagi ke tadi?"Soal aku untuk membuang rasa gementar dalam hati.Tapi memang betul dia bau rokok.Masa dia bisik kat aku tadi,semerbak bau yang tidak menyenangkan itu.Aku memang anti dengan bau rokok.Yalah aku kan pernah ada asma.Mana boleh hidu bau asap-asap tercemar ni.
      "Biasalah tu.Kalau aku tak merokok tadi,jangan haraplah kau dapat tengok muka aku kat sini.Memang aku masih kat atas katil tadi.Merokok buang rasa mengantuk aku."Selamba je dia menjawap.Boleh pula dia kata merokok tu biasa.Kalau aku jadi kekasih dia ni,mesti aku makan asap rokok je tiap hari.Memang benda buruk je ada kat dia ni.Kenapa pula aku boleh tersuka kat dia ni sedangkan aku alah pada rokok.Aku pun heran dengan perasaan aku sendiri.
      "Bila nak mula mengajar ni.Dah setahun dah tunggu ni."Tokoknya apabila melihat aku masih tiada reaksi.
      "Kenapa tak tunggu setahun lagi..biar kematu punggung kau duduk kat kerusi tu.Duduk tak sampai 10 minit,dah cakap setahun."Aku membebel.Aku lihat dia ketawa kecil.Sukalah tu!!Aku pun mengajar dia.Nanti tak siap pula kerja rumah kalau aku asyik bersembang kosong dengan dia.Itulah rutin harian aku kalau dia ada hadir ke sekolah.Dia tak pernah lokek nak kongsi cerita dia dengan aku.Semua kerja kotor dia aku tahu.Mungkin dia percayakan aku.Aku jatuh hati kat dia pasal sebab nilah.Dia je yang bagi perhatian kat aku.Aku rasa bahagia sangat.
       “Syura,awak dah bertugas ke belum ni? Tengok cermin kelas ni berdebu je.”Tegur seorang lelaki berkaca mata yang bernama Mohammad Sani John dari arah belakang aku.Kalau nak tahu dia ni ketua kelas.Sani John ni budak melayu kacukan orang putih tapi masalahnya dia ni budak nerd.Baju uniform pun dia pakai jenis lengan panjang.Lepas tu,dia butang baju sampai tak nampak leher.Terlampau kemas.Mungkin sebab tu dia jadi ketua kelas.
        “Hehehe..Kejap lagilah ye.Saya tengah buat kerja rumah ni.”Aku memberi alasan.Ish!!mengacau daun betullah dia ni.Aku baru nak bersama dengan buah hati aku pun tak boleh.Sani menjeling kearah Sean.Macam ada krisis je budak berdua ni.
         “Kerja rumah sepatutnya buat kat rumah bukan kat sekolah.Kalau awak tak nak saya letak nama awak dalam senarai pelajar yang tak bertugas,baik awak bersihkan cepat.Jangan pula awak nak menambah senarai budak nakal kat sekolah ni.”Sindir Sani tajam.Kemudian dia pun berlalu pergi.
        “Saya nak bertugas dulu ni.Nanti awak pulangkan balik lepas awak habis copy.”Ujarku lalu menyerahkan buku latihan aku kepada Sean.Sean hanya mengangguk.Aku memang bodoh waktu tu.Aku benarkan dia meniru aku hanya kerana aku nak selalu dekat dengannya.Aku memang bahagia waktu tu.
        Namun,hari panas yang aku sangka sampai ke tengahari rupanya banjir kilat di waktu petang.Sebulan sebelum PMR,aku telah meluahkan segala isi hati yang sudah menjeruk di hati aku di atas sehelai kertas.Kertas tersebut telah ku amanahkan kepada Salina dan Georgia untuk menyampaikannya kepada Sean.Kalau nak tahu aku ni jenis penakut.Takut nak cakap depan-depan dengan dia.Keyakinan diri aku lemah sangat sebab aku bukanlah siapa-siapa berbanding gadis lain.Aku dah pesan kat Salina dan Georgia supaya jangan bagi Sean baca surat tu dekat sekolah.Aku nak dia baca lepas balik sekolah.Kalau macam tu taklah aku malu sangat dengan reaksi Sean nanti.Aku tak nak dia baca kat sekolah,nanti kawan-kawan dia ejek aku pula.Bukan aku tak kenal kawan dia tu jenis macam mana.
        “Nah ni surat untuk awak.Tadi ada orang suruh bagi kat awak.”Ujar Salina sambil tersenyum mengusik.Georgia yang berada di sebelah Salina pun turut tersenyum.Kawan-kawan Sean yang turut berada di situ terus mengerumuni Sean apabila mendengar Sean mendapat surat.
        “Surat apa ni?Dari siapa?”Soalnya tidak sabar.Tangannya membelek-belek surat tersebut.Aku pula hanya memerhati dari jauh.Dada pula dah bergetar hebat ni.Rasa gugup sangat.
         “Eh, jangan buka sekarang.Orang tu tak suruh awak baca sekarang.Dia nak awak baca kat rumah.Awak sabarlah dulu.Lagi satu,pengirim tu nak nama dia dirahsiakan.Nanti lepas baca awak tahulah siapa yang kirim.”Georgia pula menjelaskan.Selepas itu,Georgia dan Salina pun pergi dari situ.Kawan-kawan Sean pula sudah mula tersenyum mengusik.
          “Wooo...ada orang dapat surat.Untungnya kau Sean,selalunya dapat surat cinta dari pengetua.Sekarang dapat surat dari peminat pula.Tabiklah kat kau.”Ujar Johan lalu menepuk bahu Sean.Sean hanya tersengih.
           “Alah biasalah tu.Orang tu kan kacak.Mana tak ramai yang terpikat.Asalkan jangan budak Syura tu yang hantar surat.Kalau dia yang hantar alamatnya jatuhlah reputasi kau.Duit poket kau pun mesti je selalu habis sebab asyik bagi dia makan je kan...Hahahaha...”Usik Karim pula sambil ketawa terbahak-bahak.Kawan-kawan dia yang lain pun turut ketawa mendengar usikan Karim itu.Dia orang ni macam tahu-tahu je aku yang hantar surat.Aku sudah mula susah hati.
           “Betul cakap Karim tu.Kalau dapat yang macam Salina dan Georgia tu tak apalah.Untung adalah.Tapi kalau yang macam Syura tu,malulah beb.Rupa je cute tapi badan besar.Kau pula kurus melidi.Mana sesuai.Dah macam nombor 10 pula kalau bersama.”Kata Asmadi pula.Sean pula hanya diam mendengar mereka.Macam muka orang risau parasnya.
           “Tak mungkinlah.Kami dua kawan jelah.Korang jangan nak buat cerita pula.Nanti kalau orang dengar kan naya.Lagipun korang kan tahu taste aku macam mana.Syura tu budak baik,tak sesuai dengan aku ni.”Sangkal Sean.Kawan-kawan Sean hanya menjongketkan bahu apabila mendengar kata-kata Sean itu.
           Aku pula terus beredar dari tempat aku memerhatikan mereka.Takut ada yang ternampak aku.Di dalam hati aku sudah tahu apa reaksi Sean apabila membaca surat itu nanti.Aku bukan jenis perempuan yang dia suka.Kata-kata dia kepada temannya tadi masih terngiang-ngiang di telinga aku.Air jernih mula membasahi tubir mataku.Aku sepatutnya tahu dari awal lagi.Nampak sangat macam aku yang terhegeh-hegeh kat dia.Harapan aku sekarang ,semoga dia masih mahu berkawan dengan aku walaupun dia telah menolak kasih yang ingin aku berikan kepadanya.
             
                         ***************************************

          Kejadian semalam aku tinggalkan dalam sejarah.Aku tak mahu kenang lagi.Kalau dia tak beritahu pun aku tahu yang dia memang tak sudi menerima aku.Yalah..siapa sajalah aku ni!!!Cuma seorang perempuan yang bodoh yang sanggup ditirunya kerja rumah dan perempuan yang tidak sedar diri yang suka kepada dia yang ada rupa.
         Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas,ramai mata yang menuju ke arah aku.Tak pernah-pernah macam ni.Sejak bila pula aku jadi popular ni?Ish...perasannya aku!!Tak mungkin aku popularlah dengan keadaan aku yang sekarang ni.Semuanya serba kekurangan.
         Ada yang tersenyum sinis,ada yang ketawa bila melihat aku.Dahlah tak henti-henti memandang aku.Dari depan pintu sampailah aku duduk mereka perhatikan aku.Kang ada yng mata buta sebab aku cucuk baru tahu!!!Aku menoleh ke belakang dimana Salina dan Georgia duduk.Aku lihat mereka pun perhatikan aku juga.Ada cahaya simpati di mata mereka.Aku mula rasa tak sedap hati.
         “Kenapa semua orang pandang saya semacam je ni,Sal?”Soalku kepada Salina.Salina mengeluh lemah.
          “Mereka semua dah tahu pasal surat tu.Kawan-kawan Sean yang sebarkan.Sekarang satu kelas ni dah tahu yang awak suka kat Sean.Awak sabar je ya.”Salina menjelaskan.Georgia pula menganggukan kepala tanda mengiakan kata-kata Salina itu sambil mengusap-gusap tanganku agar aku bersabar.Aku terus meminta diri ke tandas.Tak sanggup aku berada di dalam kelas itu lama-lama.Aku rasa malu sangat.Kenapalah aku buat kerja bodoh ni sampai nekad untuk mengirim surat kepada Sean.Dalam tandas,aku menangis sepuas-puasnya.Aku tak kisah lagi.Lepas ni,aku na lupakan Sean tu buat selama-lamanya.Aku haramkan mulut aku menyebut nama lelaki itu lagi.Tak akan lagi!!!!!!!
           Semenjak kejadian itu,Sean langsung tak menegur ataupun meniru aku lagi.Aku bagaikan tak wujud di matanya.Aku pun malas nak menegur.Dah orang tak sudi buat apa aku nak terhegeh-hegeh.Suara-suara sumbang yang mengutuk dan mengejek aku,aku pekakkan telinga.Buat apa nak dilayan.Cuma Salina dan Georgia yang sudi memberi semangat kepada aku.Kalau tak ada mereka,mesti aku tak dapat menduduki PMR sebab terlalu frust.Aku memang berterima kasih sangat kepada mereka berdua.
            Masa naik ke tingkatan 4,barulah aku tahu cerita sebenar semasa Sean menerima surat aku dulu.Rupanya dia ingat Georgia yang bagi surat tu kat dia.Rupanya selama ni dia suka kat Georgia.Lepas dia tahu surat tu dari aku,dia pun kecewalah.Kalau aku tahu dari awal memang aku tak jatuh hati kat dia.Patutlah selama ni,dia rajin sangat menoleh ke belakang,rupanya nak sekodeng Georgia.Kan Georgia duduk kat belakang aku.Jadi selama ni dia buat-buat mesra dengan aku dan nak belajar dengan aku hanya kerana nak sekodeng Georgia.Aku memang bodoh sebab tak tahu diri sendiri telah dipergunakan.Tak apa ada balasan untuk mereka yang dah buat onar dengan aku.Aku sumpah mereka yang mengutuk dan mengejek aku tu supaya dapat nasib yang sama dengan aku.Ha..kan dah kena sumpah sebab jahat sangat.Kalau tak jahat,aku tak kan sumpah punya,



   
       BAB 3                                               
(SEMASA DI TINGKATAN 4)
              Wajah Salina aku kerling.Bercahaya dan berseri-seri.Semenjak aku duduk bersebelahan dengan Salina di dalam kelas baru ini,hubungan kami semakin rapat.Aku kini menjadi kawan rapatnya.Dia seorang yang memahami dan senang didekati.Semenjak aku berada di kelas Tingkatan 4 Sains C ni,aku tidak mengenali sesiapa selain Salina.Jadi aku pun setuju saja apabila Salina mengajak aku untuk duduk bersebelahan dengannya.Georgia pula kini ditempatkan di kelas lain.Namun pada waktu rehat,kami bertiga masih makan bersama.
               “Kenapa dengan awak ni Sal?”Soalku apabila melihat keceriaan yang terpancar di wajahnya kelihatan agak berlebihan kali ini.Dia hanya tersipu apabila mendengar soalan aku.
               “Saya ada sesuatu nak share dengan awak tapi awak mesti janji tak akan beritahu orang lain.”Salina memandang tepat ke mataku.Aku pula hanya tersenyum dan mengangguk.Macam-macamlah Salina ni.Buat aku suspen aje.
               “I’m in love with someone.”Ujarnya sambil memegang erat tanganku.Matanya bercahaya dan bersungguh bila menyatakannya.Wah!! Ini berita sensasi ni.Budak popular jatuh cinta.
              “Dengan siapa?”Ujar aku teruja.Tak sabar ni nak tahu siapa orang yang bertuah tu.
              “Awak kenal orang tu.Dia satu kelas dengan kita!”Jawapnya sedikit menjerit.Terlalu teruja nak bagitahu aku.Aku pun apalagi ikutlah teruja.Mataku membulat kerana terkejut.Aku kenal lelaki tu????
              Aku cuba menganalisa kata-katanya sebentar tadi.Dalam kelas kami cuma ada lima orang lelaki.Jangan terkejut sebab kelas pandai memang sikit orang lelaki.Cuba kalau masuk kelas hujung sekali,mesti sampai 30 orang lelaki dalam satu kelas.Biasalah tu....Kalau setakat 5 orang tu senanglah aku nak teka  tapi malaslah nak buat penilaian dulu.Biar Salina sendiri yang beritahu.
              “Siapa ye?”
              “Nickson.”Ujarnya pendek.
              “Eh, bukan dia tu jiran awak juga ke?”Aku sedikit terkejut.Kalau nak tahu Nickson nilah budak nakal kedua yang aku suka.Tapi masa ni aku belum suka dia lagi.Salina hanya mengangguk apabila mendengar kata-kataku.Ini kiranya kes suka kat jiran sendirilah ni.
             “Apa pendapat awak?”Soal Salina.Aku hanya menjongketkan bahuku.Tidak tahu hendak memberi komen.Semenjak aku di kelas itu,aku belum pernah bercakap dengan lelaki itu.Bukan aku sombong tapi rasanya tiada hal penting yang aku perlu bercakap dengannya.Aku tahu berkenaan lelaki ini pun sebab Salina selalu bercerita pada aku.Kawan sekelas yang lain pun selalu juga bercakap pasal lelaki ini.Kalau nak tahu hampir separuh perempuan di dalam kelas ini ada menyimpan perasaan terhadap lelaki ini.Jangankan dalam kelas ini,kelas lain pun ada juga.Baru saja beberapa bulan yang lalu,ada kes gaduh berlaku kat sekolah kami ni.Semuanya gara-gara berebutkan lelaki itulah.Aku juga ada dengar, ada seorang perempuan ni sampai sanggup ugut Nickson tu jadi kekasih dia.Tapi Nickson tu buat derk aje.Dahsyat kan perempuan sekarang ini...buat malu kaum hawa aje!!!.
                 Apabila melihat aku hanya menjongketkan bahu,Salina pun meminta diri untuk pergi ke kantin.Selepas Salina berlalu,aku pun mengeluarkan sehelai kertas dari beg aku.Aku nak senaraikan semua pasal Nickson tu.Nak juga aku kaji apa yang istimewa sangat pasal lelaki itu.Kalau ada kesempatan nak juga aku tolong Salina tu.Dia kan pernah tolong aku bagi surat kat tutttttt....dulu.Nama orang tu tak boleh sebut sebab aku dah haramkan mulut aku dari menyebutnya.Korang pun faham-faham ajelah siapa yang aku maksudkan itu.
                          Ketinggian = Sedang-sedang
                          Tahap rupa = Bolehlah(ada iras-iras Eman Manan...hehehe..tak adalah)
                          Status         = Berpunya
                Tahap populariti  = Tinggi(semua orang kenal)
              Tahap kepandaian = Tercorot dalam kelas(ish..ish...ish)
                            Perangai  = Baik macam malaikat (patutlah Salina terpikat)

                 Tengah aku syok-syok tulis,ada suara yang menyapa aku dari belakang.Aku apalagi terus merenyukkan kertas yang aku tulis.Lantas aku sembunyikan di dalam poket baju sekolah aku.Takut ada yang terperasan aku buat kajian.Nanti tak pasal-pasal pula aku yang dikatakan tergila-gilakan budak seekor tu.
                  “Syura,ketua kelas panggil.”Ujar lelaki itu.Aku pun menoleh ke arah lelaki yang bercakap itu.Mataku membulat memandang ke arahnya.Alamak..Nicksonlah!!!Nasib baik dia tak nampak apa yang aku tulis tadi.
                  “Apa?”Soalku bodoh sedangkan dia sudah memberitahu yang ketua kelas nak berjumpa dengan aku.Dia hanya tersenyum melihat aku.Mesti dia fikir yang aku ni pekak.
                  “Ketua kelas panggil tu.”Katanya lalu memuncungkan mulut ke arah pintu bilik kelas.Aku mengeluh lemah apabila melihat kelibat lelaki yang berdiri di hadapan pintu  kelas.Siapa lagi kalau bukan Si Sani John tu!!!Masuk tahun ni,dua kali berturut-turut aku sama kelas dengannya.Tahun ni dia terpilih lagi menjadi ketua kelas.Apa pula yang budak nerd ni nak kali ni!!!Mengacau betullah!!!
                Aku dengan malasnya berjalan kearah Sani.Makin kacak pula Si Sani ni bila dah naik tingkatan 4.Dah matang agaknya.Dia dah tak pakai cermin mata lagi dah.Tapi stail baju dia masih macam dulu.Alah stail yang butang sampai tak nampak leher tu.
                “Apa hal ni Sani?”
                “Ni,ada surat calon pengawas untuk kau.Kau terpilih untuk menyertai kem kepimpinan pelajar.”Sani terus menyerahkan surat tersebut kepadaku.Aku terkejut betul bila dengar yang aku tercalon.Nie ada canlah aku nak kumpul sijil.Selama ni aku mana aktif dengan aktiviti sekolah,apalagi kalau aktiviti kokurikulum.Memang aku failed bab nie!!!
                “Ya ke nie Sani?Eee..bestnya dapat tercalon.”Aku teruja sangat.Sani hanya mencebikan mulutnya apabila melihat gelagat aku.
                 “Yalah...takkan saya tipu pula.Entah macam mana awak boleh dapat ni,saya pun heran.Orang macam awak nak jadi pengawas,alamatnya tunggang terbaliklah sekolah kita ni.Bertugas dalam kelas pun awak malas..apalagi tugas pengawas.Agaknya pemilihan pengawas tahun nie tak ketat kot!!!”Kutuknya di depan aku.Amboi Si Sani nie,dia pandang aku sebelah mata ya.Tak pa, aku akan buktikan yang aku akan lepas ujian pengawas masa kem itu nanti.You better watch out Sani!!!!Amboi terkeluar pula bahasa omputih aku bila marahkan Si Sani nie...Sabar Syura..Dia belum kenal kau siapa lagi!!
                 “Eleh...nak kutuk orang pula.Yang awak tu ada dapat ke tidak.Dah kira bagus saya dapat tau tak..tak macam orang tu!!”Bidas aku.
                 “Mestilah...kalau orang macam awak dapat,apalagi saya yang memang dah sedia hebat nie.Tengok oranglah!!!”Ujarnya lalu mendebik dadanya.Riak sungguh Si Sani nie.Dia ni spesis kakak aku lah.Tidak ku sangka budak nerd ni seorang yang riak.Ni memang geng kakak aku ni.Nak juga aku buat pertandingan siapa paling riak,biar kita tahu siapa pemenangnya.Aku bukan boleh tengok orang riak ni.Pantang keturunan datuk nenek moyang aku!!
             Aku yang malas melayan riak Si Sani ni terus masuk ke kelas semula.Biar dia cakap seorang diri.Salina yang baru balik dari kantin aku lihat ditahan Sani di depan kelas.Salina kelihatannya dapat surat macam aku juga.Nampaknya adalah aku geng nanti.Hehehe...
                 Ketika menjalani kem kepimpinan pengawas yang bertempat di Taman Negara Lambir,aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk aku menunjukkan yang aku mempunyai potensi untuk menjadi pengawas.Doa aku dikaburkan apabila aku lulus untuk menjadi pengawas dan telah dilantik menjadi ketua biro bahagian blok akademik dalam carta organisasi pengawas.Blok akademik merupakan blok yang paling susah nak dijaga.Hari-hari ada aje kes yang berlaku.Mungkin sebab aku garang sangat kot masa kem hari tu sebab tulah mereka pilih aku...Hehehehehe..
                Namun yang tak bestnya Si Sani John tu jadi ketua pengawas pula.Maksudnya dia orang atasan akulah..Mesti dia lebih riak sekarang.Hebat sangat ke Sani tu sampai boleh jadi ketua pengawas??Aku tengok masa kem tu dia biasa je,tak ada yang special pun.


                                   *******************************************
(TINGKATAN 5)
                
                  Semenjak jadi pengawas ni,aku banyak musuh.Aku memang pantang tengok orang langgar peraturan.Terus aku tangkap dan aku masukkan dalam buku log.Pengawas yang dibawah aku kebanyakan mendengar cakap.Seorang dua je yang tak ikut arahan.Adalah dua orang pengawas yang dibawah aku memang tak suka tengok aku.Mereka berdua ni satu geng dengan kakak aku juga.Spesis RIAK!!!!Mereka kan dari kelas elit.Kelas elit kan kelas terpandai kat sekolah ni.Walaupun mereka masih tingkatan 3 tapi mereka tak hormatkan aku sebagai senior mereka.Mereka pandang rendah orang yang tak sama taraf dengan mereka.Lagipun mereka berdua ni pandai bodek cikgu.Pernah sekali tu aku ada krisis dengan mereka berdua.Jadi aku laporkan pada Cikgu Virmala,cikgu yang menguruskan lembaga kepimpinan pengawas ni.Nak tahu siapa menang lepas tu????Mestilah budak berdua yang bernama Melina dan Darius tu!!!Semenjak itu, aku kurang bercakap dengan budak berdua ni.Aku hanya arahkan apa yang patut je bila kami bertugas.
              Hari nie aku terlambat lagi masuk ke kelas.Lambat 10 minit.Aku banyak tugas betullah sejak kebelakangan ini.Tadi aku ronda blok akedemik dengan budak-budak aku.Manalah tahu boleh terlajak masa.Dahlah Madam Diana masuk hari ni.Dia dah pesan hari itu supaya masuk awal ke kelas sebab dia nak bahagikan kami kepada kumpulan.Ntah kenapa dia nak bahagikan kepada kumpulan,aku pun tak tahu.
                Masuk saja aku ke dalam kelas,semua mata tertumpu kearah aku.Macam nilah kalau lambat masuk kelas.Buat aku malu aje.
               “Both of you late again today.Why both of you late?”Soal Madam Diana bersahaja tetapi tegas.Siapa pula yang dengan aku lambat ni?Bukan aku aje ke tadi?
                 Aku pun menoleh ke belakang.Sani John rupanya!!!Bila masanya pula malaun ni kat belakang aku.Tempoh hari pun dia lambat juga sama dengan aku.Musykil betol aku dengan Sani tu.
                “Datinglah tu.”Ujar Jason yang duduk di belakang kelas.Serentak itu,seluruh kelas pun ketawa mendengar kata-katanya itu.Aku mengetap bibir.Jason ni memang nak kena nie.Nanti ada yang aku penggal ni nanti!!!
               “Quite class!!!”Bentak Madam Diana.Serentak itu,semua orang pun diam.Baru padan muka mereka.Ketawalah lagi kalau berani.Madam Diana yang mahu mengejar masa itu terus menyuruh aku dan Sani duduk tanpa mendengar penjelasan daripada kami berdua.Selamat aku...
                “Because Sani and Syura are late today,so they have to join Nickson group.Nickson your group not enough people right?”Madam Diana bertanya kepada Nickson.Nickson hanya menganggukkan kepalanya.Kalau aku awal datang tadi dapatlah aku sama group dengan Salina.Aku tak memilih sebenarnya tapi kalau Sani tu ada aku jadi menyampah.Macamlah tak ada group lain.Huh!!
                 Rupanya Madam Diana nak kami buat drama dari buku literature ‘The pearl’.Setiap kumpulan harus mempersembahkan drama tersebut pada kelas yang akan datang.Drama mestilah mengikut kreativiti masing-masing dan menarik kerana Madam Diana hendak memberi markah yang menyumbang kepada ujian pra spm.Semua pelajar di dalam kelas diarahkan untuk duduk dengan kumpulan masing-masing.Aku pun melangkah dengan malasnya.
               Dalam kumpulan aku ada enam orang pelajar iaitu Nickson,Sani,aku,Jehan,Marvin,dan Jelani.Nickson merupakan ketua kami.Sani aku lihat macam tak suka tapi nak buat macam manakan.Siapa suruh datang lambat ke kelas.Kalau dia awal tadi,rasanya dia yang menjadi ketua kumpulan.Kami berbincang mengenai pembahagian tugas.Aku pula dengan sukarelanya nak menguruskan skrip kami.Mereka yang lain tu pula cuma perlu hafal skrip aje nanti.
                 Bila aku bekerjasama dengan Nickson nie,aku teringat pula pada Salina.Masih aku ingat bagaimana kecewanya Salina tahun lepas kerana cintanya ditolak oleh Nickson.Bila aku dengar berita itu bukan main terkejut lagi aku.Yalah Salina kan perempuan yang cukup pakej.Susah nak cari perempuan macam tu kat muka bumi ni.Sebab tulah aku rasa yang taste Nickson ni tinggi.Salina pun satu hal juga.Dia kan tahu Nickson tu ada teman wanita masa tu,yang dia pergi luahan juga buat apa.Biarpun Salina mengunakan orang tengah untuk menyampaikan perasaannya namun kesannya mendalam juga.Salina ni satu spesis dengan aku juga,Malu nak bagitahu sendiri!!Nasib baik orang tengah dia iaitu Rosnani tu boleh dipercayai.Kalau tak habis satu sekolah ni tahu yang dia syok kat Nickson.Nasib baik tak lama aje dia frust.Dia kan popular,cepat je dia dapat penganti.Masa tu ada abang senior yang sukakan dia.Nama abang tu Fedrul.Boleh tahan jugalah orangnya.Sesuai dengan Salina.
                    Sepanjang aku bekerjasama dengan Nickson,barulah aku kenal hati budi dia.Dia ni taklah sebaik seperti yang aku sangkakan selama ni.Rupanya dia ni seorang perokok,suka tengok lucah,perempuan keliling pinggang,dan suka merayap malam-malam.Patutlah dia tak suka Salina dulu sebab dia suka perempuan jenis gedik je.Mesti ada yang heran macam mana aku tahu perangai sebenar dia kan.
                   Nak dijadikan cerita,ada satu hari tu kami sekumpulan berjanji nak bertemu di sebuah taman.Nak berbincang pasal peranan masing-masing.Masa aku datang tu,aku lihat Nickson dan Marvin tengah tengok laptop kat bawah sebuah pokok kat taman tu.Mereka tak sedar aku datang sebab syok sangat layan laptop.Lagipun aku datang dari arah belakang mereka berdua.Mulanya aku ingat mereka dua tengok filem untuk dijadikan panduan kami nanti.Tapi lepas aku perhatikan dengan dekat,rupanya tengok filem lucah.Aku apalagi terus melopong.Patutlah mereka syok gila tengok laptop tu.Aku pula terus balik.Aku tak nak tanggung dosa kat situ.Aku pun mesej kat Nickson mengatakan aku tak dapat datang sebab aku sakit.
                Teruk betullah dia tu.Kalau nak tengok pun,janganlah masa nak berbincang hal sekolah.Sekali lagi masa sikap sebenar dia terbongkar,kami sekumpulan sedang berlatih di taman yang sama juga.Masa kami berlatih tu,tiba-tiba aje ada seorang perempuan yang pakai tak cukup kain dengan gediknya berjalan ke arah Nickson.Aku dengar mereka berdua plan nak keluar malam tapi tak tahu pula pergi mana.Perempuan tu cakap tempat biasa.
              “Siapa tu bro?”Soal Marvin setelah perempuan tu pergi.
              “Nisha,kekasih aku.”Balas Nickson lalu mengeluarkan kotak rokoknya.Nak merokoklah tu.Aku dan yang lain-lain hanya melayan skrip kami.Malas nak masuk campur.Aku memang berlatih skrip tapi telinga aku pasang besar-besar.
              “Bukan kekasih kau Johana ke?”Marvin berasa sedikit hairan.Nickson hanya tersengih. 
              “Itu kekasih aku yang seorang lagi.Seorang mana cukup beb.Kau pun tahu-tahulah.”Ujarnya nakal sambil menghisap rokoknya.
              “Cayalah kau bro!!”Ujar Marvin lalu menepuk bahunya.Dia hanya tersengih.Teruk betul perangai dia ni.Lagi teruk dari perangai tutttt(korang faham-fahamlah siapa yang aku maksudkan)!!!
              Saban hari bekerjasama dengan Nickson nie,best juga rasanya.Dia pandai melayan pelbagai karenah ahli kumpulan.Lagi-lagi kalau Sani tu.Ada aje yang dia tak berkenan.Namun,Nickson sabar je.Dia ubah juga drama mengikut kesesuaian Si Sani tu.Itu ajelah kualiti dia yang paling bagus yang aku tengok.Dalam sedap-sedap aku menilai dia tu,terasa juga sesuatu dalam hati aku.Ini semua disebabkan kejadian dia tersentuh tangan aku masa kami berlatih berlakon drama.Apalagi masa watak dia dan watak aku sedang bercakap,dia memandang ke dalam mata aku.Aduh..cair aku..Mata dia tu redup sangat.Dah berapa kali aku mengajar diri supaya tak jatuh hati kepada orang macam tu.Dahlah perangai dia tu teruk.Takkan aku nak jatuh hati kat budak nakal lagi!!Agaknya memang susah aku nak jauh dari budak nakal.
            Dia juga semakin mesra dengan aku walaupun selepas drama selesai.Kami berdua selalu bergurau.Yalah kalau nak dilihat pada keburukan,rasanya semua orang pun ada keburukan.Tiada siapa yang sempurna.Jadi dengan perlahan-lahan aku aku menerima keburukan dia dan menerima dia di dalam hati aku.Tapi bila difikir-fikirkan balik rasanya aku yang syok sendiri sebab dia bukannya tahu perasaan aku pun.Dia anggap aku kawan aje.Bila aku beritahu Salina mengenai pekara ni,Salina sokong aku je.Dia cuma pesan kat aku supaya jangan berharap sangat dengan Nickson tu kerana taste Nickson tu tinggi.
              Disebabkan hal itu,aku pasrah dan mengambil jalan untuk tidak berharap sangat kat Nickson tu.Aku bercadang mahu meluahkan hati aku walaupun aku tahu dia akan menolak.Selagi aku tak beritahu,aku rasakan ada duri di hatiku.Rasa sakit sangat.Lalu aku pun meluahkan segala isi hati aku didalam sebuah  movie pendek yang aku buat dan aku simpan di dalam vcd.Aku tak mahu mengunakan surat macam dulu lagi.Aku dah serik!! Didalam movie tu aku katakan yang aku pernah menyukai dia.Aku juga mengatakan aku tidak berharap untuk menjadi kekasih dia tetapi aku harap kami masih lagi berkawan.Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.Vcd itu aku minta tolong Rosnani bagi pada Nickson.
          
              Malam itu,aku ada mendapat pesanan sms dari Nickson.Labuh air mata aku saat membaca sms dia.
               ‘sori,awak bukan type saya.Kuruskan dulu badan tu kalau nak berdamping dengan saya.Patutnya awak ingat diri awak tu sikit!’

           Keburukan aku juga yang dia timbulkan sedangkan dia lagi banyak keburukan.Malam itu aku tidur dengan berlinangan air mata.Memang seperti yang aku jangkakan.Sekali lagi aku tewas dengan perasaan diri.Semenjak dari hari itu,dia tidak bercakap dengan aku lagi.Bertegur pun tak.Agaknya dia tak sudi lagi menjadi kawan aku..
              Di dalam kelas pula,banyak yang berbisik-bisik bila melihat aku.Salina kata Marvin yang beritahu semua orang.Mesti Nickson yang yang bagitahu Marvin.Aku buat pekak je bila mereka kutuk aku.Kan dalam kelas ni ramai peminat Nickson jadi ramailah orang kutuk aku.Dalam aku menahan perasaan itu,tewas juga aku dengan kesedihan diri.Bila rasa tak tahan,aku terus melarikan diri ke belakang bangunan sekolah.
           “Ehemmm...”Suara orang berdehem kedengaran.Aku terus mengesat air mataku.Selalunya masa waktu balik tak ada orang kat belakang sekolah ni.Siapa pula ni???
            “Dulu Sean,sekarang Nickson.Bilalah taste kau tu nak tukar?”Ujar suara itu.Aku terus menoleh ke arah suara itu.Sani John rupanya!!!
             “Apa kau sibuk!”Bentak aku.Mengacau aje mamat nie.
            “Suka hati akulah mulut aku.Kau tu harusnya cari je orang yang sesuai dengan kau.Tak perlulah nak nangis lagi kan.Kalau kau masih suka budak nakal alamatnya sepanjang hiduplah kau bersedih.”Sindir Sani.Aku mengerlingnya tajam.
            “Suka hati akulah hak aku!”Balas aku pula.Dia hanya tersenyum mendengarnya.Yalah kan aku copy je ayat dia tadi.
            “Kalau kau nak,kita dua je yang couple.Habis cerita.”Ujar Sani lembut lalu menghulurkan sehelai tisu kepada aku.Terkejut aku mendengarnya.Namun aku buat tak tahu aje.Jangan-jangan dia ni nak mainkan aku tak.Yalah kan aku senang dipermainkan
                “Dahlah malas nak layan kau!”Ujar ku lalu menolak tangannya yang sedang menghulurkan tisu itu.Aku terus berlalu pergi dari tempat itu.Tiba-tiba pula hati aku rasa sedikit berdebar.Macam-macam betul!!Malas aku nak fikir apa-apa lagi.Semua lelaki tidak boleh dipercayai.Nak perempuan yang cantik je.Aku bersumpah aku tak akan jatuh hati lagi pada budak nakal. Sejak dari itu,bermulalah kisah aku sebagai seorang gadis anti-couple.
            


              




3 comments:

kart_teena said...

alamak..cam best jak..naper pula x terima sani john??? grenti sani john tu memg dah lama minat kat dia nie..ehe..

Santia Kim said...

surprise....x bleh ckap skrg:)

Anonymous said...

Hebat

#navbar-iframe { display: none ; }