Putera Aiman berjalan menyusuri jalan kecil itu. Hanya satu kereta saja yang muat pada jalan sebegitu. Kakinya hanya melangkah perlahan sambil matanya menikmati pemandangan sekeliling. Memandangkan perempuan tadi tidak mahu menemaninya maka dia terpaksa menjelajah kawasan itu sendirian. Pelik keadaan rumah disitu pada pandangannya. Kelihatan daif sekali. Kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Balik ke bandar nanti dia akan khabarkan pekara itu kepada ayahndanya. Keadaan disitu lain sekali dengan keadaannya di istana yang besar dan selesa.
Kemudian matanya menangkap sesusuk tubuh yang dia amat kenal sekali. Baru tadi dia mengenali orang itu. Nampaknya orang itu didalam kesusahan. Kelihatan ada dua remaja lelaki menghalang laluan perempuan itu.
“Hei, Daim..ketepilah. Aku nak balik ni!”Tempik Piyu dengan rasa yang geram.
“Kau kena bagi duit pelindungan dulu baru kau boleh lalu tempat ni.”Ujar Daim sambil tangannya menahan basikal Piyu. Rakannya Sudin di sebelah hanya tersenyum sinis sambil mengangguk-ganggukan kepalanya. Bersetuju dengan apa yang Daim katakan.
“Aku tak ada duitlah. Kau jangan ingat kau tua dari aku, aku takut. Ini anak Pak Mat guru silat terkenallah. Kau tu cuma sisa di celah gigi aku saja!”Ujar Piyu lalu mendebik dadanya. Apa yang dia nak takutkan dengan Daim dan Sudin tu. Kaki buli konon! Budak berdua itu cuma tua tiga tahun darinya. Sudah itu keding pula. Ada hati nak memeras duit dia!
“Mulut kau tu jaga sikit eh..Jangan nak berlagak sangat. Ada yang aku lempang juga kat sini nanti!”Marah Daim. Berani budak tak cukup umur itu berlagak dengannya. Sudahlah dia agak berdendam budak itu setelah ditewaskan berlawan silat semasa latihan dengan Pak Mat. Ramai orang menyaksikan saat yang memalukan itu.
“Betul tu bos. Ajar aje budak tak berguna tu!” Sudin mengapi-apikan pula.
“Lempanglah kalau kau berani.Lempanglah!”Cabar Piyu lalu menyuakan pipi mulusnya kearah Daim. Tengoklah apa yang akan dia lakukan kalau tangan lelaki itu mendarat di pipinya. Ada tangan yang putus sebab disilatnya nanti.
Daim rasa tercabar apabila mendengar kata-kata Piyu itu. Dengan rasa marahnya dia mengangkat tangannya untuk menampar pipi budak perempuan itu. Namun ada tangan lain yang menghalang perbuatannya itu. Tangannya ditibas oleh tangan seorang budak lelaki yang tiba-tiba meluru ke arahnya.
“Eh..siapa pula ni?”Geram kerana niatnya terbantut. Piyu pun agak terkejut dengan kehadiran budak lelaki itu. Bila masanya budak itu berada kat tempat itu.
“Orang lelaki mana boleh pukul perempuan. Berani sungguh kau melakukan pekara hina itu!” Marah Putera Aiman pada Daim. Dia sudah dididik supaya jangan berkasar pada kaum hawa. Mereka harus dihormati dan disayangi bukannya dikasari.
“Eii..dari mana pula datang penyibuk ni. Kecik-kecik dah pandai nak ajar orang tua. Dahla badan macam lembik!” Ejek Daim. Terbuntang mata Putera Aiman mendengar kata-kata itu. Berani sungguh mereka mengatakannya lembik.
“Berani sungguh kau menghina aku. Kau belum kenal aku siapa.”Ujar Putera Aiman dengan tegasnya. Dia putera mahkota iaitu bakal penganti maharaja. Lelaki di hadapannya itu senang-senang sahaja dia pijak-pijak kalau dia nak!
“Mestilah kami tahu siapa kau..”Ujar Daim lalu menunjal-nunjal dada Putera Aiman.
“Kau tahu?”Soal Putera Aiman agak risau. Identitinya seboleh-bolehnya mahu dirahsiakan dari rakyat. Menyesal pula kerana membangkitkan pasal identitinya tadi. Wajah bonda dan nendanya mula terbias di mata.
“Mestilah kami tahu. Kau tu cuma budak lembik yang duduk bawah ketiak mak.Hahahahahhaha!”Ujar Daim lalu ketawa terbahak-bahak. Sudin pun ikut ketawa sehingga bersatu ketawa mereka yang membingitkan. Piyu pula mengigit bibirnya. Dia risau budak yang baru masuk kampung itu akan diapa-apakan oleh Daim dan Sudin.
“Cis, berani kau menghina aku. Aku ni lelaki sejati yang kuat. Bukannya budak lembik seperti yang kau cakap tu!” Tempik Putera Aiman. Marahnya sudah memuncak.
“Kalau kau anak jantan yang sejati, kau lawan dengan aku. Aku nak tengok kehebatan kau.”Cabar Daim dengan megahnya. Setakat budak kecik macam itu, sekali dia tepis dah berterabur.
“Baik. Aku terima cabaran kau!”Debik Putera Aiman. Piyu yang berada di sebelah mula risau.
“Awak..dahla tu. Tak payah lawan dengan mereka. Bukannya luak pun duit aku kalau mereka peras. 10 sen je pun yang aku ada.”Tahan Piyu sambil menahan lengan Putera Aiman. Putera Aiman menepis tangan Piyu. Dia tidak akan menarik balik kata-kata yang dia sudah keluarkan. Nanti orang kata dia pengecut pula.
“Kau diam. Serahkan saja pada aku. Aku boleh selesaikan.” Ujar Putera Aiman yakin. Egonya perlu dipertahankan.
Dia bukannya pernah bersilat ataupun belajar apa-apa seni mempertahankan diri selama ini. Namun dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya. Filem Bruce Lee yang dia tonton sebelum ini mula terbias di ingatan. Ikut saja gerakan Bruce Lee itu, dia yakin dia akan berjaya melakukannya.
Langkahnya mula ditunjukkan. Namun pada saat dia menyerang Daim, dengan mudah Daim mengelak lalu menyiku belakangnya sehingga dia jatuh tersungkur. Selepas itu Sudin pula masuk campur lalu menendang badannya bertubi-tubi. Putera Aiman mengerang kesakitan.
Piyu yang mulanya hanya menjadi pemerhati terus masuk campur apabila melihat Putera Aiman kalah teruk. Sudin dengan Daim dengan mudahnya disilat. Habis tubuh dua remaja itu terpelanting dikerjakan Piyu. Tanpa membuang masa kedua-duanya melarikan diri setelah mendapat kesakitan yang teramat. Piyu merengus kecil. Ratu silat mana boleh dilawan. Ini anak Pak Matlah!
Piyu terus mengangkat tubuh Putera Aiman yang terkulai di bahu jalan itu. Ketawa kecil dia melihat lelaki itu. Lelaki sejati konon! Sekali orang siku terus jatuh tersungkur. Nampak sangat tak pernah berlawan. Anak emaslah katakan. Namun dia berterima kasih pada lelaki itu yang sanggup mempertahankannya tadi.
“Kau tak apa-apa ke?”Soalnya lalu membawa Putera Aiman berteduh di bawah pokok besar tepi jalan kecil itu. Terbatuk-batuk Putera Aiman menahan sakit. Bibirnya pecah akibat berlawan tadi.
“Em..aku tak apa-apa.”Ujar Putera Aiman lalu menyentuh bibirnya yang mengalir sedikit darah itu. Mendesis Putera Aiman apabila terasa pedih. Namun kesakitannya tidak mahu ditunjukkan lebih-lebih didepan budak perempuan itu. Dia harus nampak kuat.
“Tak apa-apa konon. Aku dah larang tadi tapi kau tak dengar. Kalau tak tahu lawan tu cakap ajelah tak tahu!” Marah Piyu lalu mengambil sapu tangan dari kocek baju seragamnya. Darah yang mengalir dari mulut Putera Aiman dilap lembut.
“Aku saja je bagi peluang kat mereka tadi. Biar mereka tak malu.”Nafi Putera Aiman lalu berdehem kecil. Mana boleh mengaku yang dia tak pandai berlawan. Nanti jatuhlah maruahnya sebagai Putera Diraja. Piyu hanya mencebik mendengarnya. Kemudian mulutnya tersenyum manis. Macam-macam ajelah gelagat budak dihadapannya itu. Namun dia senang dengan lagak budak lelaki itu.
Kelembutan Piyu mengelap luka diperhati Putera Aiman dengan khusyuknya. Terpegun dia seketika. Tidak pernah dia sedekat ini dengan perempuan. Timbul perasan aneh dalam dirinya. Wajah budak perempuan itu diperhati setiap inci. Rambut perempuan itu yang beralun ditiup angin kelihatan lembut sekali. Kemudian matanya jatuh pula pada mata perempuan itu. Kelihatannya bundar dan cantik sekali. Wajahnya pula putih bersih. Bercahaya bila dipancar mentari. Akhirnya pandangannya jatuh pada bibir merekah perempuan itu. Air liur ditelan. Kemudian matanya dikalihkan ke arah lain. Dia cepat-cepat beristighfar dalam hati. Harap-harap Tuhan mengampunkan dosanya. Barangkali ini kali pertama dia berada dekat dengan perempuan sebab itulah dia berasa begitu.
“Dahla..Tak payah kau lap lagi. Aku tak apa-apa.”Ujar Putera Aiman lalu menepis tangan Piyu dari mengelap lukanya. Piyu melihatnya dengan pelik. Tiba-tiba je marah. Tak nak tak apa! Dia seribu kali tak nak tolong. Tak kan dia nak tersorong-sorong kalau dah orang tak sudi.
“Em..kalau kau dah tak apa-apa, aku balik dululah. Bapa aku dah lama tunggu kat rumah tu.”Ujar Piyu lalu bangun dari duduknya. Malas mahu berlama-lama di situ. Putera Aiman kemudiannya terbuntang mendengar kata-kata perempuan itu. Perempuan itu mahu meninggalkan dia sendirian di situ ke?
“Eh..cepatnya kau nak balik.”Tahan Putera Aiman.
“Dah kau cakap kau tak apa-apa. Takkan aku nak terconggok kat sini lagi dengan kau. Kau pun baliklah. Dah tak macam orang dah rupa kau tu.”Ujar Piyu. Lelaki itu kelihatannya kotor akibat terbaring di tanah tadi.
“Em...takkan kau nak tinggalkan aku macam ni aje. Kau tak berterima kasih ke kat aku.”Ujar Putera Aiman. Dia mendapat sakit ni pun disebabkan budak perempuan itu. Takkan tak ada imballan pada pengorbanannya.
“Nak berterima kasih apanya. Aku yang tolong kau adalah. Lagi lama aku dekat kau lagi menyusahkan aje rasanya.”Balas Piyu lagi. Kasar saja pada pendengaran Putera Aiman. Dia menyusahkan sangat ke? Putera Aiman hanya menunduk sedih.
Piyu yang hendak mengangkat kaki berpaling ke arah Putera Aiman semula. Wajah suram lelaki itu menimbulkan kekesalan di dalam hati kerana sudah bercakap kasar pada lelaki itu. Lagipun lelaki itu jadi begitu disebabkan mahu menolongnya.
“Em...tak apalah kalau rasanya aku balik lambat kali ni.Rasanya bapa aku tak marah. Disebabkan kau dah tolong aku, aku nak bawa kau ke satu tempat.”Ujar Piyu lalu menarik tangan lelaki itu. Merah wajah Putera Aiman diperlakukan begitu. Cepat-cepat tangannya ditarik semula.
“Kau ni tak malu ke asyik pegang orang lelaki.”Ujar Putera Aiman. Dia pula yang terlebih malu dari perempuan itu. Perempuan itu pula nampak biasa saja tanpa rasa malu.
“Pendekar mana kenal erti malu. Semua jantina sama aje. Tiada beza sebab semua jadi musuh kalau ada yang menyerang. Kalau malu nanti mati.”Jawab Piyu lagi. Bukannya dia ada niat yang tak baik pun. Kakinya laju menuju ke basikal. Putera Aiman mencebik. Pendekar konon!
“Eh...marilah cepat. Kita naik basikal aku ni. Kau duduk kat belakang.”Ujarnya yang sudah pun bersiap sedia menunggang basikalnya. Putera Aiman kemudiannya terkocoh-kocoh naik basikal itu. Inilah kali pertama dia naik basikal. Selamat ke tidak basikal itu??
“Kau pegang baju aku kalau kau tak nak jatuh.”Arah Piyu lalu mengayuh basikalnya laju. Putera Aiman yang terkejut dengan kelajuan basikal itu terus memegang erat baju Piyu. Sehingga nak koyak saja baju Piyu rasanya akibat dipegang erat oleh lelaki itu.
**********************************
Bunyi desiran ombak menghempas pantai mendamaikan jiwa Putera Aiman. Rupanya Piyu membawa dia pergi ke pantai. Wajahnya yang comot akibat berlawan tadi dibasuh dengan air pantai itu. Luka-luka yang sudah kering itu juga dibersihkan. Piyu yang bersebelahan dengan Putera Aiman menghulurkan kembali sapu tangannya kepada Putera Aiman.
“Nah. Ambiklah. Kau pakai untuk cuci luka kau tu.”Ujar Piyu. Putera Aiman mengangguk lalu menyambut huluran Piyu. Luka-lukanya segera dibasuh. Terasa segar setelah semuanya selesai dibasuh.
“Terima kasih sebab bawa aku kat sini.”Ucap Putera Aiman sambil matanya menghala ke arah pantai yang damai itu.
“Tak payah cakap terima kasih. Aku cuma bayar balik hutang aku kat kau.”Balas Piyu lalu tersenyum manis. Terpegun sebentar Putera Aiman melihatnya. Pandangan dihala ke pantai semula. Lama keadaan sunyi tanpa kata. Kedua-duanya sibuk melayan pemandangan pantai yang mendamaikan itu. Kemudian Putera Aiman memandang kearah Piyu. Serius saja wajahnya.
“Em...kau sudi tak jadi kawan aku?” Soalnya dengan nada yang kecil namun masih jelas di pendengaran Piyu. Mata Piyu ditatapnya. Mengharapkan jawapan yang positif dari Piyu.
Tercenggang Piyu mendengar permintaan itu. Tidak pernah sesiapa pun menanyakan hal sebegitu padanya. Yalah diakan keturunan hamba. Baru kali ini ada yang sudi berkawan dengannya. Adakah lelaki itu akan menarik balik kata-katanya kalau dia tahu statusnya yang berketurunan hamba?
“Tapi aku tak layak jadi kawan kau.”Balas Piyu lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Kenapa pula?”
“Aku keturunan hamba. Aku ni hina tak macam kau. Kau anak orang berada.”Piyu menundukkan kepalanya. Malu dengan diri sendiri.
Tersenyum Putera Aiman mendengarnya. Dia ingatkan disebabkan hal apa yang menyebabkan Piyu tidak mahu menjadi kawannya. Rupanya disebabkan hal itu. Dia tidak kisah langsung!
“Aku tak pandang darjat orang. Yang penting kau ikhlas nak berkawan denganku.”Balas Putera Aiman. Piyu lantas memandang kearah Putera Aiman. Terharu dia mendengarnya.
“Aku sudi.”Ujar Piyu lalu memercikkan air pantai ke arah Putera Aiman. Lantas kakinya berlari menyelamatkan diri. Putera Aiman ketawa lalu mengejar Piyu. Lalu bermulalah acara berbalas percikan air pantai. Dalam hati Putera Aiman berasa amat bahagia. Baru kali ini dia merasa punya kawan.
*******************************
“Ish..lama betul aku tunggu kau. Berpeluh aku bagi alasan kat nenda supaya tak masuk bilik ni. Kau buat apa lama sangat kat luar tu. Cakap tadi dua jam aje. Aku call kau tak angkat pula.”Ujar Putera Sharin geram. Terpana dia seketika melihat bibir Putera Aiman yang pecah. Lengan Putera Aiman pun nampak lebam-lebam. Putera Aiman pula hanya tersenyum memanjang. Pelik Putera Sharin melihatnya. Dalam sakit-sakit pun dia boleh senyum juga.
“Apa kena dengan kau ni? Siapa yang attack kau? Nak aku call pengawal ke?”Soal Putera Sharin bertubi-tubi. Dia risau andainya ada pihak yang mahu membunuh Putera Aiman. Maklumlah Putera Aiman kan bakal jadi maharaja. Pasti banyak yang dengki.
“Relaxlah Shah. Aku ok. Sorry, tadi aku tak bawa phone. Nanti aku cerita lagi. Aku nak pergi mandi dulu. Nanti terkejut nenda kalau dia tengok aku macam ni.”Balas Putera Aiman lalu menuju ke kamar mandi. Dia amat bertuah kerana tiada pengawal yang melihat kehadirannya tadi. Cuma seorang dua yang mengawal banglo. Agaknya nenda sudah keluar, sebab itulah pengawal tidak ramai di banglo. Barangkali sudah mengikut nendanya keluar.
Putera Sharin hanya mengangguk. Tidak sabar rasa mahu mendengar cerita Putera Aiman. Selepas 10 minit akhirnya Putera Aiman habis membersihkan diri. Putera Sharin masih setia menanti.
“Shah, pesal kau tak pernah beritahu kat aku yang dunia kat luar tu best!”Ujar Putera Aiman teruja lalu melabuhkan punggung disebelah Putera Sharin yang duduk menonton tv plasma yang berada dalam bilik Putera Aiman. Berkerut dahi Putera Sharin mendengarnya.
“Bila masa pula aku tak kata cam tu. Memanglah dunia kat luar tu best.”Balas Putera Sharin tidak puas hati. Tv terus ditutupnya. Mahu fokus pada cerita Putera Aiman. Apa selama ini yang dia bercerita bagai nak rak, Putera Aiman tak dengar ke??
“Tak sama pun dengan apa yang kau cakap. Kau selalu cakap yang dunia luar tu biasa aje. Sama je dengan kita dalam istana. Aku tengok tadi banyak bezanya.”Ujar Putera Aiman lalu tersenyum. Terserlah kekacakannya.
“Beza apa pulanya. Kita manusia, mereka juga manusia.”Putera Aiman mengaru kepala. Macam-macamlah Si Putera Raja ni.
“Bukan macam tulah. Kau tak bagitahu pun yang kat luar tu kita boleh belajar berlawan. Kita boleh jumpa ramai kawan..”Balas Putera Aiman lagi. Segihannya makin lebar saat menyebut perkataan kawan itu.
“Berlawan? Kawan? Eh...aku tak fahamlah. Cuma kau cakap terang. Man, kau dah demam eh?” Ujar Putera Sharin lalu memegang dahi Putera Aiman. Mana tahu sepupunya itu demam. Sebab itu melalut yang macam-macam. Dah tu tak henti-henti senyum.
Putera Aiman kemudiaannya menepis tangan sepupunya itu. Lantas dia pun menceritakan dari awal sehingga akhir apa yang dilaluinya tadi. Tidak terlepas satu pun.
“Em..kawan baru kau tu lelaki ke perempuan?” Soal Putera Sharin lalu tersenyum.
“Perempuan..”Kedengaran malu-malu dia mengucapkan.
“Oooo..patutlah.” Balas Putera Sharin lalu tersenyum mengusik. Putera Aiman pula lalu berjalan ke beranda pula. Ingin mengambil angin petang. Walupun pemandangan hanya tembok tinggi saja yang dapat dilihat, namun langit biru masih dapat ditatapi. Keselamatan amat dititik berat disitu. Penduduk luar tidak dapat melihat aktiviti didalam kawasan banglo itu dan begitu juga penghuni banglo yang tidak dapat melihat pemandangan di luar. Terpisah oleh tembok tinggi yang bukan senang untuk diceroboh.
“Shah, apa maksudnya kalau kita rasa lain macam kalau kita tengok seseorang itu?” Soal Putera Aiman lalu tersenyum.
“Rasa yang macam mana tu? Cuba kau terangkan.” Putera Sharin cuba mengorek rahsia.
“Bila kita tengok rambut dia yang lembut, wajah dia yang putih bersih dan mulut dia yang merah itu....kita rasa macam....” Terhenti di situ kata-katanya. Wajahnya terus diserbu kemerahan.
“Macam apa?? Macam nak cium?” Usik Putera Sharin dengan nasa suara yang agak besar. Terbuntang mata Putera Aiman mendengarnya. Sepupunya itu kalau bercakap memang tidak bertapis. Dia pula yang rasa malu. Namun apa yang dikatakan Putera Sharin bagaikan terkena batang hidungnya. Memang dia rasa begitu tadi. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati.
“Ish..bisinglah kau ni. Nanti orang dengarlah. Kalau tak mengarut boleh tak.”Nafi Putera Aiman. Mulut Putera Sharin ditekupnya. Namun setelah itu dilepaskannya semula.
“Alah semua itu biasalah. Apa kau nak malukan. Itukan dah lumrah. Kaukan lelaki. Itu maksudnya kau dah masuk fasa baru dalam dunia kelelakian. Ini membuktikan yang kau ni straight. Tak ada selekoh..Hahahaha.”Ujar Putera Sharin lalu menepuk bahu Putera Aiman.
“Oh..jadi selama ini kau ingat aku gay lah?”Marah Putera Aiman. Ada ke cakap dia macam itu.
“Tak adalah aku ingat kau macam tu. Aku tahu kau normal. Tapi persoalannya sekarang..kau cium dia ke tidak tadi?” Soal Putera Sharin lalu tersenyum mengusik. Wajah Putera Aiman kemerah-merahan mendengarnya. Tak ada benda lain ke yang Shah ni nak tanya??
“Mestilah tak. Aku masih ingat lagi batas-batas sebagai orang yang bukan muhrim. Kau ni nampak sangat tak tumpukan perhatian masa ustaz kau mengajar kat sekolah tu.”Balas Putera Aiman geram. Sepupunya itu tak belajar agama ke?
“Ermhhh...ruginya kau.” Selamba saja bunyi kata-kata Putera Sharin.
“Rugi apa pulanya? Aku tak nak tanggung dosa dunia akhirat.”Putera Aiman menempelak. Gilakah sepupunya itu. Kalau Puteri Aliah dengar mesti murka dengan sikap anaknya, Putera Sharin itu.
“Aku tahulah dosa tapi peluang macam ni tak datang selalu. Lepas ni kau akan pulang ke bandar menjalani dunia kau yang bosan itu. Barangkali kau tak akan jumpa dengan mana-mana perempuan sampailah kau nak kahwin nanti. Itupun perempuan yang berjaya dalam pencalonan permaisuri. Lepas kahwin baru kau boleh jumpa dia. So, aku sarankan kau ambi peluang ni untuk menikmati masa remaja kau. Bukannya aku suruh kau buat yang lain pun. Cium je pun. Biar kau tahu macam mana rasa bercinta.” Putera Sharin menghasut.
“Aku bukannya bercinta dengan dia pun. Dia kawan aku.”
“Jangan tidakkan apa yang kau rasa. Ikut saja kata hati kau. Semua orang ada nafsu.”Ujar Putera Sharin lagi. Putera Aiman sudah mula menimbang-nimbang.
“Tapi kita golongan bangsawan dan terhormat. Mana boleh buat macam itu.” Putera Aiman masih menidakkan.
“ Kau ingat golongan bangsawan itu semua tak ada nafsu ke. Dalam 10 orang bangsawan itu cuma seorang aje yang dapat tahan nafsu tau tak. Mana ada orang lelaki yang tak pernah fikirkan perempuan. Kau jangan lawan lumrah kehidupan.” Ujar Putera Sharin lalu tersengih nakal.
“Kau ni macam banyak pengalaman aje. Kau pernah buat eh?” Balas Putera Aiman sengaja.
“Biasalah..aku kan mat romeo. Kalau yang ringan-ringan tu semua aku dah master. Cuma yang serius tu aku belum beranilah. Nanti tak pasal-pasal aku kena kahwin awal kan.”Ujar Putera Sharin dengan berlagaknya.
“Ish..kau ni gatal betul. Tak padan dengan umur. Aku beritahu bonda kau, baru kau tahu!” Ugut Putera Aiman. Putera Sharin hanya mencebik. Beritahulah dia tak takut pun! Bukan bondanya tak tahu pun. Dah bernanah telinganya mendengar leteran bondanya namun semuanya tak berkesan.
“Dari tadi kita asyik bercerita pasal orangnya tapi kau belum bagitahu namanya kat aku.”Ujar Putera Sharin lagi. Nak tahu juga siapa perempuan bertuah itu.
“Dia jual mahallah. Dia tak nak bagitahu nama dia. Lepas tu aku lupa pula nak tanya lagi.”Balas Putera Aiman kesal.
“Kawan tapi tak tahu nama. Kau ni biar betul, Man. Slow betullah kau ni. Dahla cium tak dapat, nama pun kau tak dapat..Hahahhaha.”Putera Sharin mengejek.
“Kau ni agak-agaklah nak mengata aku. Ada yang kena lempang nanti.” Geram Putera Aiman berkata.
“Dah kau tak dapat apa-apa. Dapat lebam adalah..Hahahahhaha.”Ketawa Putera Sharin bersambung lagi. Putera Aiman berfikir-fikir. Kemudian dia tersenyum.
“ Tak apa. Esokkan masih ada.”
“Esok?” Soal Putera Sharin tidak faham.
“Ya..esok. Aku dah janji dengan dia nak jumpa kat pantai esok pada masa yang sama esok. Aku ada benda nak pulangkan pada dia.” Balas Putera Aiman lalu tersenyum manis. Dia bukannya sedunggu yang Putera Sharin fikirkan. Dia sudah pun mengaturkan pertemuan kedua untuk mereka esok.
Putera Sharin hanya menjongket bahunya. Berharap rancangan sepupunya berjalan dengan lancar. Dia sudah menurunkan ilmu yang dirasakannya patut. Putera Aiman cuma perlu mencari jalan untuk mengunakan ilmu yang dia bagi saja.
No comments:
Post a Comment