Keadaan semakin suram di kawasan perkuburan Kampung Ayer Dalam itu. Sesekali kedengaran desiran angin sejuk menampar pipi. Kelihatan seorang budak berumur 13 tahun meringkuk menangis di sebelah kubur ibu dan bapanya yang tercinta. Seorang penduduk kampung pun tidak kelihatan untuk turut sama meratapi kehilangan ibu bapanya. Adakah disebabkan mereka keturunan hamba jadi mereka dikategorikan sebagai hina. Pasti sesiapa yang mendengar tidak percaya bahawa dunia ini masih ada golongan hamba. Tapi itu wujud di Negara Malaung. Arus kemodenan tidak mengusir susun lapis masyarakat di negara itu sejak dari zaman dahulu. Kalau dari azali memang keturunan hamba maka generasi yang seterusnya juga keturunan hamba. Memang tidak adil bagi yang memegang status ini.
Suara budak perempuan yang amat comel itu semakin lama semakin nyaring. Cuma Pak Mat dan Tuan Johari saja yang mahu menemaninya di situ. Tuan Johari merangkap bapa saudara budak perempuan itu bukannya sudi berada di situ namun apakan daya, hanya dia satu-satunya saudara budak itu yang masih hidup. Kalau diikutkan hati mahu saja dia buat tidak kenal pada keluarga hina itu. Ini semua semua salah adik lelakinya Bohari. Kalau Bohari tidak mengikut hati untuk berkahwin dengan wanita keturunan hamba, pasti adiknya tidak akan dibuang keluarga. Sudah bagus dilahirkan dalam keluarga berada namun meminta pula menjadi hamba. Tak ke bodoh namanya itu! Bila dah mati menyusahkannya pula.
“ Apa kamu nak buat dengan Piyu?”Tanya Pak Mat. Kasihan sungguh dia pada anak itu. Kecil-kecil sudah kehilangan ibu bapa.
“Nak buat apanya? Saya datang ni pun dah kira nasib baik. Kalau ikutkan hati saya ni malas saya nak jejakan kaki saya ke sini. Lepas ni saya tak nak ada kena mengena dengan adik saya. Saya dah tak adik lagi semenjak dia buat keputusan untuk keluar dari rumah. Jadi dengan itu anaknya juga tidak ada kena mengena dengan saya juga.”Tuan Johari menegaskan.
“Tapi Piyu tu tak ada sapa-sapa lagi selain kamu.Kamu tak kasihan ke kat dia? Lagipun Bohari dan Samsiah baru je meninggal takkan kamu nak biarkan saja dia terkontang-kanting.”Pak Mat memandang Tuan Johari dengan tajamnya. Meminta pengertian lelaki yang berusia awal 40-an itu. Tuan Johari hanya tersenyum sinis.
“Saya tak akan jaga dia. Kalau boleh saya nak hantar dia kat rumah anak yatim. Tak pun saya jual je dia kat orang. Lagipun diakan keturunan hamba. Biar dia jadi hamba kat mana-mana rumah besar yang memerlukan orang gaji.” Lancar saja mulut Tuan Johari mengatakan kata-kata itu. Langsung tiada penyesalan.
“Kamu dah gila???”Terkejut Pak Mat mendengarnya.
“Saya hanya nak jaga status keluarga saya. Saya tak ingin nama keluarga saya dicemari dengan hama yang budak tu bawa. Lagipun sekarang anak saya Ariani tu sedang ikut pencalonan menjadi kakitangan diraja. Pak Mat pun tahukan syarat-syaratnya macam mana kan. Tidak dibenarkan sesiapa yang dari keturunan hamba atau yang berkaitan dengan golongan hamba mengikuti pencalonan itu.”Tuan Johari menjelaskan. Pekerjaan anaknya amat penting untuk imej keluarganya. Mana tahu anaknya dapat tangkap ikan besar di dalam istana nanti. Dapat anak Menteri pun jadilah.Dulu semasa pemilihan permaisuri Negara Malaung, dia tidak dapat menghantar anaknya mengikuti pemilihan memandangkan anaknya belum cukup umur. Kalau rancangannya menjadi pasti dia akan menjadi orang yang berpengaruh di negara itu. Perniagaannya juga dapat dikembangkan.
“Kamu memang pentingkan diri. Kalau kamu tak sudi menjaga dia biar aku yang jaga dia. Aku akan ambi dia jadi anak angkat aku. Kamu tak payah campur urusan dia lagi. Mulai dari hari ini aku akan pastikan dia tak ada kena mengena dengan keluarga kamu.”Janji Pak Mat. Status Piyu pasti dapat ditukar setelah dia mengangkat anak itu menjadi anaknya. Walaupun dia tidak kaya, sekurang-kurangnya dia bukan dari keturunan hamba.
Kalau Tuan Johari tidak sudi menjaga Piyu, dia dengan berbesar hati akan menjaga Piyu. Lagipun sudah lama hati tuanya tercuit dengan lagak Piyu yang berbakat besar dalam dunia persilatan itu. Memandangkan dia tiada anak maka tidak salah dia mengambil Piyu menjadi anaknya. Walaupun Piyu perempuan, tidak salah andainya dia menurunkan ilmu silatnya pada Piyu.Teringat pula dia akan lagak Piyu melawan dua budak lelaki semasa sesi latihan silat di rumahnya tidak lama dulu. Piyu selalu curi-curi pergi kerumahnya untuk belajar silat.Bohari dan Samsiah memang selalu menghalang niat Piyu memandangkan Piyu itu perempuan.
“Ah, suka hati Pak Mat lah. Janji tidak menyusahkan saya.”Ujar Tuan Johari lalu mengangkat kaki dari tempat itu.
Pak Mat hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat lagak Tuan Johari itu. Kemudian matanya memandang ke arah Piyu yang kelihatan sayu itu. Kepala Piyu diusapnya lembut.
“Mari nak... kita balik. Dah nak senja ni.”Mata Piyu yang dilinangi air mata itu direnung kasihan.
“Piyu tak nak tinggalkan ibu dengan ayah. Nanti mereka cari Piyu.”naif sekali bunyinya.
“Sekarang ni Pak Mat ialah ayah Piyu. Piyu kena ikut Pak Mat. Ibu dengan ayah Piyu tak akan balik lagi.”Ujar Pak Mat.Tangan tuanya mengangkat tubuh Piyu yang duduk di atas tanah itu supaya berdiri. Piyu hanya mengangguk.Tangan Pak Mat digengamnya kuat. Dia faham apa yang disampaikan Pak Mat. Ibu bapanya memang sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.Pak Mat dan Piyu pun meninggalkan tempat itu kemudiaannya.
*********************
Bunyi kicauan burung di Taman Banglo Maharani Syarifah merangkap Nenda kepada Putera Aiman Nazrin langsung tidak menarik perhatian Putera Aiman Nazrin langsung. Dia bosan asyik terperuk dalam banglo nendanya. Fikirnya kalau dia balik ke kampung jumpa nendanya dia akan bebas. Namun keadaannya sama juga dengan keadaannya di istana yang berada di bandar.Alasan yang sama didengar jika dia meminta kebenaran untuk keluar. ’Bahaya kalau anaknda keluar nanti dilanda bencana’. Dia bosan!
Berapa kali sudah bibirnya mengeluh. Kalaulah dia dilahirkan menjadi orang kebanyakan pasti hidupnya bahagia. Dia juga mahu main seperti budak-budak lain kat luar sana. Budak yang seumurnya tidak patut hanya terperap di tempat kediaman.
“Hai...mengeluh panjang nampak.”Tegur satu suara dari arah belakangnya. Putera Aiman menoleh. Kemudian wajahnya terpancar sinar gembira. Sepupunya Putera Sharin rupanya!
“Wah, kau dah datang.”Ujarnya selepas melilau-lilau ke persekitaran. Dia tidak akan berbual formal dengan Putera Sharin kalau tiada pengawal atau sesiapa saja berdekatan. Dengan geng mana boleh cakap formal. Nanti tak gempak!
“Ya, tuan putera.Patik datang untuk berkhidmat.”Putera Sharin masih formal dalam nada bercanda.
“Kau ni cakap ajelah macam biasa.Bukannya ada orang. Line clear.”Senyuman terukir pada bibir merahnya.
“Eh..ya ke. Aku tak perasan pula..Mantap tak ayat aku tadi.hihihi.” Putera Sharin membalas lalu ketawa kecil. Nanti dikatakan dia biadap pula kalau tidak bercakap formal dengan Putera Aiman. Bondanya sudah berapa kali berpesan kepadanya.
Putera Sharin sengaja datang ke banglo nendanya untuk menjenguk Putera Aiman.Dia tahu Aiman mesti bosan tiada kawan. Kasihan dia melihat Aiman yang sentiasa terperap di rumah. Keadaan Aiman dengannya memang berbeza kerana Aiman putera mahkota.Ayah Aiman ialah maharaja jadi Aiman bakal mewarisi tahta ayahndanya. Dia pula hanya putera biasa memandangkan ayahnya bukan anak sulung. Disebabkan itulah dia agak bebas berbanding Aiman. Dia boleh pergi kemana saja dia suka. Dia juga tidak perlu tinggal di istana macam Aiman. Keluarganya tinggal di villa kepunyaan ayahnya sendiri.
“Mantaplah sangat. Kenapa kau tiba-tiba datang ni?” Soal Putera Aiman agak hairan. Bukankah masa ni bukan cuti sekolah. Setahunya Putera Sharin bersekolah di Sekolah Menengah Bakti yang khas untuk golongan bangsawan dan kerabat sahaja. Lainlah kalau macamnya yang hanya belajar di istana. Cikgu yang perlu datang ke istana mengajarnya kerana dia tidak boleh keluar istana sesuka hati.Cikgunya pula bukannya calang-calang.Kebanyakannya diimport dari luar negara. Cuma cikgu agamanya sahaja orang tempatan. Itupun ustaz yang berkelayakan tinggi.
“Dah orang tu mesej cakap bosan kat kampung ni.So aku datanglah. Kenapa kau tak suka aku datang ke? Kalau kau tak suka aku balik sekarang ini juga.”Ujar Putera Sharin lalu mengacah untuk pergi dari situ.
“Eh,aku tanya je pun bukannya aku tak suka.”Tahan Putera Aiman lalu menarik lengan Putera Sharin.
“Tahu takut..hahahha.”Putera Sharin ketawa kecil. Kemudian Putera Aiman menumbuk perlahan lengan sepupunya itu. Suka sangat bergurau dengannya.
“Yalah tu. Kau tak sekolah ke hari ni? Sesuka hati je kau memonteng.”
“Kau bukan tak tahu pengetua tu satu geng dengan aku. Aku suruh dia buat cuti khas selama seminggu. Kalau dia tak nak aku repot kat ayahnda aku.hihihi.”Putera Sharin menjelaskan. Putera Aiman hanya mengelengkan kepala. Putera Sharin memang begitu selalu sahaja mengunakan kuasanya.
“Owh ya.Kau datang ni ada tak bawa cerita baru.Aku nak dengarlah.”Ujar Putera Aiman teruja.
“Cerita apa yang kau nak? Cerita hantu, cerita cinta ,cerita sedih...semua aku ada.”Jawab Putera Sharin lalu mendebik dada. Kononnya expert semua cerita.
“Bukan cerita macam tu yang aku nak. Aku nak kau cerita kat aku apa penduduk-penduduk tu buat kat luar tu. Apa aktiviti mereka, macam mana rupa mereka...”Bersungguh-sungguh bunyinya. Selama 13 tahun dia hidup, tidak pernah lagi dia berkomunikasi dengan orang luar istana. Kalau dia jalan pun dia hanya boleh balik ke kampung nendanya.Itupun kena menaiki kenderaan yang bercermin gelap. Dia tidak dapat tengok pemandangan kat luar. Jakun betul hidupnya.
“Mereka makan nasi macam kau juga.Rupa mereka macam manusialah.Apalah kau ni.Takkan macam alien.Hihihi..”Sekali lagi Putera Sharin ketawa. Lucu betul kata-kata Putera Aiman pada pendengarannya.
“Ish..kau ni gelakkan aku pula. Cubalah kau tolong aku keluar dari banglo ni. Aku nak tengok dunia luar tu.Sekejap pun tak apa.”Pinta Putera Aiman. Bersinar-sinar matanya.
“Eh..mana boleh. Nanti bonda dan nenda kau marah. Bukan kau aje kena hukum nanti. Dengan aku-aku sekali kena hukum kalau kau kena tangkap keluar dari istana.”Putera Sharin menolak. Takut dia mahu menunaikan permintaan Putera Aiman itu.
“Tolong aku kali ni je. Kalau kau tak bagi tahu mereka tak akan tahu. Kau tutup je mulut kau tu. Nanti kita tukar bajulah. Biar orang tak kenal aku siapa.Nanti kau berlakonlah jadi aku.Kau duduk aje kat bilik aku sampai aku balik.”Pujuk Putera Aiman lagi.
Putera Sharin berfikir sejenak.Akhirnya dia mengangguk.Nasib baik kat banglo nenda tidak banyak sangat pengawal seperti di istana.Kalau tidak jangan haraplah Putera Aiman dapat menyelinap keluar.
*************************
Piyu terkial-kial menjolok buah rambutan yang rimbun itu. Entah pokok rambutan siapa yang dia jolok itu. Dia teringin sangat makan rambutan yang kelihatan merah itu. Dusun rambutan siapalah yang dia terjah itu, dia sudah tidak peduli. Yang penting perutnya perlu diisi.Tiba-tiba ada orang menegah dia dari belakang. Terkejut bukan kepalang dirinya sehinggakan keluar semua silat yang dipelajarinya dari Pak Mat.
“Hoi, siapa kau nak curi buah rambutan nenda aku!”Ujar Putera Aiman. Nenda pernah memberitahunya bahawa nendanya ada memiliki dusun rambutan yang berada tidak berapa jauh dari banglo nendanya.Berjalan sahaja 15 minit dari kawasan banglo pasti akan terjumpa dusun itu.
“Aku keturunan panglima sakti. Berani kau kacau ketenteraman aku!” Balas Piyu dalam nada yang masih terkejut. Mulutnya tidak sengaja meluncurkan ayat tidak masuk akal itu. Tubuhnya pula masih menunjukkan bunga silatnya. Putera Aiman yang melihat keadaan Piyu yang kelihatan lucu itu kemudiannya tersenyum. Salah dia kerana menegah budak perempuan itu.
“Memang adat panglima ke curi buah orang? Bukankah itu satu kesalahan.”Ujar Putera Aiman. Dia agak prejudis dengan orang yang mencuri ni. Apa tidak cukupkah yang kerajaan bagi selama ini. Takkan ayahndanya tidak menyediakan peruntukkan untuk penduduk-penduduk yang miskin. Dari pakaian budak perempuan itu yang agak lusuh dia tahu budak itu bukan dari golongan yang senang.
“Suka hati akulah. Lagipun nenda kau tak letak pun tanda tak boleh ambi buah rambutan kat sini. Jadi aku pun ambillah.”Jawap Piyu lalu menghentikan bunga silatnya. Dadanya ditepuk berapa kali untuk menghentikan rasa terkejutnya. Terpanar seketika dia melihat budak lelaki yang berdiri dihadapannya itu. Tidak pernah dia melihat baju yang secantik itu. Budak lelaki itu memakai T-shirt polo dan berseluar jeans. Mana pernah budak lelaki di kampung itu yang pakai baju macam itu. Mesti lelaki itu anak orang kaya.
“Betul juga. Nanti aku bagitahu nenda aku supaya letak tanda kat sini. Disebabkan ini kecuaian nenda, aku benarkan kau ambi buah rambutan ni. Tapi lain kali kau tak boleh curi lagi.”Balas Putera Aiman lalu menganggukkan kepalanya apabila mendengar jawapan dari Piyu.Senang betul ditipu memandangkan dia tidak pernah menjenguk dunia luar.
“Suka hati akulah nak curi ke tak.Aku tak perlukan persetujuan kau.”Ujar Piyu.Lelaki itu siapa nak mengarah-garahnya. Berlagak betul bunyi lelaki itu.
“Biadap sungguh percakapan kau.Kau belum tahu aku siapa.”Pantang sungguh Putera Aiman pada orang yang mengingkar arahannya. Apa dia tak tahu kah aku ni putera mahkota.
“Aku peduli apa kau siapa. Tak penting langsung bagi aku. Yang penting aku dapat makan.”Ujar Piyu lalu bersimpuh di bawah pohon rambutan itu. Buah rambutan yang dijoloknya tadi dikopek dengan pantas. Putera Aiman hanya terbuntang melihat aksi budak perempuan itu. Biadap sungguh!
“Kau tak pergi sekolah ke? Banyak masa kau mencuri..”perli Putera Aiman setelah melihat pakaian perempuan itu. Kalau tak salahnya itu pakaian seragam sekolah walaupun kelihatannya sudah agak lusuh.
“Penyibuk betullah kau ni. Aku baru balik sekolahlah ni. Aku sekolah sesi pagi. Aku berhenti kejap tadi masa lalu sini. Kalau kau tak caya itu basikal dan beg sekolah aku.”Ujar Piyu lalu menunjukkan basikal buruknya yang dipakir tidak jauh dari situ. Kelihatan terletak di bahu jalan itu sahaja.
“Ooo..”Itu sahaja yang terluah dari bibir Putera Aiman. Sebenarnya dia agak teruja bertemu dengan perempuan asing itu. Baru ini kali pertama dia bertemu dengan orang yang bukan dari istana. Budak perempuan itu kelihatan agak comel juga walaupun pakaiannya agak lusuh. Mungkin perempuan itu boleh menunjukkannya dunia luar ini. Dia bukannya mahir sangat jalan di kampung ni.
“Kau budak bandar eh?” Soal Piyu setelah melihat lelaki itu ralit memerhatikannya.Macam tidak pernah lihat orang sahaja lagak lelaki itu. Percakapan lelaki itu juga lain dari percakapan orang kampung. Teratur semacam.
Putera Aiman mengangguk lalu melabuhkan punggungnya disebelah Piyu. Malas dia nak memberitahu identitinya. Masih ingat lagi pesan bonda. Takut ada orang mahu menganayainya. Lagipun dia tidak boleh percaya orang macam itu saja.
“Patutlah baju kau lain. Aku belum pernah pergi bandar. Apa yang ada kat bandar tu?” Soal Piyu lagi. Seronok juga kalau bertemu dengan orang bandar. Boleh berkongsi cerita.
Putera Aiman menelan air liurnya.Dia bukannya pernah keluar biarpun dia tinggal kat bandar. Ah..bantai ajelah!
“Oh..kat bandar tu banyak bangunan tinggi. Banyak kedai.”Ujarnya meniru apa yang Putera Sharin pernah cerita padanya selama ini. Harap perempuan kat sebelah nya itu percaya.
“Oh..jadi betullah apa yang cikgu aku cakap kat sekolah. Kau nak?”Ujar Piyu lalu menyuakan beberapa tangkai rambutan. Putera Aiman cepat-cepat menyambut. Dia mana pernah makan rambutan mentah-mentah macam ni.Selalunya dia makan rambutan yang sudah dikopek. Dia mana reti kopek rambutan. Rambutan itu dibeleknya berkali-kali. Berasa was- was hendak memakannya. Bersih ke tidak buah itu sementelah baru saja dijolok oleh perempuan itu. Lagipun rambutan itu jatuh ke tanah masa perempuan itu menjoloknya.
“Apa yang kau tengok-tengok lagi tu? Makan ajelah.”Ujar Piyu setelah dia perasan budak lelaki itu asyik menbelek-belek rambutan itu. Sombong betul lagak lelaki itu di matanya.Macamlah rambutan itu kotor sangat.
“Ermm....aku tak pandai kopek rambutan. Selalunya orang yang kopekan untuk aku.”Balas Putera Aiman malu-malu. Nak tak nak di terpaksa bagitahu juga kelemahannya itu. Kalau tidak sampai bila-bila pun dia tidak akan dapat menjamah rambutan itu.
“Iya...hahhahahahahhaha. Kau ni memang dasar anak emaslah. Makan rambutan pun kau tak tahu.”Terbahak-bahak Piyu ketawa. Selama dia hidup dia tak pernah dengar orang yang tak pandai makan rambutan. Nampak sangat lelaki itu anak orang kaya yang manja. Semua benda orang sediakan. Jangan-jangan dia makan pun orang suapkan.
Wajah Putera Aiman mula merah. Geram dirinya diketawakan. Hendak sahaja dia menyuruh ayahndanya mengeluarkan titah pancung pada budak perempuan yang lancang itu. Mana pernah orang ketawakan dia. Terasa egonya dicabar.
“Kau diam. Berani sungguh kau ketawakan aku.”Suaranya agak meninggi. Memang selalu lancang beginikah pertuturan manusia yang tinggal di luar istana. Boleh murka seribu tahun kalau berterusan dia menerima layanan sebegini.
“Alah...orang gurau pun tak boleh. Kau ni sensitif sangatlah. Dahla bak sini rambutan tu.”Ujar Piyu setelah mematikan tawanya. Rambutan dalam genggaman Putera Aiman yang melekat pada isi rambutan dapat diusir pergi.
“Nah..ambillah. Aku dah tolong kau kopekkan.”Ujar Piyu lalu menyuakan rambutan itu ke arah Putera Aiman. Putera Aiman menayangkan muka cemberut. Dia berpeluk tubuh. Masih merajuk dengan Piyu. Piyu mencebikkan mulutnya apabila melihat gelagat lelaki itu. Mengada-gada sungguh. Baru kali ini dia terjumpa budak lelaki yang merajuk. Buruk benar rupanya.
“Tak nak sudah...Kang ada pula yang kempunan tak makan rambutan. Kalau kau tak nak aku berbesar hati untuk makannya bagi pihak kau.” Ujar Piyu lalu mengacah untuk membawa rambutan itu ke mulut. Dia mahu tengok sejauh mana lelaki itu mahu merajuk dengannya.
“Eh...siapa cakap aku tak nak!”Pantas tangan Putera Aiman menyambar buah itu dari Piyu. Piyu sudah tersenyum kemenangan. Tahu takut..
Cepat saja rambutan itu disumbatkan ke mulut. Barangkali dia bimbang Piyu akan merampas kembali. Semakin lebar sengihan Piyu bila melihatnya. Macamlah dia bodoh sangat nak ambil rambutan yang satu itu sedangkan banyak lagi rambutan yang berada dalam pangkuannya.
Tanpa ajakan, tidak segan-segan Putera Aiman mengambil satu lagi rambutan dari Piyu. Namun disuakan kembali kepada Piyu. Berkerut dahi Piyu hairan.
“Kopekkan untuk aku lagi.”Kata Putera Aiman sambil memandang ke tepi. Dia melepaskan deheman kecil. Segan barangkali menyuruh perempuan itu untuk kedua kalinya.
“Aku bukannya orang gaji kau. Kau ada dua tangan jadi pakailah. Takkan kau nak selama-lamanya tak pandai kopek rambutan.”Balas Piyu lagi. Dia ingat aku ni babu dia. Dahla tak ada gaji.
“Yalah-yalah..Kau ajarlah aku.”Ujar Putera Aiman lagi. Betul juga apa yang gadis itu katakan. Takkan selama-lamanya dia tak pandai kopek rambutan.
Piyu kemudiannya mengambil rambutan yang berada di tangan Putera Aiman. Kemudian dipusingkan kulit rambutan itu kepada dua. Lepas itu disuakan kembali kepada Putera Aiman.
“Kau nampak kan. Kalau kau nak gigit pun boleh. Tapi kalau nak senang buat je macam tadi.”Ajar Piyu. Putera Aiman menganggukkan kepalanya faham. Kemudian dia pun mencubanya sendiri. Cekap saja tangannya mengopek kulit rambutan itu.
“Pandai pun kau.”Puji Piyu setelah melihat kecekapan Piyu. Macam orang yang memang pandai kopek rambutan saja lagaknya.
Putera Aiman hanya tersenyum mendengar pujian itu. Sudah lali dia mendengarnya. Di istana kerap kali dia mendengar orang memujinya pandai. Mana taknya sekali saja gurunya mengajar satu subjek itu, dia sudah dapat menangkapnya. Sebab itulah dia cepat menghabiskan silibus pelajaran yang sepatutnya diambil dalam masa setahun. Dia hanya mengambil masa tiga bulan untuk menghabiskannya.
“Em...kau boleh tak bawa aku jalan-jalan sekitar sini? Aku baru lagi kat sini.” Ujar Putera Aiman setelah mereka berdua selesai melahap buah rambutan yang dijolok tadi. Kenyang pula rasa perut setelah menikmati rambutan yang sedap itu.
“ Tak boleh. Aku sibuk. Dahla aku nak balik dulu.”Tolak Piyu. Dia terus bangun dari duduknya. Baju seragam sekolahnya ditibas-tibas bagi menghilangkan pasir yang melekat. Malas dia nak bawa budak lelaki itu jalan-jalan. Nanti Pak Mat mencarinya pula. Lagipun dia nak belajar silat selepas balik ni.
Termanggu-manggu Putera Aiman ditinggalkannya di situ. Putera Aiman lantas bangun mengekorinya dari belakang.
“Pesal pula kau ikut aku pula ni.Dah..dah aku nak balik. Kau jalan je sorang-sorang. Nanti lama-lama kau tahulah jalan kat sini. Nanti orang cakap macam-macam pula kalau aku temankan kau.”Ujar Piyu. Dia tak boleh berlama-lama dengan lelaki itu. Dia masih tahu batasnya. Nanti apa pula kata orang kampung. Sudahlah namanya memang buruk kat kampung itu.
Putera Aiman menunduk bila mendengar kata-kata dari Piyu. Dia berasa agak kecewa. Dia baru saja nak tengok dunia luar sudah ada halangan pula. Namun dia tidak boleh memaksa perempuan itu. Barangkali perempuan itu ada hal penting. Tapi dia harus menanyakan sesuatu pada perempuan itu. Sudah lama berborak tapi nama perempuan itu dia masih tidak tahu.
“Em..siapa nama kau?” Soal Putera Aiman bila dilihatnya Piyu sudah mahu mengayuh basikalnya.
“Eii...sibuk je nak tahu nama orang. Orang lelaki mana boleh sesuka hati tanya nama orang perempuan. Tak malu..uwekkkk!!” Balas Piyu menjelirkan lidahnya kepada Putera Aiman. Kemudian basikalnya dikayuh laju. Takut andainya lelaki itu mengejarnya pula.
“Ei..tunggu dulu!” Jerit Putera Aiman. Namun Piyu tidak mendengarnya. Dia sudah jauh kedepan. Akhirnya Putera Aiman hanya mampu mengeluh. Macam-macamlah gelagat perempuan itu. Orang lelaki tidak boleh tanya nama orang perempuan konon. Perempuan ke kalau kasar macam tu. Bukannya dia nak pikat pun. Dia cuma bertanyakan nama. Mana tahu lain kali bertemu lagi. Hilang peluangnya nak berkawan dengan rakyat biasa.
No comments:
Post a Comment