Piyu mengesat peluh di dahi. Hari ini dia mengantikan Pak Mat untuk mengajar silat kerana Pak Mat pergi
ke kenduri orang kahwin di kampung sebelah. Dia mengajar budak-budak yang dalam
umur lingkungan 7 hingga 12 tahun. Ada sepuluh orang kesemuanya. Suka betul dia melihat gelagat budak-budak
ini. Semuanya comel-comel. Masa dia masih kecil banyak budak yang mahu belajar
silat namun keadaan berbeza sekarang, cuma sepuluh orang yang sudi belajar
silat. Yalah zaman dah maju. Mana ada orang nak belajar silat sangat.
Bila ditanya kemana yang lain, mereka menjawap pergi main gamelah..pergi
kelas tambahanlah. Macam-macam alasan. Tapi dia tidak kisah. Silat memang khas
untuk orang tertentu sahaja. Bukan semua yang boleh menerima ilmu silat ni.
Kalau ramai sangat orang nanti dia juga yang parah mengajarnya.
Sebaik saja budak-budak itu balik, Piyu pergi membasuh mukanya yang
terasa melekit. Segar rasanya. Kemudian dia pergi duduk di ruang tamu. Kemudian
matanya menangkap kelibat jam yang
tergantung elok di dinding. Baru pukul 4 petang. Masih awal lagi. Pak Mat pun
tentu balik tengah malam nanti. Jadi rasanya lebih baik dia pergi bersiar-siar
dengan basikal buruknya di sekitar kampung. Hari itu sewaktu dia mahu
bersiar-siar, musibah pula yang menimpanya. Niatnya terbantut pula nak bersiar-siar
setelah badannya menjadi habuan lumpur. Jadi hari ini rasanya tidak salah dia
mahu menyambung kembali niat yang terbantut.
Setelah bersiap ala kadar dia pun pergi menunggang basikal cabuknya itu.
Suaranya bernyanyi kecil mengikuti alunan angin yang menampar pipi. Segar betul
rasanya. Senang hatinya melihat suasana kampung yang damai. Burung-burung juga
berkicauan seperti mengerti akan kesenangan hati Piyu pada saat ini. Seperti
irama dan lagu pula rentak suara Piyu dan juga suara kicauan burung itu.
Saat dia
mengauh basikal tuanya, matanya terpaku melihat pokok rambutan yang merimbun di
dusun yang entah siapa empunya. Masa dia kecil dulu, dia selalu bertanya pada
Pak Mat siapa yang punya dusun itu. Pak Mat selalu mengatakan yang dusun itu
kepunyaan orang kaya yang tinggal di puncak bukit berdekatan. Siapa orang kaya
itu, tiada siapa yang tahu memandangkan orangnya tidak pernah mengenalkan diri
dengan sesiapa. Rumah orang kaya itu juga berada disebalik tembok, tiada siapa
pernah melihat keadaan disebaliknya. Namun ada ura-ura mengatakan yang rumah
orang kaya itu adalah villa besar. Sekarang ini villa itu tidak berpenghuni,
cuma ada kelihatan pengawal saja yang berkawal di luar tembok itu. Agaknya apa
yang rahsia sangat sampaikan ada pengawal yang menjaga villa itu???.
Kecur
air liur Piyu apabila melihat buah rambutan yang merah dan masak itu.Sudah lama
dia tidak merasanya. Adakah dia harus kembali pada tabiat lamanya, menjolok
rambutan orang tanpa kebenaran. Dia tersenyum nakal. Waktu kecil-kecil dulu dia
selalu makan rambutan di situ secara curi-curi. Pak Mat selalu memarahinya
kerana dia perempuan bukannya laki-laki yang perlu berperangai sedemikian.
Habis telinganya dipiat Pak Mat kerana degil mencuri buah rambutan disitu.
Namun semenjak kejadian dia demam panas 12 tahun lalu, dia tidak pergi lagi ke
situ. Dia ada kenangan pahit disitu. Dia sudah lupa apa kenangan itu, yang dia
tahu kenangan itu sangat pahit sehingga merubah dirinya yang suka sangat panjat
pokok rambutan.
Piyu
memakirkan basikal di bahu jalan. Dia mampir ke dusun itu sambil bercekak
pinggang. Dia menilik pakaiannya. Nasib baik dia memakai T-shirt labuh dan
berseluar track sahaja. Bibirnya mula terhias senyuman nakal. Ini menguatkan
lagi niatnya untuk memanjat pokok rambutan yang ranum itu. Alah, kalau dia
memetik satu dua pun, bukannya luak buah rambutan disitu. Banyak lagi
pokok-pokok rambutan lain di dusun itu. Rasanya tuan punya dusun pun tak marah.
Kira sedekah pada dia yang sudah lama keempunan tidak makan rambutan.
Selipar
jepunnya dibuka. Kemudian dengan pantas badannya melekap pada pohon rambutan
itu. Seperti cicak dia memanjat sehingga ke atas pohon. Tangannya mula memetik
satu demi satu buah rambutan yang ranum itu. Kedebukkk!! Bunyi buah rambutan
jauh. Mulanya tadi mahu memetik satu dua rambutan, tapi bila sudah memetik
sampai bertangkai-tangkai pula dipetiknya. Manusia..manusia...bila sudah diberi
betis nak paha pula, nampak sangat tidak bersyukur.
Pada saat dia dia menjatuhkan tangkai rambutan yang kesekian kalinya ke
bawah terdengar bunyi orang mengaduh. Piyu terkejut!
****************************************
Pada petang yang tenang itu, hati Putera Aiman terpanggil untuk
berjogging. Kawasan kampung yang segar itu amat sesuai dihirup ketika
berjongging. Pasti badannya akan semakin sihat nanti. Dia segera menyarungkan
baju T berjenama NIKE AIR dan berseluar track nike hitam paras lutut. Kemudian
kaca mata sukan berjenama YIQI pula dipakainya. Memang sudah tabiatnya dari U.K
memakai cermin mata kalau bersukan. Nampak sungguh bergaya dan segak sekali
rupanya.
Pada
saat dia mahu keluar, ada pengawal yang mahu mengikutnya namun dia segera
melarang. Nanti identitinya terdedah pula bila ada yang mengawalnya. Lagipun
dia mahukan privasi ketika ini. Pengawal itu hanya akur dan hanya mampu
memandang dia dari jauh.
Banyak
mata yang memandang saat dirinya berjogging melintasi rumah penduduk kampung di
situ. Anak dara apalagi terbungkam apabila melihat si kacak melintas. Ada juga
yang pengsan. Ish..Ish..Ish...hebat juga penangan Putera Aiman ya. Pasti
kemunculan si kacak mendatangkan tanda tanya pada semua terutama pada
jejaka-jejaka kampung yang sudah rasa cemburu. Apa yang nak dihairankan memang
lumrah manusia, bila ada yang lebih hebat dan bagus pasti ada saja rasa dengki
melekat di hati. Nampaknya tergugat jejaka-jejaka kampung dengan kehadiran Si
Putera kacak itu.
Putera
Aiman pula tidak peduli dengan tenungan penduduk kampung disekelilingnya.
Matanya cuma fokus pada keindahan alam kampung yang damai. Dia tidak sedar pun
dirinya jadi tarikan. Telinganya pula disumbatkan dengan earphone, manalah dia
mendengar suara-suara sumbang diluar itu. Peluh yang mula merenik di sekitar
badannya membuatkan dirinya bertambah ‘hot’. Fuhhhh...cair anak dara dan janda
melihatnya.
Usai dia
berjogging di sekeliling kampung, dia pergi ke dusun nendanya pula. Entah
kenapa dia mahu ke situ. Sudah lama dusun itu tidak dijenguk. Yang pasti orang
gaji di villa nendanya yang selalu kedusun untuk menjaga apa yang patut di
situ. Buah-buahan di dusun nendanya itu selalu dikirimkan ke istana dan
lebihannya disedekahkan pada pekerja-pekerja istana dan di villa nendanya.
Tersenyum gembira dia menuju ke situ. Tak sabar mahu merasa rambutan nendanya
yang memang sedap.
Senyumannya mati saat dia terpandangkan basikal buruk yang tersadai elok
di bahu jalan berdekatan dengan dusun nendanya. Aikk...macam kenal je.
Dia
jadi musykil. Siapa pula yang datang ke dusun nendanya?? Adakah Pak Jusoh iaitu
tukang kebun villa nendanya ataupun Mak Ani iaitu orang gaji di villa nendanya.
Selama ini hanya Pak Jusoh dan Mak Ani yang selalu ke situ. Dagunya yang
terbelah elok digaru perlahan. Kemudian kakinya bergerak perlahan masuk ke
dalam dusun. Kalau betul Mak Ani dan Pak Jusoh, kenapa mereka tidak memaklumkan
padanya semasa dia berada di villa tadi. Ataupun.....ermmmm ada pencuri masuk
ke dusun nendanya?????
Kedebukkk!! Bunyi buah jatuh ke tanah menyebabkan kaki Putera Aiman
semakin pantas berjalan ke arah itu. Terkejut dia melihat banyak buah rambutan
jatuh ke tanah. Lantas dia mendongak ke atas. Pup!! Bunyi tangkai rambutan jatuh
mengena kepalanya. Kalau sebiji rambutan tak apalah, ini setangkai yang jatuh
ke kepalanya.
“
Aduh!!! Siapa yang jatuhkan rambutan ni??” Pekik Putera Aiman lalu memegang
kepalanya yang terasa sakit. Kurang asam punya orang, ada ke patut rambutan
dijatuhkan di atas kepala aku!
Kepalanya kembali mendongak ke atas bila tiada respon diterima.
Kelihatan seorang gadis seperti menyorok disebalik dahan-dahan pohon rambutan
itu.
“
Jangan kau ingat aku tak nampak kau. Kau turun sekarang!” Arah Putera Aiman
dengan tegas. Owh..berani nak curi rambutan nenda aku ya!...Fikirnya budak
lelaki mana yang curi rupanya budak perempuan yang dah besar panjang mencuri
rambutan nendanya. Agaknya dunia ni nak kiamat agaknya. Perempuan sudah ambil
alih perangai buruk lelaki.
“ Tak
nak!” Balas perempuan yang berada di atas pohon itu.
Amboi..pandai melawan. Dahlah pencuri..melawan pula tu. Ish tak tahu
malu betul perempuan ni. Semakin bengang pula Putera Aiman melihatnya. Suara
perempuan tu macm kenal je..Hermm..siapa ya??
“ Aku
kira sampai tiga, kalau kau tak turun aku panggil semua penduduk kampung. Biar
kau malu seumur hidup.” Ugut Putera Aiman. Kesabarannya sudah sampai ke tahap
maksima. Tercabar egonya. Selama ini mana pernah orang melawan kata-katanya.
Terbeliak mata Piyu mendengarnya. Sudahlah orang kampung selalu mencaci
dirinya, kalau dihebahkan dia panjat rambutan orang pasti namanya akan semakin
tercemar. Dia tidak mahu menyusahkan Pak Mat lagi. Cukuplah Pak Mat sudi
menjaganya selama ini. Dia tidak mahu menconteng arang lagi ke muka Pak Mat.
Lantas
Piyu terjun dari atas pohon itu. Dia mendarat dengan mantapnya. Budak silat
mana boleh mendarat sumbang. Kagum seketika pula Putera Aiman melihatnya. Wajah
gerangan yang baru sahaja turun dari pohon itu ditatap geram. Gadis bertocang
satu dan berseluar tracksuit itu selamba saja berhadapan dengannya. Wajah yang
sangat familiar. Patutlah dia macam kenal je suara tadi, rupanya gadis biadap
itu rupanya.
“Owh...kau rupanya. Kau ni memang satu pakej kejahatan. Biadap kat situ,
pencuri pun kat situ juga. Ni mesti tak cukup ajar ibu bapa ni.”Tuduh Putera
Aiman. Piyu sudah mula tunjuk muka. Dia tidak suka ibu bapa nya dibabitkan
dalam kelakuannya.
“ Ibu bapa tak pernah masuk dalam
hal kau dan aku. Kenapa tiba-tiba babitkan pasal ibu bapa pula. Kalau sekali
lagi kau cakap macam tu, arwah kau aku kerjakan!”Tegas Piyu memberi amaran.
Putera
Aiman rasa bersalah pula tapi disembunyikan rasanya itu. Tidak mahu memberi
muka sangat pada gadis itu.
“ Dah tu,
pehal kau curi rambutan kat dusun nenda aku. Kau tahukan apa kesalahan orang
mencuri.” Putera Aiman berkata lagi.
“
Hermhhh..nampak sangat kau ni tak siuman. Bernenda-nenda bagai. Cakap jelah
nenek. Tak habis lagi demam Hang Jebat kau tu??? Lagi satu..tak ada tulis pun
nama nenek kau kat sini jadi sesiapa pun boleh masuk.” Wajah Piyu masih
selamba. Tiada riak takut mahupun rasa bersalah. Aikkk...macam pernah dengar
je, omong Putera Aiman dalam hati.
“ Suka
hati akulah nak panggil nenek aku nenda. Tak ada undang-undang yang melarang.
Kau tu yang dah banyak langgar undang-undang. Kau ni muka tembok betul. Dahlah
mencuri kat dusun orang lepas tu bagi alasan budak tadika. Kau ingat aku ni
bodoh macam kau. Sekilas ikan di air, aku tahu mana jantan dan betina..inikan
pula pembohongan kau yang memang dah jelas.”Putera Aiman sudah bersyarah.
Piyu menayangkan muka mendatar. Tak ada perasaan langsung. Yang dia
fikirkan lelaki di hadapannya itu ialah orang pelik. Mana tak peliknya, dalam
kampung pun pakai cermin mata hitam segala. Nak cakap silau tak juga. Bercakap
pun berperibahasa macam orang zaman dahulu. Agaknya lelaki ini datang dengan
mesin masa. Salah set tempat, terbabas ke dunianya. Sempat lagi Piyu berfikir
tak logik.
“
Jadi apa masalahnya kalau aku bohong?” Soal Piyu sengaja. Dia nak tahu setakat
mana lelaki itu berani bertindak. Dia tidak gentar. Nak bawa ke balai polis dia
ok je sebab dia adalah ejen khas. Kalau kena tangkap pun mesti orang lepaskan
balik. Itulah keistiewaannya. Dia rasa riak sekejap. Harapnya lelaki itu tidak
menghadapkan dia di hadapan semua penduduk kampung. Kalau itu dia tiada kuasa.
“
Amboi berlagak kau ya. Kau cakap apa masalahnya. Memang tak ada kesedaran
siviklah kau ni.” Putera Aiman sudah geram dengan sikap lewa gadis itu. Seperti
tidak takut dengan apa-apa.
“ Dah
benda macam ni kecik. Asal kau dengan aku tahu cukuplah. Kalau kau tak puas
hati sangat nanti aku bayar. Setakat rambutan macam ni, tak luak duit kat dalam
dompet aku tu.” Ujar Piyu lalu bersimpuh di bawah pohon rambutan. Dengan
selambanya dia mengopek buah rambutan yang dia jatuhkan tadi dan makan dengan
senang hati di hadapan Putera Aiman.
Memang
tak malu betul perempuan ni. Boleh pula dia makan depan aku barang yang dia
curi. Penghinaan ni.
“ Kau
ni memang tak makan saman. Kalau betul kau ada duit, bayar sekarang!” Tegas
Putera Aiman. Piyu hanya memandangnya sinis. Biji rambutan diludahnya ke tepi.
Memang tak macam perempuan langsung lagaknya. Lebih persis samseng jalanan.
“
Berapa? Sepuluh ringgit...dua puluh ringgit..tiga puluh ringgit..”Riak betul
bunyinya sedangkan duit pun dia tak bawa semasa keluar dari rumah tadi. Terkedu
seketika Putera Aiman melihat kelincahan gadis itu berkata-kata. Sepatah yang
dia cakap, berpatah-patah yang gadis itu lawan balik. Sampai dia tak tahu nak
cakap apa.
“ RM50
( 50 ringgit malaung)....”Balas lelaki itu kemudiaannya. Terbeliak mata Piyu
mendengarnya.
“ Mak
ai...mahal juga. Aku ambi sikit je pun. Tak sampai dua kilo pun. Kau saja kan.
Kalau macam tu aku tak mahu bayar!” Piyu mengelat. Dia mengelak mahu membayar
kerana duitnya tinggal kat rumah.
“
Sebenarnya kau mampu bayar ke tidak? Tadi kau bercakap macam kau tu banyak
sangat duit. Bila aku bagi harga kau cakap mahal pula. Jangan-jangan kau tipu
aku tak ni.” Putera Aiman sudah musykil. Muka pun nampak penipu, macam mana dia
nak percaya.Agaknya memang macam ni agaknya orang kampung yang tidak
berpelajaran, menipu saja kerjanya.
“ Eh,
cakap tu biar pandang-pandang sikit ya. Aku yang comel ni dia cakap penipu. Aku
ada duitlah tapi tinggal kat rumah. Kalau kau nak sangat duit tu aku boleh
ambik sekarang.” Ujar Piyu sambil bangun dari duduknya. Menyampah pula Putera
Aiman bila mendengar gadis itu memuji diri.
“ Kau
nak larikan. Aku tahulah taktik penipu macam kau ni. Tak boleh, kau tak
dibenarkan balik!” Putera Aiman sudah menghadang jalan Piyu. Bila sudah dekat
begini, wajah lelaki itu semakin jelas di matanya. Lantas matanya terarah pada
belahan pada dagu lelaki itu. Handsome juga lelaki pelik ni, omong Piyu dalam
hati. Namun pujian itu segera diusir pergi. Dia tidak mahu terbuai dengan
ciptaan Tuhan yang indah itu.
“ Kalau
kau tak caya, marilah ikut aku balik.” Ujar Piyu lantas menarik tangan lelaki
itu supaya mengikuti langkahnya. Terpempan Putera Aiman dibuatnya. Suka suki
saja perempuan itu memegangnya. Biarpun dia sudah lama tinggal di U.K, dia tahu
mana halal dan haram. Perempuan ini tak belajar agama ke sehinggakan tidak tahu
batas di antara perempuan dengan lelaki.
“ Eh,
yang kau pegang aku ni apasal. Kau memang tak tahu malulah.”Ujar Putera Aiman
lalu menyentap tangannya dari pegangan Piyu. Piyu pula buat muka selamba, apa
pula salahnya kali ni?
“ Apa
masalahnya?” Piyu mengerutkan dahi. Putera Aiman menepuk dahinya sendiri lalu
mengeleng-gelengkan kepalanya.
“ Nasib baik aku ni orang baik yang bukan
nak ambil kesempatan ke atas perempuan. Kau tak malu ke pegang tangan orang
lelaki. Kau tahukan itu haram.” Balas lelaki itu tegas. Agama bukan boleh
dibuat main. Itu yang telah diterapkan dalam dirinya sejak kecil. Hidup ini
memang perlu landasan agama. Kalau tidak manusia akan terbabas.
“Pendekar
mana kenal erti malu. Semua jantina sama aje. Tiada beza sebab semua jadi musuh
kalau ada yang menyerang. Kalau malu nanti mati.” Balas Piyu lagi. Selama ini
tiada erti malu dalam kamus hidupnya, kalau dia malu nyawanya akan jadi galang
ganti. Lagipun bukannya dia buat maksiat. Berkerut dahi Putera Aiman
mendengarnya. Pendekar konon. Entah betul ke tidak. Ayat gadis itu macam pernah
pula dia mendengarnya tapi di mana ya?
“ Suka
hati kau lah. Kau jalan depan, aku ikut dari belakang. Tak payah pegang-pegang
lagi, haram. Nanti tak pasal-pasal kau tambah dosa.” Balas Putera Aiman
kemudiannya. Malas dia mahu bertekak dengan perempuan itu lagi. Nampak sangat
gadis itu naif pasal agama.
Memerah pipi Piyu mendengarnya. Lelaki itu bercakap seperti dia yang
terhegeh-hegeh kat orang lelaki. Dia tahulah pasal agama. Dari kecil lagi dia
belajar agama dekat surau. Dia memang nampak macam naif agama tapi dia masih
tahu lagi batas diantara lelaki dengan perempuan. Dia sudah terbiasa semasa di
akademi. Lelaki itu seperti menghinanya pula.
“ Aku
tahulah mana dosa. Kau tak payah ajar aku!” Marah Piyu.
“ Yalah
tu. Cepat jalan. Kang lambat pula aku balik ke rumah.” Balas Putera Aiman pula.
“Kejap.
Aku nak kutip dulu rambutan yang aku ambil tadi. Dahla bayar mahal, rugi kalau
aku tak kutip.” Ujar Piyu lalu mengutip rambutan-rambutan yang jatuh di sekitar
pohon rambutan itu. Kemudian diangkutnya ke basikal lalu diletakkan dalam bakul
basikalnya. Banyak kali juga gadis itu berulang-alik ke basikalnya untuk
menghantar buah. Putera Aiman yang melihat hanya mengelengkan kepalanya. Inilah
kali pertama dia tengok orang yang macam ni. Culture Shock dia dibuatnya.
“ Dah
ke?” Soal Putera Aiman malas. Lama betul dia menunggu.
Piyu
kemudian mengangkat ibu jarinya menandakan dia sudah siap. Bibirnya mengukir
senyuman manis. Gembira setelah mendapat apa yang dia mahu. Terkedu seketika
Putera Aiman melihat senyuman Piyu. Terasa sesuatu menyelinap dalam hatinya. Cantik
betul pemandangan itu. Baru dia sedar yang gadis itu memiliki rupa paras yang
menawan. Namun cepat-cepat dia menyedarkan diri. Dia beristighfar dalam hati.
Semoga Tuhan menyingkirkan rasa itu dalam hatinya. Dia tidak boleh tersilap
langkah, kata-kata ayahandanya terlayar lagi dalam fikiran.
Langkah
Piyu yang semakin maju ke hadapan hanya diperhati. Rasanya dia tidak perlu
mengikut gadis itu balik. Setakat RM50 itu, dia tidak kisah sangat. Dia cuma
mahu melihat sejauh mana kejujuran gadis itu. Dia tidak mahu terlalu dekat
dengan gadis itu. Dia halalkan saja buah yang gadis itu ambil. Dia harap dia
tidak akan berjumpa lagi dengan gadis itu. Dengan sehembus keluhan, dia pun
pergi dari kawasan dusun itu.
p/s : kalau ada kritikan yang membina ataupun pendapat..para pembaca digalakkan memberikan komen agar saya lebih bersemangat untuk menulis dengan lebih bagus lagi...Enjoy your reading!..:D
5 comments:
disini saya ingin memohon maaf sekiranya ada masalah font pada tulisan. Mungkin ada tulisan yang terlampau kecil ataupun yang terlampau besar. Ada masalah teknikal sehingga sy nak edit pun susah. sekiranya ada kesulitan untuk membaca, para pembaca diminta membaca terus dari penulisan2u sahaja..:D
SUKA SANGAT-2 SELALULAH UPDATE YA KAT BLOG TQ.
ok...kalau ada msa..sy akan update as soon as possible..:)
kakak...best la cita kakak nie satu usaha yang bagus ..keep it up ok :)
ok dik....i will keep it up...:D
Post a Comment