Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Permaisuriku Pengawal Bab 3

Permaisuriku Pengawal

Saturday, July 20, 2013

Permaisuriku Pengawal Bab 3


BAB 3


              “Nah, ni sapu tangan awak. Saya dah bersihkan tau.”Ujar Putera Aiman mesra. Tiada lagi kedengaran gelaran kasar kau-aku. Sapu tangan disuakan kepada Piyu. Suka dia melihat penampilan Piyu hari ini. Piyu memakai baju kurung hijau muda berbunga kecil. Walaupun baju kurung itu nampak lusuh namun Piyu nampak ayu memakainya. Terpanar dia seketika melihatnya.

               “Terima kasih awak.”Ucap Piyu lalu tersenyum. Sapu tangan yang berada di tangan lelaki itu lantas diambil. Wajah lelaki itu yang asyik tersenyum menarik perhatiannya. Kemudian matanya labuh pada dagu lelaki itu yang terbelah cantik. Jarang orang yang dikurniakan anugerah yang cantik seperti itu. Baru kali ini dia menyaksikannya secara depan. Mahu saja tangan runcingnya menyentuh dagu lelaki itu yang terbelah. Namun dia tahu batasnya. Sudahlah semalam lelaki itu memberi teguran kerana dia asyik memegang orang lelaki. Dia tahu hukum agama namun dia sudah terbiasa kerana dalam latihan silat dia sudah terbiasa terpegang lelaki. Kalau tidak pegang macam mana dia mahu menumpaskan lawannya kan.

             “Kenapa awak gembira semacam hari ini?” Soal Piyu pelik. Lelaki itu dilihatnya tidak putus-putus senyum dari tadi.
            “Tak ada apalah. Gembira jumpa awak kot.”Balasnya selamba. Tersentuh hati Piyu mendengarnya. Terbuai dia seketika. Betulkah lelaki itu gembira bertemu dengannya.
           “Awak..jom kita ambik gambar.”Ajak Putera Aiman lantas mengeluarkan Ipadnya dari kocek. Piyu kelihatan hairan melihat benda itu.
            “Apa tu?” Ujarnya lalu menunjukkan Ipad Putera Aiman. Baru kali ini dia melihat benda sebegitu. Terpegun dia seketika. Nampak sangat jakun. Tersengih Putera Aiman melihatnya.
           “Ini handphone saya. Boleh ambi gambar pakai ni.”Jelas Putera Aiman lalu menayangkan Ipadnya pada Piyu.
              “Ya ke. Kenapa handphone ni nipis sangat. Selalunya handphone tak nipis macam ni.”Balas Piyu naif. Masih lagi dia teringat handphone cikgunya di sekolah. Tebal lagi rupanya. Tak seperti yang Putera Aiman miliki itu yang kelihatannya canggih dan nipis. Lelaki itu segaja mahu mempermainkannya ke hanya kerana dia tak tahu perkembangan semasa.
             “Betullah.Ini model baru.” Jelas Putera Aiman lagi lalu menunjukkan kemudahan-kemudahan yang berada dalam handphone itu. Piyu kemudiannya mengangguk faham. Untung sungguh lelaki itu kerana mempunyai handphone yang canggih pada usia 13 tahun. Dah nama pun anak orang berada. Berbeza sekali dengannya yang tidak mempunyai handphone. Sedangkan Pak Mat yang sudah berusia itu pun tak memiliki handphone. Mereka hanya bergantung pada surat kalau hendak tahu berita saudara mara. Memang dia jauh ketinggalan.
              “Jomlah kita bergambar.”Ujar Putera Aiman lalu menarik Piyu supaya dekat dengannya. Dengan sekali klik, gambar sudah diambil. Lantas gambar itu diimbas untuk melihat kesesuaiannya. Putera Aiman tersenyum puas melihat gambarnya dengan Piyu dalam Ipadnya. Kelihatan sungguh cantik sekali kerana berlatar belakangkan pemandangan pantai yang cantik itu.
             “Bagilah saya tengok pula.”Pinta Piyu. Dia jarang bergambar jadi dia teruja mahu melihat gambarnya. Dia cuma pernah bergambar untuk gambar kelas sahaja. Keluarganya mana mampu beli kamera. Pak Mat pun tak ada kamera.
             Putera Aiman pun menghulurkan Ipadnya kepada Piyu. Kemudian kelihatannya Piyu tersenyum manis melihat gambar itu. Dia suka sangat dengan gambar itu.
               “Kacakkan saya dalam gambar tu.” Putera Aiman memuji diri. Punggungnya lantas duduk berlantaikan pasir pantai yang halus itu. Dia tidak kisah kerana matanya hanyut dengan pemandangan pantai yang terbentang luas didepannya.
               “Ish...perasan! Muka macam monyet..mengaku kacak pula.”Ujar Piyu lalu mencebikkan mulutnya. Ipad Putera Aiman dikembalikan. Kemudian matanya turut memandang ke arah pantai yang damai itu setelah melabuhkan punggung disebelah Putera Aiman.
                   “Awakkk...dah besar nanti awak nak jadi apa?” Ujar Putera Aiman setelah lama keadaan membisu. Piyu tersenyum mendengarnya. Lama dia berfikir. Dia masih ingat lagi masa ibunya menanyakan soalan yang sama semasa dia berusia lapan tahun dahulu. Pasti lelaki itu akan terkejut kalau dia menjawap soalan itu dengan jawapan yang sama dia menjawap soalan ibunya dulu.
                   “Saya nak kahwin dengan anak raja. Kalau boleh saya nak jadi permaisuri..Hahaha.” Dalam ketawa dia menjawap. Itu cuma angan-angannya masa kecil. Sekarang dia tak tahu dia hendak jadi apa. Adakah masih sama?? Dia pun tak tahu.
                 Tergamam Putera Aiman mendengarnya. Lantas wajah Piyu ditatapnya kejap. Betul ke apa yang perempuan itu hajatkan. Tersenyum dia di dalam hati.
               “Em...awak bukan taste puteralah. Awak takkan dapat jadi permaisuri. Awak tu mana lawa.” Ujar Putera Aiman bergurau. Kemudian kedengaran orang disebelahnya mengeluh.
               “Saya tahu. Saya memang tak layak nak kahwin dengan anak raja. Sayakan keturunan hamba. Itu cuma angan-angan saya masih kecil. Dulu saya terlampau letih orang asyik mengejek saya disebabkan saya hamba. Jadi saya ingat kalau saya kahwin dengan anak raja, status lama saya akan dilupakan. Status saya akan dinaik taraf jadi bangsawan.Hahahaha..bodohkan saya masa tu..” Ujarnya dalam ketawa yang dibuat-buat. Ada nada sedih disitu.
            Putera Aiman merasa kesal.Dia tidak bermaksud berkata begitu. Wajah Piyu dipandangnya. Tidak semena-mena dihadiahkan sebuah kucupan di pipi perempuan itu. Terkedu Piyu dengan perbuatan Putera Aiman. Namun tidak pula dia marah. Dia seperti merelakan.
             “Sayakan ada. Awak jangan risau. Saya janji saya akan bebaskan awak dari status ini. Asalkan awak nak jadi permaisuri saya.”Ucap Putera Aiman sambil matanya memanah kearah mata bundar Piyu. Tertunduk malu Piyu diperlakukan sebegitu. Dia rasa amat terharu. Betulkah janji lelaki itu. Biar pun lelaki itu bukan anak raja namun kata-kata lelaki itu bererti baginya.
               “Awak sanggup tak?” Soal Putera Aiman lagi bila Piyu masih menyepi.
                 Piyu hanya menganggukkan kepalanya. Malu dia hendak meluahkan apa yang dia rasa. Dia rasa sangat bahagia sekali.
                “Betul?” Soal Putera Aiman tidak percaya. Mulutnya sudah tersenyum lebar dengan anggukan Piyu.
                Piyu mengangguk buat kali keduanya menandakan dia tidak main-main. Putera Aiman bangun dari duduknya lalu melompat gembira. Dia dah ada calon. Pasti Putera Sharin tidak percaya kalau dia menceritakannya. Piyu hanya ketawa kecil melihat gelagat Putera Aiman itu. Lagaknya macam nak kahwin esok.
             Kegembiraan Putera Aiman terhenti bila kedengaran Ipadnya berbunyi. Lantas dikeluarkan dari kocek. Ada pesanan dari Shah.
                                    Balik sekarang. Urgent!
             Putera Aiman memandang kearah Piyu. Nampaknya dia harus balik sekarang. Mengacau betullah Si Shah tu. Semalam dia juga yang suruh mengunakan kesempatan yang ada ini dengan sebaiknya. Sekarang ini dia pula yang mengacau daun. Satu keluhan dikeluarkan. Dia belum puas bersama dengan kekasihnya. Kekasihlah kan. Kan baru saja declare tadi...Tak apa esok masih ada untuk mereka bertemu.
               “Awak...saya kena balik dulu. Ada hal penting. Esok kita jumpa lagi tau.”Ujar Putera Aiman lembut. Piyu terus bangun dari duduknya.
              “Kita jumpa lagi esok? ”Balas Piyu naif. Mesti Pak Mat pelik nanti kalau dia selalu sangat keluar. Tadi pun bukan main lagi soalan Pak Mat padanya. Naik berpeluh dia menjawapnya.
             “Yalah. Kalau nak jadi permaisuri saya, kita kena selalu jumpa. Ingat tau jumpa kat sini esok pada waktu yang sama. Saya ada benda nak mengaku kat awak esok.” Ujar Putera Aiman lalu melambai kepada Piyu. Kakinya sudah melangkah pergi. Dia sudah bertekad mahu berterus terang pada Piyu bahawa dia adalah putera mahkota esok.
              Piyu membalas lambaiannya. Kemudian kelihatan Putera Aiman berpaling semula namun jarak mereka sudah agak jauh.
            “Sebelum saya terlupa, nama awak siapa?” Jerit Putera Aiman dari sana. Piyu tersenyum. Dia juga terlupa pasal itu. Mereka belum mengenalkan nama masing-masing lagi.
             “Piyu! Awaklah?” Jerit Piyu pula.
            “Esok saya beritahu pada awak!” Balas lelaki itu lalu berlari meninggalkan kawasan itu. Dia harus segera balik.
              Piyu hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dengan gelagat lelaki itu. Tak apalah esok dia akan tahu juga. Sepanjang perjalanan balik dia tidak putus-putus tersenyum. Inilah kali pertama dalam hidupnya dia ada kekasih!
      
                                          ***************************

                    Wajah Putera Sharin yang suram dipandang pelik. Nendanya juga tidak kelihatan. Kemana pula perginya nendanya itu?
                  “Apa yang urgent sangat ni Shah?”
                 “ Nenda...”Suara Putera Sharin tersekat disitu.
                 “Kenapa dengan nenda?” Cemas bunyi suara Putera Aiman.
                  “Nenda kena tembak..”Balas Putera Sharin perlahan. Dia terkejut dengan berita itu tadi setelah pengawal nendanya menalefonnya sejam yang lalu. Kini nendanya sedang dibawa ke Hospital Universe yang terletak di negeri utama iaitu Darul Isni. Nendanya terus dibawa kesana mengunakan helikopter. Keadaan nendanya sudah kritikal. Hospital kampung tak mampu merawatnya.
                  “Kena tembak kat mana Shah?” Badan Putera Sharin digoncang. Mahu penjelasan lebih lanjut.
                 “ Dia kena tembak masa dia melawat rumah anak yatim tengah hari tadi. Tepat kena di dadanya. “ Jelas Putera Sharin. Dia mengeluh perlahan. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia terus menyusul nendanya ke Darul Isni. Namun bila teringatkan sepupunya masih berada disitu, dia pun membatalkan niatnya. Biar dia berangkat sekali dengan Putera Aiman.
                “What?? Siapa punya kerja ni Shah?” Putera Aiman meraup mukanya. Rasa terkejutnya belum lagi kebah. Risaunya makin menjadi-jadi bila teringatkan nendanya yang sudah berusia itu. Masih adakah peluang nendanya mahu hidup??
              “Jangan kau lupa keturunan kita memang banyak musuh. Dimana-mana banyak ancaman. Sebab itulah seboleh-bolehnya rahsiakan identiti kau. Mana tahu lepas ni kau target mereka.” Serius Putera Sharin berkata. Walaupun dia masih budak tapi dia sudah mengerti semua itu. Dia sudah berulang kali diajar supaya berhati-hati oleh bondanya walaupun dia bukan putera mahkota. Keluarga kerabat pun banyak ancaman. Manusia diluar itu banyak yang dengki jadi tidak mustahil pekara buruk boleh berlaku juga pada dirinya.
         “Jom kita pergi sekarang. This place not safe anymore. Kita kena pergi ke Darul Isni sekarang juga!” Saran Putera Sharin. Putera Aiman mengangguk. Terlupa janjinya pada Piyu. Rasa risaunya yang melimpah ruah telah mengusir pergi janjinya pada Piyu.Helikopter yang sudah menunggu di atas bumbung banglo nendanya segera dituju. Harap-harap nendanya selamat.
                   
               ********************************


   
                        Kelihatan ayahndanya dan bondanya berada diluar wad ICU menanti nendanya. Bonda dan ayahnda Putera Sharin juga ada disitu. Pengawal juga banyak berkawal di laluan itu. Hanya doktor dan jururawat yang bertugas dalam kes nendanya saja yang dibenarkan masuk ke situ. Kereta polis juga banyak berada diluar memerhatikan kawasan itu. Setelah kes nendanya dilaporkan, pihak polis sibuk mencari penjenayah yang menembak nenda. Kawalan di istana dan hospital juga diperketatkan. Sekarang bukan setakat pengawal sahaja yang mengawal di istana malah kenderaan polis juga banyak yang meronda mengawasi kawasan istana.
                 “Bonda, nenda dah ok ke?”Soal Putera Aiman setelah mendapatkan bondanya. Bondanya hanya menangis. Tidak tahu hendak menjawap apa pada Putera Aiman. Dari tadi doktor belum keluar dari wad. Dia juga tidak tahu macam mana keadaan mertuanya itu.
                   “Ayahnda...macam mana dengan nenda?” Soalnya pada Maharaja Tajuddin pula. Ayahndanya kelihatan suram. Ayahndanya hanya mengeleng tidak tahu. Dia sendiri tidak tahu keadaan bondanya. Sudah tiga jam mereka menunggu di luar wad ini namun masih tiada berita yang positif. Putera Aiman akur. Dia pun melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu. Putera Sharin menepuk bahunya untuk menenangkan dia. Ayahnda dan bonda Putera Sharin juga kelihatan sedih. Risau dengan keadaan bonda mereka.
                 Tidak lama kemudian, kelihatan seorang doktor yang memakai tag nama Hasdi keluar dari wad ICU itu. Mereka terus meluru kearah doktor itu.
                “How’s my mother?” Soal Maharaja Tajuddin.
                “Erm...buat masa ni kita hanya mampu berdoa. Kami dah buat yang terbaik untuk selamatkan maharani. Saya harap tuanku gunakan masa yang ada ini dengan sebaiknya. I’m afraid she’s doesn’t have enough time to live.” Balas Doktor Hasdi lalu melangkah pergi. Tercengang seisi keluarga mendengarnya. Esakan bonda Shah dan bonda Aiman semakin nyaring mengisi ruang menunggu itu. Maharaja pula hanya mampu menunduk kesal. Putera Sharin dan Putera Aiman tidak mampu berkata apa-apa lagi. Mereka hanya memerhatikan keadaan kerana terlampau terkejut dengan berita yang disampaikan tadi.
                                                   ************************
                   Petang yang nampak mendung itu tidak membantutkan niat Piyu untuk pergi ke pantai. Tidak sabar mahu bertemu kekasih hati. Walaupun kedengaran tidak masuk akal kerana semuanya berlaku dengan pantas, dia tidak kisah. Dia mahu percaya kepada kekasihnya yang sudah memberi janji untuk membebaskannya dari statusnya itu. Walaupun bukan sekarang janji itu menjadi kenyataan, dia sanggup menunggu sehingga mereka cukup dewasa untuk melaksanakannya.
                 Hari ini dia berdandan lebih untuk kelihatan menarik di mata si dia. Tidak perlu bermekap tapi cukup baginya untuk memakai baju kurungnya merah jambu yang dipakainya semasa raya lepas. Baju kurung itu adalah baju kurung terbaik yang dia ada. Rambut panjangnya pula disisir rapi dan dibiarkan lepas terurai. Wajahnya diimbas kembali di cermin agar kelihatan sempurna. Selepas berpuas hati akhirnya dia pun menuju ke destinasi yang diinginkan setelah meminta kebenaran Pak Mat. Berkerut wajah orang tua itu apabila melihat dia berpakaian cantik hari itu namun tidak pula dia bertanya lebih. Barangkali Pak Mat berfikir bahawa gadis kasar itu mahu berubah jadi dia hanya membiarkan.
                 Hujan sudah turun renyai-renyai pada saat dia sampai di pantai. Dia pula tidak membawa payung kerana fikirnya cuaca mendung itu akan berubah. Ternyata perkiraannya meleset. Nak berpatah balik nanti takut si dia tertunggu-tunggu pula. Kakinya terus melangkah ke bawah pokok kelapa yang tidak jauh dari pantai. Berteduh sementara menunggu buah hatinya.Tapak tangan ditadahkan di atas kepala apabila dirasakan air hujan semakin lebat turun.
                 Beberapa jam telah berlalu namun bayang lelaki itu masih tidak kelihatan. Badan Piyu sudah mengeletar kesejukan. Bajunya pula sudah lencun kebasahan. Namun ditabahkan hati supaya terus menunggu di situ. Dia tahu lelaki itu tidak akan mungkir janji. Dia pasti sangat!
            Hari sudah mula melabuhkan tirai namun hujan masih tiada tanda mahu berhenti. Piyu sudah memeluk kakinya untuk megusir kesejukan yang semakin bertandang. Mana pula lelaki itu? Barangkali dia ada hal penting yang perlu diselesaikan dulu agaknya. Itulah yang Piyu fikirkan untuk menyedapkan hati yang terasa walang itu.
                     Tiba-tiba pandangan Piyu terasa kelam. Badannya terus rebah menyembah bumi. Hatinya mahu bertahan namun badannya tidak membenarkan. Dia menyeru kepada dirinya dalam hati...’Bertahanlah...kejap lagi dia akan datang...tolonglah bertahan!’. Namun badannya sudah tidak mahu mendengar lagi kata hati. Piyu akhirnya terkulai layu tidak sedarkan diri di bawah pokok kelapa yang menyaksikan kesetiaannya yang tak terbelah bahagi.

                                        ****************************

               Matanya terasa berat sekali untuk dibuka namun digagahi juga untuk membuka kelopak matanya. Kelihatan Pak Mat tersenyum memandang ke arahnya. Terkejut Piyu seketika. Keadaan sekeliling dipandang. Dia kini sudah berada di dalam biliknya. Sejak bila pula dia balik??
              “Ayah jumpa kamu pengsan kat pantai semalam. Puas ayah cari rupanya kamu kat pantai. Apa kamu buat kat situ semalam?” Soal Pak Mat lalu mengelap wajah Piyu dengan tuala yang sudah direndam dalam air suam. Piyu mengerang apabila terasa kepalanya berpinar.
              “Piyu masih percaya pada seseorang walaupun Piyu tahu mustahil untuk pekara macam itu berlaku.  Piyu cuba untuk percaya dia..isk...isk..” Balas Piyu lalu menangis teresak-esak. Terkejut Pak Mat melihatnya. Dia tidak faham dengan apa yang Piyu maksudkan. Kenapa pula Piyu tiba-tiba menangis. Lengan Piyu ditepuk lembut agar Piyu berhenti menangis. Biar beban yang dirasa terbuang pergi.


               “Dahlah tu ya nak....Kamu rehatlah dulu. Lupakan apa yang telah berlaku. Jangan fikirkan lagi.” Pujuk Pak Mat lalu melangkah pergi meninggalkan Piyu. Piyu harus diberi ruang untuk menenangkan diri. Walaupun dia tidak tahu apa yang menimpa Piyu namun dia tidak akan mempersoalkannya agar hati anak kecil itu tidak terguris. Barangkali anak itu masih teringatkan kedua orang tuanya yang sudah meninggal dunia.

No comments:

#navbar-iframe { display: none ; }