Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Permaisuriku Pengawal Bab 4

Permaisuriku Pengawal

Saturday, July 20, 2013

Permaisuriku Pengawal Bab 4


 BAB 4

(12 tahun kemudian)
                      Hari ini adalah hari terakhir Piyu berada di Akademi Skuad Khas itu. Sudah tiga tahun dia menimba ilmu di situ. Setelah belajar selama dua tahun di Universiti Pertahanan  Negara, dia telah dihantar ke akademi itu. Dia adalah antara calon pelajar terbaik yang terpilih untuk masuk ke akademi ini. Dalam ribuan penuntut Universiti Pertahanan Negara hanya sepuluh orang yang terpilih dan dia tersenarai dalam sepuluh yang bertuah itu. Akademi Skuad Khas ini adalah idaman semua pelajar yang megidamkan untuk menjadi pelindung negara. Kalau dia bertuah, dia akan diserap masuk menjadi pengawal peribadi diraja setelah tamat latihan di akademi itu. Dari kecil lagi dia berhasrat untuk menjadi pendekar namun zaman moden sekarang tiada lagi gelaran itu. Antara pekerjaan yang amat diingini pelajar pertahanan ialah menjadi pengawal peribadi diraja. Dalam sekelip mata status akan diangkat dan dihormati.
                Dia akan buktikan yang dia bukan hanya anak hamba semata-mata. Dia anak hamba yang mampu berkhidmat untuk negara. Dia berjanji dia akan membanggakan Pak Mat yang telah bersusah payah membesarkannya selama ini. Teringat akan suara Pak Mat yang menghubunginya dua hari yang lalu. Suara tua itu menyuruhnya balik ke kampung setelah habis latihannya di akademi. Pak Mat terlalu rindukan anak angkatnya itu. Sudah tiga tahun Piyu tidak balik ke kampung. Piyu sendiri pun rindukan Pak Mat. Piyu terpaksa berbuat begitu kerana sepanjang tiga tahun latihan  di akademi, pihak akademi tidak membenarkan rekrut-rekrut terpilihnya berhubung dengan dunia luar. Latihan mereka terlampau sulit. Segala pengalaman mereka dalam latihan tidak boleh diceritakan kepada sesiapa baik pun pada keluarga sendiri. Mereka telah pun menulis surat perjanjian sebelum masuk ke akademi itu. Undang-undang itu adalah kerelaan mereka sendiri. Kalau mereka tidak suka, mereka tidak akan menandatangani surat perjanjian itu.


                Wajah rakan seperjuangan yang berada di dalam bilik latihan itu dipandang seorang demi seorang. Mereka sibuk melakukan aktiviti pertahanan diri. Ada yang membuat latihan menembak, ada yang sibuk menumbuk punch bag, ada juga yang sibuk memanah di kawasan lapang bersebelahan dengan bilik latihan.Badge terakhir ialah badge 10 iaitu pasukan Piyu. Di akademi itu terdapat 1 hingga 10 badge. Badge 1 ialah badge junior iaitu badge yang baru diserap dari universiti. Badge 10 iaitu pasukan Piyu cuma ada seramai 20 orang. Mereka datang dari universiti yang lain-lain. Hanya 9 orang yang lain yang sama universiti dengannya. Oleh kerana bilangan badgenya sikit, mereka sangat rapat antara satu sama lain. Mereka seperti adik beradik walaupun tidak sama jantina, bangsa dan agama.
             Hari terakhir latihan ialah hari yang amat mendukacitakan mereka. Ini bermakna selepas ini mereka akan berpecah. Sudah pasti mereka dihantar untuk tugas yang berlainan.Banyak pengalaman suka duka mereka tempuhi bersama. Piyu takkan lupa semua kenangan itu selagi dia masih hidup.
              “ Kau kenapa?” Tegur Joe lalu melabuhkan punggungnya disebelah Piyu. Piyu yang sedang termenung itu menariknya untuk menegur gadis itu. Tidak pernah- pernah gadis itu termenung. Peluh yang semakin merenik di dahi setelah melakukan aktiviti menembak tadi dikesat kasar dengan tuala.
              “ Aku ok.” Balas Piyu setelah mematikan lamunannya.
             “Jangan lupa lepas latihan ni pasukan kita ada makan- makan di One Green. Kau jangan nak terus balik ke kampung pula.” Joe memberi amaran. Tersenyum Piyu mendengarnya. Macamlah dia nak lari.
             “ Baik captain!” Ujar Piyu bergurau lalu menunjukkan tabik hormatnya.
             “ Pandailah kau...”Ujar Joe lalu membidas Piyu dengan tuala yang dipegangnya. Piyu juga ikut ketawa. Joe adalah ketua pasukannya. Joe seorang yang baik dan faham perasaan anak buahnya. Sepanjang Joe menjadi ketua mereka tidak pernah lagi pasukan mereka gagal menjalankan misi yang diberikan untuk latihan mereka. Joe memang dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Sementelah lelaki itu adalah anak kepada Menteri Pertahanan Negara. Dengar-dengar Joe bakal mengantikan posisi ayahnya setelah tamat latihan di akademi itu. Dia tumpang bahagia dengan pencapaian ketuanya itu.
              “ Kau cadang nak buat apa lepas  tamat akademi? ”Soal Joe sambil meminum air mineral. Terasa lega tekaknya.
              “ Kau juga yang cakap aku balik kampung tadikan. Macamlah kau tak tahu.” Balas Piyu.
             “ Aku cakap je tadi. Rupanya betul telahan aku. Jadi kau nak tanam anggur kat kampung sementara tunggu panggilan tugasan?” Soal Joe lagi. Sayang juga kalau gadis itu menganggur saja dalam masa mereka menunggu panggilan tugas yang menentukan kerja mereka kelak. Kalau gadis itu memerlukan kerja sambilan dia boleh tolong carikan. Diakan banyak kenalan. Anak menterilah katakan.
             “Macam tulah gayanya. Aku ni bukannya macam kau yang memang pasti ada kerja yang bagus lepas ni. Kau bakal gantikan ayah kau kan lepas ni.” Piyu hanya mengiakan sahaja. Dia memang balik tanam anggur pun...cuma anggur yang ditanamnya tidak akan berbuah sampai bila-bila...Hahahaha..
              “Mestilah..aku mana boleh tanam anggur macam kau. Kalau kau nak aku tolong carikan kerja part time aku boleh je. Kau cakap je bila kau nak start kerja.” Joe mendebik dada. Piyu mencebirkan mulutnya. Tahulah dia tu anak menteri kan....
             “Tengoklah nanti. Tapi aku kena juga balik untuk seminggu dua kat kampung itu. Nanti aku datang semula kat bandar ni. Masa tu baru aku contact kau cari kerja ok?” Janji Piyu. Joe hanya mengangguk. Kemudian datang pula Suraya dan Hardi menemani perbualan mereka di situ. Mereka berbual sementara menunggu yang lain habis melakukan latihan.

                           ***********************************************


              Berkerut dahi Piyu bila ada tangan lain yang memegang buku martial art yang ingin dipinjamnya itu dari Perpustakaan Negara. Mata Piyu memandang tajam kearah orang empunya tangan. Kemudian berlaku acara tarik menarik buku diantara mereka. Lelaki yang memakai baju berjenama luar negara itu dipandang geram. Macam orang baru balik oversea sahaja lagak lelaki itu. Dalam library pun berkaca mata hitam bagai. Menyampah dia melihatnya. Ini mesti kes lupa daratan. Pantang datuk nenek moyangnya melihat orang sebegitu. Dia tidak akan mengalah. Sudah lama dia mencari buku martial art third edition itu. Nak  meminjamnya bukan main susah. Buku itu bukannya ada dijual di pasaran. Lagipun buku itu hanya terdapat di Perpustakaan Negara sahaja. Niatnya mahu meminjam buku itu sebelum dia balik ke kampung.
              “ Aku dulu tengok buku ni jadi buku ni aku punya!” Tegas Piyu. Buku itu sedaya upaya ditarik.
             “ Tak ada tulis nama kau pun. Sesiapa pun berhak pinjam buku ni.”Sinis lelaki itu berkata.
            “Banyak buku lain yang kau boleh pinjam. Lagipun aku rasa kau mampu beli buku ni.” Ujar Piyu dengan nada yang agak tinggi sehingga mengundang banyak mata kearah mereka berdua.
              “ You know this book is limited so why are you insist me to buy outside? Kalau buku ni begitu senang nak dibeli diluar tak adanya saya nak jejakkan kaki ke sini.” Angkuh sekali bunyi lelaki itu berkata. Piyu mencebikkan mulut bila mendengar kata-kata lelaki itu. Tuiiiii.....spesis Tuan Johari rupanya lelaki ni. Bajet orang kayalah tu...kalau tak angkuh bukan orang kayalah namanya.
             “ Kau tak layak pegang buku ni. Buku ni untuk orang yang punya adab yang tinggi. Pertuturan kau langsung tak beradab. Kalau buku ni jatuh pada orang yang macam kau maka tak berkatlah usaha tokoh-tokoh yang telah menulis buku itu.” Balas Piyu tegasnya. Dia tidak sudi buku itu dipegang oleh orang sebegitu. Terbeliak mata lelaki itu mendengarnya.
            “Berani kau mengatakan aku tiada adab. Kau tak kenal aku siapa. Aku boleh membuatkan kau lenyap dari dunia ini bila-bila aku suka.” Bidas lelaki itu.
                “Andainya sini medan pertempuran, sudah aku tumpaskan kau sehingga hujung nafas. Biar kau tahu rasa menghormati orang. Sekurang-kurangnya jadilah lelaki sejati yang mengalah kepada perempuan hanya disebabkan buku. Rasanya tidak akan terjejas ego sebagai lelaki sejati tapi sebaliknya dijulang tinggi.” Serius Piyu berkata. Buku martial arts direntap dari tangan lelaki itu. Kemudian matanya jatuh pada dagu lelaki itu yang terbelah. Ada tarikan di situ. Namun hatinya menidakkan. Hermhhh...nak harapkan rupa saja kacak tapi perangai hampeh!!
             “ Kau ingat aku takut dengan kau hanya disebabkan kau perempuan. Just set the place and time..and I can beat you just like that..” Ujarnya lalu memetik tangannya di depan wajah perempuan itu. Wajah gadis dihadapannya itu memerah mendengar statement angkuhnya. Kelihatan gadis itu mengigit bibir tanda geram. Bibir gadis itu yang merah merekah mengingatkannya pada sesuatu. Tapi apa ya??? Malas dia mahu memikirkannya. Lantas persoalan itu dibiarkan berlalu pergi.
              “Ah malaslah nak layan mamat cenggil macam kau ni. At least aku dah dapat buku ni. Bye.......” Sinis Piyu dengan nada mengada. Kakinya cepat saja menuju ke kaunter peminjaman. Lelaki itu terbuntang marah mendengar gelaran yang diberikan gadis itu kepadanya. Inilah kali pertama dia mendapat penghinaan sebegini. Geram sungguh hatinya.
            “Jangan sampai aku tengok muka kau lagi...kalau tak, tahulah apa balasannya!” Jeritnya kearah  gadis yang meninggalkannya seperti dunggu itu . Penjaga perpustakaan tidak putus-putus memandang kearahnya sementelah dia menjerit sebentar tadi. Malu pula bila ada mata-mata lain mula melirik ke arahnya. Jatuhlah sahamnya lepas ni. Kalau mereka bertemu lagi..tahulah dia nak mengajar gadis itu macam mana..!!!!

                                   *************************

                   Jus mango yang terhidang dimata disedut rakus. Hatinya yang panas harus disejukkan segera. Masih teringat insiden yang memalukan tadi. Putera Aiman menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diletakkan di atas meja. Dia memandang sekeliling restoren esklusif itu. Tidak begitu ramai orang. Privasi disini terjaga sebab itulah dia memilih tempat ini untuk makan.
                    Samsung Galaxy S4 dikeluarkan dari dalam poket seluarnya. Nama Shah didail. Dia merengus perlahan bila Shah tidak menjawap panggilannya. Kemana pula pergi sepupunya itu?? Bila dia diperlukan susah betul nak cari tapi bila dia tidak diperlukan, sibuk pula lelaki itu call ke handphone nya. Nama Shah didail lagi. Akhirnya bersambut juga telefonnya. Namun suara lain pula yang kedengaran.
                 “Erm..cari siapa ni? Sibuk je call pagi buta cam ni!” Desis suara perempuan yang sepertinya mamai. Suara baru bangun tidur. Putera Aiman rasa jelik pula mendengarnya. Ada ke patut jam yang sudah menunjukkan pukul dua petang dikatakannya pagi buta. Nampak sangat pemalas.
                 “ Saya nak bercakap dengan Shah.” Balas Putera Aiman. Was-was juga kalau dia yang tersalah nombor. Manalah tahu Putera Sharin sudah menukar nombor telefon.
                “ Owh..nak cakap dengan Shah..Kejap ye..” Ujar suara itu. Kemudian terdengar suara perempuan itu seperti membangunkan seseorang.
                “ Baby...ada orang call you ni. You bangunlah dulu.”Manja saja bunyi perempuan itu. Geli pula Putera Aiman mendengarnya.
                “ Erm....kejaplah pumkin pie. I masih mengantuk ni. Cakap je I busy ke apa...” Putera Sharin menjawap malas. Dia masih mahu mengumpul tenaga. Habis tenaganya digunakan malam tadi untuk melayan kekasihnya Sherry itu. Haiii...Sherry memang nakal. Tersenyum hatinya bila mengenangkan lagak gadis itu malam tadi. Terlupa hatinya dengan halal dan haram bila dirinya dibelai oleh Sherry.
              “ Baby jawap jelah. Orang tu dah call baby dari tadilah. Dah naik bingit dah telinga Sherry dengar.” Ujar perempuan yang bernama Sherry itu. Putera Aiman yang berada di talian terasa mahu muntah mendengar kata-kata Putera Sharin dengan kekasihnya itu. Ber ‘baby’ bagai. Terasa kesal juga di hatinya bila Putera Sharin kini liar sehingga sanggup membawa perempuan ke bilik tidur. Kalah pula dia yang memang dah lama tinggal di oversea itu. Tidak akan sesekali dia melanggar agamanya yang telah didik dari kecil. Pasti murka seluruh kerajaan jika perangai Putera Shahrin itu diketahui ramai. Apa nak jadilah dengan sepupunya itu.
                “ Ok pumkin pie...”Balas Putera Sharin manja. Handphone yang berada di tangan kekasihnya segera diambil. Kelihatan Sherry  menyambung tidurnya kembali setelah menyerahkan handphone kepada Putera Sharin. Memang bukan  perempuan yang boleh dibuat bini. Sesuka hati menjual diri. Agaknya tidak belajar agama masa sekolah dulu. Putera Sharin hanya tersenyum melihat liuk lentok kekasihnya yang seksi. Dia tidak kisah perempuan itu patuh pada agama atau tidak. Yang penting bila dia sudah jemu dia akan meninggalkan gadis sonsang itu. Buat apa nak simpan lama-lama. Banyak lagi bunga diluar sana yang masih banyak madunya.
             “Erm Shah ni. Ada apa call?” Mendatar saja suaranya. Malas nak menjawap sebenarnya. Rasa mengantuk masih menguasai diri. Putera Aiman mengeluh mendengar suara sepupunya itu. Macam tidak ikhlas saja mahu bercakap dengannya.
          “ Mat romeo..akulah ni. Sepupu kau tersayang. Bila dengan perempuan, aku pun kau lupa ya.” Seloroh Putera Aiman. Terus segar mata Putera Sharin yang mengantuk itu bila mendengar suara sepupunya dunia akhirat. Dia rindu akan sahabat baiknya merangkap sepupunya dunia akhirat itu.
          “ Mana ada aku lupa kau. Kau tu yang jarang nak call aku. Yalah sejak orang tu tinggal oversea..terus lupa kat kawan kat Malaung.” Ada nada berjauh hati di situ. Putera Aiman tersenyum mendengarnya.
         “ Kau kan baru je visit aku empat bulan lepas kat U.K so buat apa aku nak call kau lagi. Aku bukannya kekasih kau yang nak call kau selalu.” Tembak Putera Aiman. Tersengih Putera Sharin di talian.
            “ Yalah..yalah. Emm..apa mimpi kau call aku? Ada benda urgent? Kalau tak urgent jangan haraplah kau nak dail no aku kan...” Putera Sharin meneka.
          “ Aku kat Darul Isni sekarang ni. Kita jumpa kat Restoren Black Ocean sekarang , boleh?” Putera Aiman berkata lalu menyedut baki minumannya tadi. Terbuntang mata Putera Sharin mendengarnya. Bila pula Si Aiman ni balik Malaung???
           “ Bila kau sampai ni? Tak beritahu pun..” Soal Putera Sharin.                 

          

                 “ Semalam.”Pendek saja jawapannya.
                 “ Bonda dan ayahnda kau tahu tak?” Soal Putera Sharin musykil. Putera Aiman itu bukannya boleh dijangka.
                 “ Belum lagi. Kalau aku beritahu mesti habis satu rombongan istana dibawanya ke airport. Aku tak nak orang kenal aku. Biar aku hidup macam orang biasa dulu.” Terangnya. Bukan dia tak tahu perangai bonda dan ayahndanya.
               “ Aku memang dah agak dah. Kau memang selalu buat orang risau. Kang kena attack kat airport pasal tak ada pengawasan  baru kau tahu.” Bebel Putera Sharin. Sepupunya itu terlampau merendah diri. Nak jadi orang kebanyakan. Dia takut sikap Aiman itu akan memakan diri.
               “ Kalau ada pengawasan lagilah mereka nak attack. Kalau tak ada orang mengawas aku, aku akan nampak macam orang biasa. Tiada siapa akan sedar akan kewujudan aku. Kau jangan risau...nanti aku contactlah bonda dan ayahnda. Lepas aku jumpa kau. Emm...kau ni jadi ke tak datang?” Balas Putera Aiman lagi.
               “ Yalah-yalah. Kau tunggu aku dalam 20 minit ok.”Putus Putera Sharin. Talian terus diputuskan. Kakinya terus menuju ke kamar mandi. Sherry yang sedang tidur hanya dibiarkan. Nanti pandailah perempuan itu bangun sendiri.
              Putera Aiman pula menunggu dengan sabarnya. Pandangan diluar restoren dipandang penuh minat. Sudah lama dia meninggalkan Negara Malaung. Dia rindu dengan tanah air sendiri. Banyak yang sudah berubah dalam tempoh 12 tahun. Dia tidak pernah balik semenjak tempoh itu. Dia dilarang balik ke tanah air. Teringat kembali peristiwa 12 tahun lalu yang menyebabkan dia dihantar ke United Kingdom.

                                                 ****************************

                  Kemangkatan nenda yang tercinta amat mendukacitakan sekalian rakyat dan kerabat diraja. Putera Aiman tidak berhenti mengalirkan air mata. Sebagai seorang remaja berusia 13 tahun dia masih lagi seperti hati anak kecil. Dia tidak dapat menahan kesedihan kehilangan nenda tercinta. Dia tidak sempat berjumpa dengan nenda pada saat terakhir nenda. Dia terlampau sibuk dengan dunia luar. Dia kesal.
                  Sebaik sahaja selesai upacara pemakaman Maharani Syarifah, Putera Aiman terperuk saja di dalam biliknya. Dia jadi takut dengan dunia luar yang telah membunuh nendanya. Bagaimana kalau dia juga akan menerima nasib yang sama???
               Terasa seperti seseorang memegang bahunya. Putera Aiman berpaling. Kelihatan ayahndanya, Maharaja Tajuddin yang memegang bahunya. Entah bila ayahndanya masuk ke kamarnya, dia tidak pasti. Dia terlampau leka melayan perasaan.
              “ Aiman ok?” Soal Maharaja Tajuddin. Dia faham perasaan anaknya itu. Lagipun  Putera Aiman rapat dengan nendanya. Mesti puteranya itu terasa kehilangan.
             “ Ok ayahnda.”Ujar Putera Aiman sekadar untuk menyenangkan hati ayahndanya.
            “ Aiman...ayahnda ada benda nak beritahu.” Agak berat mulutnya hendak menuturkannya. Namun dia mesti menyatakannya juga kerana semua itu demi keselamatan Putera Aiman juga. Kalau Putera Aiman menerima musibah, siapa pula yang akan mengantikannya kelak. Itu yang amat ditakutinya.
            “ Apa yang ayahnda nak beritahu?”
           “ Aiman kan tahu apa yang terjadi kat nenda. Jadi sebelum pekara itu berlaku juga pada Aiman, ayahnda cadangkan supaya Aiman dihantar belajar di U. K. Ayahnda ada kawan disana yang boleh menguruskan dan menjaga Aiman. Aiman jangan risau, papa akan hantar beberapa perisik dan pengawal untuk melihat Aiman dari jauh. Ayahnda mahu Aiman hidup seperti orang biasa di sana supaya orang tidak sedar Aiman ini putera raja. Identiti Aiman akan dirahsiakan. Selagi keadaan belum reda, Aiman tinggal sahaja disana sampai ayahnda benarkan Aiman balik.” Panjang lebar Maharaja Tajuddin menerangkan.
            Tercenggang Putera Aiman mendengarnya. Dia akan dihantar ke luar negara??? Dia belum bersedia jauh dari keluarga. Namun bila memikirkan keselamatannya yang dihujung tanduk, dia jadi keliru. Adakah keputusan ayahnda yang terbaik untuknya??? Kemudian dia mengeluh. Demi ayahnda dan bonda serta kerajaan Malaung dia akan berkorban. Lagipun dia pewaris takhta ayahndanya jadi dia harus menjaga dirinya.
          “Baiklah ayahnda.” Ujar Putera Aiman lalu menunduk. Tanpa sedar dia teringat pula akan janjinya pada kekasihnya Piyu. Dia terlampau sedih dengan pemergian nenda sehingga lupa janjinya pada Piyu. Dia harap Piyu akan memaafkannya. ‘Selamat tinggal Piyu....aku akan meninggalkanmu...Seandainya jodoh kita panjang, kita akan bertemu kembali...’Hati Putera Aiman berkata.

     
   


       
                  


No comments:

#navbar-iframe { display: none ; }