Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Permaisuriku Pengawal Bab 6

Permaisuriku Pengawal

Saturday, July 20, 2013

Permaisuriku Pengawal Bab 6

     
      BAB 6        

                 Sudah masuk seminggu Putera Sharin di hospital. Selama itu jugalah Putera Aiman selalu menjenguk sepupunya. Putera Shahrin sudah sedar dua hari yang lalu namun sejak sedar sepupunya itu hanya termenung. Bercakap pun tidak. Ayahnda dan bonda Putera Sharin risau dengan keadaan itu. Bila ditanya keadaan Putera Sharin kepada doktor, doktor mengatakan keadaan Putera Sharin stabil. Mungkin lelaki itu masih shock sebab itulah dia hanya diam.
              Putera Aiman memandang Putera Sharin yang ralit memandang ke luar tingkap. Sudah puas dia mengajak lelaki itu berbual, namun dia hanya ditunggulkan. Namun itu tidak bermakna dia akan putus asa. Dia akan kembalikan Shah yang dulu.
            “Shah, kau sihat tak hari ni?”. Putera Sharin masih tidak berganjak. Matanya masih memandang ke luar tingkap.
           “Shah, kekasih-kekasih kau kat luar tu rindu nak jumpa kau tau. Hari-hari mereka call bonda kau tanyakan kau...”Putera Aiman masih memancing saudaranya itu untuk bercakap. Namun keadaan masih sepi tanpa bicara.
            “Em...bonda kau cakap, ada seorang gadis yang selamatkan kau hari tu. Kau kenal dia tak?” Soal Putera Aiman lagi. Suasana masih sepi. Putera Aiman mengeluh. Dia pun bangkit dari duduknya. Dia tidak betah melihat sepupunya menderita tanpa suara.
               Namun kakinya terhenti pada saat dia terdengar suara Putera Sharin.
             “ Gadis?? Bidadari tukah?” Ujar Putera Sharin lalu memandang ke arah Putera Aiman.
             “Bidadari?” Soal Putera Aiman pelik.
             “Hari itu aku diselamatkan oleh bidadari. Tak pernah kulihat gadis secantik itu.”Ujar Putera Sharin lalu membayangkan sesuatu.
            “ Shah, are you okay?” Soal Putera Aiman agak risau. Sepupunya itu sudah melalut yang bukan-bukan. Agaknya kepala sepupunya sudah terhantuk dengan kuat semasa kemalangan hari tu.
             “Maybe she is the one for me..”Ujar Putera Sharin kemudiannya tersenyum manis.
             “Shah, seriously..are you okay?” Ujar Putera Aiman lalu mengoncang bahu Putera Aiman.  
             “Hey..silly..Don’t you notice..I’M FALL IN LOVE..I’M FALL IN LOVEEE!!!”Jeritnya kegembiraan. Badan Putera Aiman dipeluknya kuat.
            “Betul ke ni?”Putera Aiman masih ragu-ragu. Takkan begitu cepat seorang kasanova seperti Shah boleh jatuh cinta.
          “Mesti Tuhan nak sedarkan aku agar tidak permainkan perempuan lagi sebab itu aku kemalangan. Lepas itu dia turunkan seorang bidadari yang boleh selamatkan aku dari semua pekara kotor yang telah aku buat selama ni.” Ujar lelaki itu sungguh-sungguh. Putera Aiman hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia tidak begitu faham dengan apa yang dikatakan Shah. Pokok pangkalnya Putera Sharin sudah jatuh cinta dengan penyelamatnya sendiri.
          “Man, boleh tak kau tolong aku cari dia...Aku sedih sebab semenjak aku sedar aku tak nampak pun muka dia. Aku nak jumpa dia. Bolehkan???” Penuh harapan kata-kata itu. Putera Aiman hanya mengangguk walaupun dia tidak pasti.
          “ Thanks Man. Kau memang kawan aku dunia akhirat.”Ujar Putera Sharin sambil memeluk Putera Aiman kuat. Dia berasa sungguh gembira. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan bidadarinya itu.
             Putera Aiman mengeluh dalam hati. Dimana pula dia mahu mencari gadis misteri itu. Haiii....Shah..Shah..kau ni macam-macam hal lah!

                                         **************************************
        
               Piyu mengayuh basikal tuanya laju. Bunyi keriuk yang keluar langsung tidak dipedulikan. Rindu betul dia dengan basikal yang telah banyak berjasa padanya itu. Sangkanya Pak Mat dah buang basikal kesayangannya itu. Yalah, nama pun dah tua dan usang. Kalau orang lain memang orang tak sudi nak naik basikal seperti itu. Namun itu yang Piyu suka. Basikal itu banyak sentimental valuenya.
              Ketika Piyu gembira mengayuh basikalnya, tiba-tiba datang sebuah motorsikal berkuasa tinggi dari arah depan dengan lajunya. Walaupun sempat mengelak namun basikal Piyu hilang arah. Gedebuk!!!..bunyi Piyu jatuh ke lopak yang berada di bahu jalan kecik itu. Marah Piyu bukan kepalang. Dia lantas bangun lalu mengejar motosikal yang kian jauh di hadapan. Setakat acara kejar mengejar ini setakat di celah gigi Piyu saja. Dia boleh berlari selaju pelari sukan negara. Sudah bertahun dia dilatih untuk berlari laju di akademi.
            Bila dirasakan jaraknya dengan motor itu tidak begitu jauh, Piyu berhenti berlari lalu membuka selipar dikakinya. Kemudian selipar itu ditikam kearah penunggang motorsikal. Selipar itu tepat kena di kepala penunggang motorsikal itu. Puas hati Piyu. Rasakan!! Nasib baik pakai topi keledar, kalau tidak mungkin terasa juga penangan selipar itu.
               Kedengaran brek motosikal ditekan kuat. Penunggang itu lantas turun dari motosikalnya lalu membuka topi keledarnya dengan kasar. Topi keledar kemudiannya dicampak ke tanah dengan kasar. Selipar yang sudah terpelanting ke tepi motorsikal lantas diambil kemudian penunggang motorsikal itu meluru kearah Piyu. Kelihatannya sangat marah.
            Piyu hanya buat muka tidak bersalah sambil berpeluk tubuh. Mulutnya mengulum senyuman sinis. Memang itu yang ditunggunya. Bersemuka dengan orang yang sudah buat dajal dengannya! Kesan lopak yang melekat di baju kurungnya tadi langsung tidak diendahkan lagi. Apa yang penting dia mahu buat perhitungan dengan lelaki itu.
            Mak aiii..bukan main handsome lagi muka lelaki itu setelah lelaki itu berdiri berdepan dengannya. Putih melepak....bukan macam muka orang kampung. Hermhhhh..harap muka saja handsome tapi adab tak ada...Tapi ada sesuatu yang buat Piyu musykil, rasanya dia pernah tengok lelaki ni. Tapi kat mana ya???
             “Kau kan yang baling benda ni kat aku!” Pekik lelaki itu lalu menikam selipar itu ke wajah Piyu. Terbeliak mata Piyu kerana geram. Ini dah lebih ni...main tikam-tikam kat muka pula.
            “Amboi bagus betul bahasa kau!” Balas Piyu lalu kepala lelaki itu ditonjolnya. Tak adillah kalau muka dia seorang yang kena. Merah muka lelaki itu menahan marah. Berani sungguh gadis itu menonjol kepalanya.
           “ Ini kali pertama beta di malukan seperti ini. Kepala beta ni sama harganya dengan nyawa kau wahai rakyat yang tak sedar diri. Kalau beta mahu sekarang ini juga beta titahkan untuk pancung kepala kau! “ Jerit lelaki itu tanpa sedar. Namun kemudian dia menekup mulutnya. Alamak dia sudah terlanjur kata! Dia sepatutnya tidak mendedahkan identitinya. Walaupun secara tidak langsung, kata-kata itu memaksudkan dia dari golongan diraja. Inilah kelemahannya, kalau marahnya melampau dia mudah mengeluarkan pertuturan istananya. Selama ini dia marah juga tapi pertuturan dia dapat dikawal tapi hari ini dia terbabas. Barangkali kerana telah dimalukan berkali-kali.
               “Hish...gila rupanya. Berbeta-beta bagai. Kau ingat ini zaman Hang Jebat. Kalau kau nak tahu jalan ke tanjung rambutan cakaplah dari awal. Jalannya straight je dari sini.” Sindir Piyu lagi. Sudahlah pelik, gila pula tu. Dia ingat ni zaman kesultanan raja Melaka ke. Melopong lelaki di hadapan itu mendengarnya.
              “Enough!...Kau tu yang gila. Entah datang dari mana tetiba je meroyan baling selipar kat aku! Kau ingat kepala aku ni tak ada insurans ke!.” Balas lelaki itu sambil bercekak pinggang. Wajah gadis yang berdiri di hadapannya dikerling marah. Apabila memandang wajah Piyu, hatinya terdetik rasa sesuatu. Rasa macam pernah jumpa pula. Tapi dimana ya?...Namun setelah berfikir beberapa saat, akhirnya otaknya dapat mencerna dimana dia bertemu dengan gadis itu sebelum ini.
               “ Now i’m remember..you kan yang kat library haritu. No wonderlah hari ni aku sial sangat! Kalau ya pun nak usha aku tak payahlah pakai taktik lama macam ni. It’s annoying..”Pedas lelaki itu berkata-kata.
              Geram pula Piyu mendengarnya. Ada ke patut dia cakap aku usha dia. Macamlah dia tu handsome sangat! Kalau setakat muka cam tu dia tak mainlah. Melambak muka macam tu kat pasaran. Patutlah dia macam kenal wajah lelaki itu, rupanya melayu celup yang sesat dalam library haritu. Orang bila dah lupa daratan macam tulah gayanya, tak ada adap ketimuran langsung.
              “ Apa kau cakap? Usha kau...Hermhhhh...teman lelaki aku 10 kali ganda handsome dari kau. Muka setakat macam kau ni memang layak makan tapak selipar aku je. Maaflah..tak menepati piawaian langsung. Lagi satu ya Hang Jebat celup, aku rasa kau ni memang dah sial berabad lamanya sebelum kau jumpa aku. Jangan kau nak salahkan orang lain..memang dah azali kau tu sial!..” Pekik Piyu dengan gaya yang menyakitkan hati. Dia bukannya ada teman lelaki pun. Dia sengaja menyakitkan hati lelaki itu. Biar dia rasakan.. Baru puas hati Piyu. Ini Piyu anak Pak Mat lah..mana ada orang boleh lawan..Yalah, dia kan keturunan pendekar.
                 “Eiiii...kau ni memang naikkan darah aku. Kalau kau ni lelaki dah lama kau tu aku bedal sebab mulut kau tu macam puaka.” Balas lelaki itu lagi. Piyu hanya buat muka selamba. Ingat dia takut.
                 “ Bedallah kalau kau berani.” Cabar Piyu. Dia memandang lelaki itu sinis.
                Kedengaran lelaki itu mendesah kemudiannya. Makin dilayan makin menjadi pula gadis dihadapannya ini. Dia sudah membuang masa bertekak di situ. Kalau orang tahu dia bertekak macam orang yang tak ada hala tuju, malulah seluruh kaum kerabatnya. Lebih baik dia pergi dari situ dari melayan perempuan senteng itu. Dia ada misi untuk balik ke kampung nendanya. Dia tidak boleh buang masa lagi.
                  “Dahlah, malas aku nak layan kau. Bercakap dengan orang tak aham bahasa ni memang susah. Macam bercakap dengan itik. Lagipun aku rasa tak ada faedah nak bercakap dengan kau ni.” Ujar lelaki itu lalu melangkah pergi. Piyu memandang dengan rasa tidak puas hati. Sengketa mereka belum selesai. Dia baru nak bermain, tapi lelaki itu sudah cuci tangan. Tak mencabar langsung!
               “ Cakap sajalah yang kau takut!” Umpannya lagi.
Namun lelaki itu semakin menjauh. Motosikalnya ditunggang dan kemudian menderum pergi. Lelaki itu tidak menoleh pun. Piyu mencebikkan mulutnya. Penakut!..
              Figura lelaki itu yang semakin menjauh dipandang sepi. Fikirnya tadi, dia mahu menunjukkan skill yang sudah lama terpendam tapi tak menjadi pula. Herm...bilalah dia mahu mengunakan skill nya itu. Nak tunggu dia dipanggil kerja, masih lama lagi..Mungkin bukan nasibnya kali ini.
              Basikalnya yang rebah tadi diangkat. Badannya dengan basikal sekali dibalut lumpur. Nampaknya pakai jalan belakanglah dia balik nanti. Takut Pak Mat melihatnya pula. Pasti ayahnya itu akan marah besar kalau dia tahu. Basikalnya kembali ditunggang. Dia harus balik segera.
   
                                    *****************************************

                     Putera Aiman merehatkan dirinya diatas katil. Penat betul dia hari ni. Dari bandar dia menunggang motorsikal, akhirnya sampai juga dia ke villa nendanya. Sudah bertahun dia tidak balik ke situ. Peristiwa yang meyakitkan hatinya tadi kembali menerjah ke minda. Kalau dia jumpa lagi perempuan sial tu, dia akan balas balik apa yang perempuan itu buat padanya. Kalau tidak kerana Shah, dia tidak akan balik ke sini. Kawasan ini tidak berapa selamat kalau nak dibandingkan dengan istana.
                   Shah..Shah...pening kepalanya bila terfikirkan sepupunya itu. Sepupunya mogok tak mahu makan selagi gadis yang menyelamatkannya tidak ditemui. Parah betul! Sudah berbagai alasan diberi namun tidak berkesan. Fikirnya Shah hanya main-main  bila Shah meminta dia untuk mencari gadis itu. Jika dia buat tidak kisah mungkin Shah akan melupakan kewujudan perempuan itu. Namun tekaannya meleset. Sehari selepas permintaan Shah yang tak masuk akal itu, Shah mengugut untuk tidak mahu makan pula. Demi untuk saudara sendiri, terpaksalah dia berkorban walaupun dia boleh saja suruh orang lain untuk mencari gadis itu. Dia rasa bertanggungjawab pula bila Shah sendiri yang membuat permintaan sedemikian. Sebelum ini Shah tidak pernah meminta apa pun darinya. Jadi apa salah nya kalau dia berkorban sedikit untuk sepupunya itu.
                         Setelah merenung syiling memikirkan perihal Putera Sharin, Putera Aiman bingkas bangun dari katil lalu menuju ke beranda. Dia mahu menenangkan mindanya yang kusut. Kelihatannya pemandangan disitu masih seperti dulu. Tembok besar saja yang kelihatan. Cuma dada langit saja yang mampu ditatapnya saat ini. Kelihatan sekawan burung-burung berterbangan di atas awan. Cantik sungguh langit di kampung. Berbeza sekali dengan langit di bandar yang penuh dengan pencemaran.
                       Putera Aiman ralit memandang sekitar villa nendanya. Dua belas tahun sudah dia meninggalkan bumi Malaung dan selama itu jugalah dia meninggalkan kampung nendanya itu. Banyak kenangan disitu yang dia lupa. Dia yakin dia pernah melakarkan kenangan  manis disitu namun entah kenapa dia bagaikan lupa akan kenangan itu. Barangkali dia kerana dia terlampau sibuk mengejar ilmu di perantauan dan rasa tanggungjawapnya pada negara. Dia mengeluh lagi bila teringatkan tanggungjawapnya pada negara. Dia pergi ke kampung nendanya bukan hanya kerana Shah tapi juga kerana dia mahu melarikan dirinya dari realiti. Masih terngiang-ngiang lagi perbualannya dengan ayahanda dan bondanya sehari selepas dia balik ke istana.
                      “Aiman, ayahnanda ada hal penting yang nak dibincangkan dengan anakanda.”Ayahandanya berbicara serius. Surat khabar yang berada di tangan mula dilipat dan diletakkan di atas meja.
                      “ Bincang apa ayahanda?” Soal Putera Aiman setelah mencicip sedikit air kopi yang dibawa oleh dayang sebentar tadi. Bondanya, Permaisuri Intan Kesuma pula sibuk membelek majalah wanita ditepi namun telinganya masih menangkap perbualan di antara suami dengan anaknya itu. Dia tahu apa yang Maharaja Tajuddin ingin sampaikan. Mereka sudah pun berbincang mengenai itu malam tadi dan dia sangat bersetuju dengan keputusan suaminya itu.
                    “ Aiman tahukan ayahanda sudah tua dan tidak mampu lagi menjalankan tugas sebagai maharaja. Jadi ayahanda nak buat keputusan untuk menurunkan takhta ayahanda pada anakanda.” Bicara Maharaja Tajuddin memberi petunjuk pada anakandanya.
                   “ Aiman tak kisah ayahanda. Lagipun apa gunanya Aiman belajar sampai ke U.K kalau tak nak ambil alih tanggungjawab ayahanda kan. Aiman ikut je apa kata ayahanda asalkan bukan dalam sebulan dua ni ayahanda. Aiman masih nak rehat-rehatkan diri dulu.” Ujar Putera Aiman lalu tersengih. Minta pengertian ayahandanya.
                 “ Itu ayahanda tak kisah. Aiman rehatlah secukupnya dulu. Tapi yang ayahanda risaukan sekarang ini ialah anakanda sudah sedia ke dengan prosedur untuk menjadi maharaja.” Mata Maharaja Tajuddin memandang tepat ke arah mata anakandanya. Serius saja pandangannya.
                  “Prosedur apa lagi ayahanda. Ayahanda turun takhta dan anakanda naik takhta..itu saja kan prosedurnya. Apa yang nak dirisaukan.” Putera Aiman menjawap hairan. Apa pula yang perlu dirisaukan sedangkan semuanya sudah jelas. Dia pun setuju. Apa lagi yang tidak cukup???
                  Maharaja Tajuddin  memandang Permaisuri Intan Kesuma. Permaisuri Intan Kesuma juga memandang ke arahnya. Mereka memang sudah agak yang Putera Aiman tidak tahu akan prosedur yang satu itu. Nak dimarah kesian pula, tapi ini memang sudah adat mereka turun temurun. Adakah anakandanya itu buat-buat lupa ataupun memang tak tahu langsung???
                  “ Anakanda perlu beristeri dahulu barulah anakanda dapat naik takhta. Kerajaan kita bukan sahaja perlukan maharaja tapi kerajaan kita juga perlukan permaisuri. Anakanda bukan tak tahu ini memang sudah tradisi kita sejak turun temurun. Ataupun anakanda saja buat-buat lupa.” Maharaja Tajuddin menjelaskan.
                 “Betul tu anakanda. Ini bukan pekara main-main. Ini soal kerajaan kita.” Permaisuri Intan Kesuma pula mencelah. Putera Aiman sudah besar jadi tidak salah untuk anakandanya itu untuk berumah tangga.
               “ Aiman ingat tradisi tu dah tak pakai lagi. Come on lah ayahanda..this is new millennium not 200 thousand years back. People nowdays didn’t care much about Queen as long as their King can manage the country well. King have right to marry whenever he want. I bet everyone have right to marry whenever they want and whoever they want to marry.” Putera Aiman sudah mula buat muka. Dia masih muda untuk kahwin. Dia sudah bersedia untuk naik takhta tapi dia belum bersedia untuk berkahwin.
             “ Tradisi bukan senang untuk dipecahkan anakanda. If you’re reluctant to take this rule I have no choice to say this is my order as a King. If you fail to obey, I have to exile you from this country. Understand!” Serius sekali katanya kali ini. Maharaja Tajuddin tidak main-main kali ini. Jika anakandanya ingkar maka buang negaralah jadi ganjarannya. Dia tidak mahu berlenggah lagi. Dia mahu anakandanya ambil serius tentang hal sedemikian. Jika Putera Aiman naik takhta tanpa permaisuri, pasti Putera Aiman akan dikecam ramai pihak. Pasti musuh akan menjadikan permaisuri itu sebagai alasan untuk menjatuhkan kaum kerabatnya. Pasti keturunannya akan digulingkan dari takhta dan musuh yang akan ambil kerajaan mereka. Musuh ketat negaranya iaitu Negara Sundara memang akan ambil peluang ini untuk menakluki negara mereka.
                  Permaisuri Intan Kesuma terkejut dengan kata-kata suaminya. Isu buang negara tidak pernah masuk dalam perbincangan mereka malam tadi. Adakah suaminya itu tidak waras kerana mahu membuang anak sendiri dari negara. Putera Aiman pula hanya terkesima. Begitu serius perbincangan mereka sehingga ayahanda mengugut untuk buang negara.
              “Tapi ayahanda, Aiman tak ada calon. Macam mana anakanda nak kahwin dalam masa terdekat ni?” Putera Aiman masih mengelat. Sedaya upaya mencari alasan yang rasional.
              “ You don’t have to worry about that dear. Pencarian permaisuri juga mesti mengikut tradisi. Ayahanda akan mengeluarkan titah kepada sekalian rakyat bahawa pencalonan permaisuri akan diadakan. All the qualify and the beautiful woman will join this event.The best woman will be your Queen. I bet you will not regret it because I got my Queen from that tradition too.” Ujar Maharaja Tajuddin lalu memengang tangan Permaisuri Intan Kesuma. Mereka berbalas senyuman.
              “ Let me think about it first. Aiman harap ayahanda bagi sedikit masa untuk Aiman berfikir.” Putus Putera Aiman kemudiannya.
              “ Baiklah..ayahanda bagi masa dua minggu. Ingat samada Aiman kahwin ataupun dibuang negara!” Tegas Maharaja Tajuddin lagi.
              Putera Aiman tersedar dari lamunannya. Itulah cerita yang membawa dia ke kampung nendanya. Masih terbayang lagi kata-kata ayahandanya di kotak fikiran. Dia ada dua misi balik ke kampung iaitu Shah dan ayahandanya. Herm....dia menopang dagu di beranda. Memikirkan nasibnya yang seterusnya.


                

No comments:

#navbar-iframe { display: none ; }