Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Permaisuriku Pengawal Bab 5

Permaisuriku Pengawal

Saturday, July 20, 2013

Permaisuriku Pengawal Bab 5


 BAB 5

                   Piyu mengibas-gibaskan tangannya. Panas betul cuaca hari ini. Pendingin hawa yang dipasang tidak mampu untuk mengusir rasa panas itu. Tidak sabar rasanya mahu sampai ke kampung. Rindunya pada Pak Mat tidak tertanggung lagi. Pasti Pak Mat juga berasa begitu. Dia sempat membeli buah tangan sebelum naik bas tadi. Harap-harap Pak Mat suka dengan buah tangannya.
              Piyu melilau ke tempat pemandu bas di hadapan. Aikkkk..mana pula pemandu bas ni. Rasanya dah hampir 40 minit bas itu berhenti di Perhentian Setia Emas itu. Penumpang-penumpang lain juga kelihatannya resah dengan keadaan itu. Piyu pun membuat keputusan untuk turun dari bas untuk melihat apa yang terjadi.
             Kelihatan pemandu bas itu terbongkok-bongkok di bahagian belakang bas. Piyu pun mengaru kepalanya. Apa pula yang pemandu tu buat....dahlah ada 8 jam lagi untuk sampai ke kampungnya.
           “Kenapa pula ni pak cik? Ada masalah ke?” Soal Piyu berbasa-basi.
          “Entahla cik. Bas ni dah berapa kali pak cik start tadi tak nak hidup-hidup.”Balas Pak Cik itu sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
        “ Apa? Bas ni rosak ke? Pak cik dah call mekanik ke belum?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Piyu. Risaunya bukan main.
        “Pak Cik dah call mekanik. Tapi rasanya  malam ni baru mekanik tu sampai sebab kawasan ni dah jauh dari bandar. Kalau nak tunggu bas ni baik semula..rasanya esoklah jawapnya. Hahaha..”Ujar Pak Cik tu sambil ketawa kecil. Menyampah pula Piyu mendengarnya. Boleh pula orang tua ni ketawa. Aku lasing kang baru kau tahu!!!
         “ Tak da bas backup ke Pak cik? Saya tak boleh tunggu lagi ni. Lagipun mana ada tempat bermalam tengah hutan ni.”
          “Tak ada cik. Kalau cik nk bermalam, jangan risau...ada homestay dekat sini. Jalan 5 minit kat dalam tu jumpalah homestay tu. Pak cik tahu pun sebab pakcik selalu bermalam kat situ sekiranya pak cik penat bawa bas ni.”Bersungguh Pak Cik itu menjawap. Barangkali kerana terkesan dengan air muka Piyu yang keruh itu.
         “Em..tak apalah pak cik. Saya rasa saya nak jalan kaki je. Saya ni bukannya orang yang suka menunggu.”Ujar Piyu lalu melangkah ke arah tempat letak beg. Beg-begnya dikeluarkan dari bas. Terkejut pula pak cik itu dengan tindakannya.
         “Bahaya kalau cik jalan seorang diri masa ni. Lagipun dah petang sangat ni.”Tegah Pak cik itu. Sudahlah perempuan yang nak jalan sendiri, kalau lelaki tadi taklah dia kisah sangat.
          “ Tak apalah pak cik. Saya dah biasa.”Ujar Piyu lalu meninggalkan pak cik itu termanggu-manggu. Dah biasa???? Pelik sungguh bunyinya pada pendengaran pak cik itu. Namun dia hanya mampu menghantar gadis itu dengan pandangan mata sahaja. Semoga Tuhan melindungi perjalanan gadis itu. Kemudian pak cik itu mengeleng-gelengkan kepalanya. Matilah dia kali ni kena marah bos. Ini dah masuk kali ketiga basnya rosak di tengah perjalanan. Huh!!!...
                
                                           ********************************

                 Kaki Piyu terasa agak lenguh setelah berjalan selama 2 jam. Jam juga sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Tekaknya juga sudah rasa kering. Dia membuat keputusan untuk berehat sekejap di bawah pohon di tepi jalan itu. Botol air yang berada di dalam beg sandang segera dikeluarkan. Air diteguk rakus. Macam setahun tak minum air pula rasanya. Sedang dia sibuk merehatkan diri, tiba-tiba datang kereta mewah menderu dengan lajunya dari hadapan. Kereta berjenama Porshe 911 turbo berwarna merah itu sungguh memakukan mata namun enjinnya membingitkan telinga Piyu. Habis semua barang Piyu berterbangan dek kerana kelajuan kereta itu yang terlampau maksima. Macam taufan sahaja lagaknya. Kalau Piyu ada sakit jantung tadi agaknya dah lama mati telentang kerana mendengar deruan kereta bak halilitar itu.
             “ Aku harap kau mati kemalangan!!!”jerit Piyu kearah pemandu itu. Marah sungguh hatinya. Botol airnya sudah terbang kemana, begnya juga sudah hilang kemana...  Malang betul nasibnya hari ini. Tahulah kereta mewah tapi bawalah perlahan sedikit. Mana perginya budi bahasa orang sekarang ni. Dengan mulut yang terkumat kamit, dia terpaku seketika setelah  mendengar dentuman yang begitu kuat di hadapan.
                 Cepat-cepat dia berlari kearah itu. Setelah berlari selama seminit akhirnya di terjumpa juga penyebab bunyi yang kuat itu. Kerata tadi kemalangan. Masin betul mulut dia. Agak jauh juga tempat kemalangan namun bunyinya kuat sampai ke kawasan Piyu tadi. Cepat juga kereta tu sampai ke kawasan ni. Yalah kereta mewah..mana nak disamakan dengan kereta biasa.
               Kelihatan kereta itu berasap-asap. Kereta itu rupanya melanggar penghadang jalan. Itulah mata dijual..mana taknya kemalangan!! Sempat lagi Piyu mengumpat dalam hati. Kakinya kemudian laju menuju ke arah kereta itu. Mana tahu pemandu masih boleh diselamatkan.
            Matanya melilau-lilau kedalam kereta yang sudah kemek di hadapannya itu. Rugilah siapa yang punya kereta mahal macam tu. Dalam sekelip mata duit melayang disebabkan kemalangan. Lebih  baik beli kereta kancil, kalau kemalangan pun taklah menyesal sangat.
         Kelihatan ada seorang pemuda yang  cedera agak parah dikepala didalam kereta itu. Piyu mengetuk-getuk cermin kereta, manalah tahu lelaki itu masih sedar. Namun tiada respon. Piyu kemudiannya cuba membuka pintu kereta namun pintu itu tidak dapat dibuka. Agaknya tersekat. Piyu gelisah pada saat matanya tertangkap ada minyak yang mengalir keluar dari kereta lelaki itu. Tangki minyak lelaki itu bocor!!! Dia tidak boleh berlenggah lagi. Dia harus keluarkan lelaki itu dari dalam kereta.
          Dengan segala kudratnya, dia memecahkan cermin kereta itu dan badan lelaki itu ditarik keluar. Setelah itu badan lelaki itu dicempung jauh dari kawasan itu. Dalam masa 3 saat kemudian, Porshe lelaki itu pun meletup dengan kuatnya. Berkecai semuanya. Piyu mengurut dada tanda lega. Kalau dia lambat mesti lelaki itu ikut berkecai sama.
          Badan lelaki itu dibawa ke pohon tempat dia berehat tadi dan disandarkan di pohon itu. Bau yang tidak menyenangkan menyengat hidung Piyu pada saat dia membetulkan keadaan lelaki itu menyandar. Tadi tidak pula dia perasan yang lelaki itu berbau air kencing syaitan itu. Patutlah kemalangan, minum air kencing syaitan rupanya. Patutnya dia tak selamatkan orang yang tak guna macam ni.
           Nak ditinggalkan lelaki itu disitu tapi rasanya tak patut pula. Kecederaan yang parah di kepala lelaki itu menyebabkan dia rasa kasihan pula. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit nokianya lalu mendail nombor ambulan. Rasanya sejam dua lagi sampailah ambulan tu sebab kawasan ni memang jauh dari bandar.
           Darah yang semakin mengalir dari dahi lelaki itu dilap dengan sapu tangannya. Nasib baik air mineralnya masih ada. Kalau tidak ada yang kena infeksi pula. Pada saat tangannya lincah mengelap kepala lelaki itu, kedengaran lelaki itu mendesis kesakitan. Matanya perlahan-lahan terbuka.
            “Kenapa ni?” Soalnya dengan suara yang serak. Sakit di kepalanya tidak dapat ditanggung. Menyengit betul.
           “Awak kemalangan.” Pendek saja jawapan Piyu. Malas dia nak melayan orang seperti itu. Kalau tidak disebabkan dia kasihan jangan haraplah dia nak tolong.
             Lelaki itu kelihatannya terpaku melihat Piyu. Namun Piyu malas nak ambil tahu. Dalam nazak pun lelaki itu masih merenyam. Geram pula Piyu melihatnya.
            “ Saya dalam syurga ke?” Soal lelaki itu perlahan. Terbeliak mata Piyu mendengarnya. Orang macam tu ada hati nak masuk syurga. Hai tak malu betul lelaki ni!...Namun lepas berkata begitu lelaki itu pun pengsan balik. Piyu hanya mengeleng kepala bila melihat lelaki itu.

                                              ********************************

                          Akhirnya, sampai juga Piyu dirumah Pak Mat. Diatas ehsan keluarga lelaki yang dia tolong semalam, dia jejak juga ke kampungnya itu. Nampaknya lelaki yang dia tolong semalam bukan calang-calang orang. Sampaikan ibu lelaki itu mahu memberikan dia cek sebanyak setengah juta kerana telah menolong anaknya. Memanglah lumayan tapi niatnya ikhlas mahu menolong. Disebabkan ibu lelaki itu berkeras mahu membalas budinya, dia hanya meminta mereka menghantarkannya balik ke kampung. Lantas keluarga itupun menyuruh pemandu mereka menghantar Piyu balik ke kampung. Mereka ingin menemankan Piyu namun Piyu menolak kerana dia tahu diri. Mesti mereka ajak-ajak ayam kerana ingin membalas budinya. Lagipun anak mereka dalam hospital, takkan dia kejam sangat nak suruh mereka menemankannya pula.
                      “Ayah..Piyu dah balik!” Panggil Piyu. Gembira sungguh hatinya.
                     “ Anak ayah dah balik ya.” Ujar Pak Mat setelah menguak pintu. Namun setelah tu badan Piyu ditolak ke halaman rumah. Bunga silatnya dibuka. Piyu tersenyum lalu mengosok hidung. Cara selamat datang ayahnya memang lain dari yang lain. Piyu meletakkan beg sandangnya ke tanah. Kemudian bunga silatnyanya juga dibuka.
                     “Hah!” Jerit Pak Mat lalu memulakan serangan. Namun dengan senangnya Piyu mematahkan serangan Pak Mat itu. Pak Mat terus tersungkur ke tanah. Ketawa seketika Pak Mat namun kemudian dia kembali menyerang. Pertarungan mereka berdua berlanjutan selama 10 minit. Kalau tidak Pak Mat yang tersungkur, Piyu pula yang tersungkur. Akhirnya mereka berhenti kerana letih.
                 “Pendekar ayah dah balik. Ayah bangga sebab anak ayah lebih hebat dari dulu. Dah tak mampu ayah nak lawan.”Ujar Pak Mat yang sedang terbaring di tanah itu. Naik turun desahan nafasnya. Piyu pula baring disebelahnya saja. Dipandang gembira raut tua Pak Mat itu.
               “ Mestilah. Piyukan anak pendekar terkenal. Seharusnya Piyu hebat macam pendekar!” Piyu mendebik dada. Pak Mat hanya ketawa melihat kelincahan Piyu. Rindu sungguh dia akan anaknya itu. Tersentuh hatinya bila Piyu mengaku dirinya anak pendekar. Sudah berkali dia memberitahu anak itu bahawa dia bukan ayah Piyu yang sebenar namun Piyu masih juga menganggapnya sebagai ayah kandung. Terharu hati tuanya. Anak seperti Piyu memang rahmat dari Tuhan memandangkan dia tidak pernah ada zuriat sendiri.

                                             **********************************

                Putera Sharin duduk dengan tenangnya di Taman Diraja. Burung-burung berkicauan sungguh mendamaikan. Sudah dua hari dia balik ke istana diatas nasihat Putera Sharin. Memanglah bondanya membebel pada awalnya. Tapi dah lama-lama bondanya tidak berkata apa-apa lagi. Dalam keadaan tenang begini teringat pula dia pada Putera Sharin. Setelah menghantarnya ke istana dua hari yang lalu, Putera Sharin ada menyaatakan niatnya mahu balik ke villa nenda mereka di kampung. Namun tiada pula Putera Sharin menghubunginya.
           Lantas Samsung Galaxy S4 dikeluarkan dari poket. Nombor Shah didail. Tut..tut..Tiada orang menjawap. Setelah berkali-kali didail namun masih juga tidak berangkat. Pelik.... Kemudian nombor ibu saudaranya, Puteri Aliah didail.
            “Assalamualaikum.”
            “Walaikumussalam.” Sayu bunyi Puteri Aliah menjawap.
           “ Shah ada tak auntie? Aiman call dia tak dapatlah.”Ceria je suara Putera Aiman bertanya. Kemudian dia terkejut bila Puteri Aliah tetiba saja menangis.
            “ Shah kat hospital sekarang...Dia kemalangan...iskh..iskh..iskh...”Esakkan Puteri Aliah  makin kuat kedengaran. Terbuntang mata Putera Aiman mendengarnya..
         “Apa??? Shah masuk hospital!!!!” Putera Aiman lantas memutuskan talian lalu bergegas pergi ke hospital.




         


No comments:

#navbar-iframe { display: none ; }