Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Permaisuriku Pengawal Bab 8

Permaisuriku Pengawal

Monday, July 29, 2013

Permaisuriku Pengawal Bab 8


 BAB 8

                 Desiran ombak yang menghempas pantai menenangkan minda Putera Aiman yang galak  memikirkan masa depannya. Dia sudah membuat keputusan. Wajah bonda dan ayahanda terlayar di pandangan. Apa salahnya dia menerima saja kemahuan ayahandanya. Tak salah dia berkorban untuk orang tuanya. Lagipun dia tidak ada pilihan hati. Lantas dia menekan  mesej untuk dihantar kepada ayahandanya. Pasti ayahanda gembira dengan keputusannya.
                Dia tersenyum saat teringatkan ayahandanya bakal membuat pemilihan permaisuri. Kalau di U.K pasti kawan-kawannya akan mengatakan dia kolot. Pada zaman begini masih mengunakan tradisi orang zaman dahulu. Ia seperti memperlekehkan kebolehan seorang teruna untuk mendapatkan daranya.
                  Dia mengeluh perlahan. Dia bakal menjadi maharaja kepada negara ini jadi tanggungjawapnya berat. Teringat semasa dia masih kecil, hanya beberapa kali sahaja dia berjumpa dengan ayahandanya dalam sebulan. Boleh dihitung dengan jari. Ayahandanya terlamapau sibuk. Bondanya juga begitu. Selama dia dari umur setahun sehinggalah 12 tahun dia boleh dikatakan dibesarkan oleh dayang-dayang di istana. Mereka adalah ibu dan bapanya dalam erti kata yang sebenar.
                Pada saat fikirannya melayang, kedengaran orang mengambil tempat duduk disebelahnya yang berlantaikan pasir itu. Terkesima dia melihat huluran RM50 dari sebelahnya. Lantas dia berpaling ke sebelah. Gadis itu!
                “ Ambikla. Nanti aku dicop sebagai penipu pula.” Ujar Piyu sambil tersenyum ke arah Putera Aiman. Sudah dua hari dia mencari lelaki itu. Akhirnya ketemu juga disini. Lelaki itu kata hendak mengikutnya hari itu tapi bila dipertengahan jalan dia tak ada pula. Rasa bersalah pula bertapak di hati bila tidak melunaskan hutang. Jadi dia bertekad untuk mencari lelaki itu untuk membayar hutangnya.
                “ Tak apalah aku sedekah kan saja.” Ujar Putera Aiman pendek. Pandangannya kembali menatap pantai di hadapan.
                “ Betul ke ni? Ikhlas?” Soal Piyu lalu mengariskan seukir senyuman. Selamatlah duit RM50 nya.
                Putera Aiman mengangguk. Tiada kata yang keluar dari mulutnya. Dia ikhlas. Dia tidak mahu memanjangkan persengketaan dia dengan gadis itu. Lagipun dia mahu mengelak mahu berjumpa dengan mana-mana gadis. Dia sudah menetapkan hatinya. Lagipun gadis itu mengingatkan dia pada seseorang. Kekasih pertamanya dahulu. Pasti kekasihnya itu sudah berkahwin. Gadis kampung kalau sudah cukup umur pasti akan berkahwin. Jadi tidak guna dia mencari gadis itu lagi. Walaupun gadis itu belum berkahwin pasti gadis itu membencinya kerana dia mungkir pada janji mereka dahulu. Cinta monyet musim remaja pasti akan dilupakan oleh sesiapa saat umur sudah meningkat. Rasanya tidak guna dia ingat pada cerita lama.
              Dia bingkas bangun dari duduknya. Tidak mahu berlama disitu. Seluarnya yang melekat pasir segera ditibas kasar. Piyu turut bangun bila melihatnya bangun. Kemudian dia menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.
             “Apa maksudnya ni?” Soal Putera Aiman hairan. Piyu tersenyum lantas meludah pada tangannya sendiri. Kemudian tangannya mencapai tangan Putera Aiman. Lantas mereka bersalam.
             Terkial-kial Putera Aiman dalam salaman Piyu. Kotor betul perempuan itu. Ada ke patut air liurnya dilekapkan pada tangannya. Ubat guna-guna ke?
            “ Apa kau buat ni? Kau gila ya!” Meninggi suara Putera Aiman. Ketawa pula Piyu melihatnya.
           “ Itu salam perdamaian. Aku tengok kau ni bukan orang jahat. Jadi aku nak berbaik dengan kau. Aku tak nak tambah musuh lagi sebab aku dah cukup banyak musuh. Sekarang kita secara rasminya jadi kawan.” Jelas Piyu lantas menepuk bahu lelaki itu.
            Perempuan ini memang perbuatannya main lepas. Sesuka hatinya saja memegang orang bukan muhrim. Lagaknya juga kasar. Mungkin gadis ini gadis tomboy fikirnya.
            “ Kalau ya pun tak payahlah pakai air liur. Kotor tahu tak.” Balas Putera Aiman tidak puas hati.
            “ Itu tandanya aku ikhlas.” Jelas Piyu lagi. Senyuman Piyu makin melebar bila melihat Putera Aiman menuju ke arah pantai lalu mencuci tangannya di situ.
            “ Kau boleh jadi kawan aku tapi ada syaratnya.” Balas Putera Aiman. Terangkat kening Piyu mendengarnya. Berkawan pun ada syarat ke?
            “ Apa syaratnya?”
             “ Kau jangan lagi pegang aku sesuka hati kau. Bukan dengan aku saja tau tapi dengan lelaki lain juga, ok?” Ujar lelaki itu sambil berpeluk tubuh.
            “ Yalah..yalah..Kau ni bercakap macam aku ni merenyam kat orang lelaki pula. Kau ni tak faham, kerja aku terpaksa pegang orang tak kira jantina. Aku dah terbiasa. Tak dapat dielakkan.” Jelas Piyu lagi.
           Terdiam Putera Aiman mendengarnya. Kerja apa yang macam tu? Musykil pula dia dengan gadis itu.
           “ Kau jangan fikir lain pula. Kerja aku tu halal.” Ujar Piyu bila melihat lelaki itu terdiam. Dia seakan menangkap apa yang difikirkan lelaki itu.
          “ Kerja apa tu?” Soal Putera Aiman ingin tahu.
          “Rahsia.” Balas Piyu. Baru kenal takkan dia bagitahu semuanya. Mengeluh Putera Aiman mendengarnya. Cakap kawan tapi kerja tak nak bagitahu pula.
           “ Emm...mana-mana kaulah tapi kalau diluar kerja kau tak payah pegang orang bukan muhrim kau. Tak baik.” Balas Putera Aiman kemudiannya.
            “ Ok bos.” Balas Piyu lalu memberikan tanda hormat pada Putera Aiman. Ketawa Putera Aiman melihat lagaknya.
           “ Siapa nama kau?” Soal Putera Aiman sambil berjalan beriringan dengan  Piyu.
           “Piyu..”            Balas Piyu bersahaja.Putera Aiman mengangguk. Dia seakan pernah mendengar nama itu. Bagai ada kaitan dengan dirinya.
          “ Pelik nama kau tu.“ Putera Aiman tersenyum. Terserlah kekacakannya.
              “ Nama kau pula?” Soal Piyu yang juga turut senyum.
             “ Qash.” Balas Putera Aiman pendek. Sebolehnya dia tidak mahu mendedahkan identitinya. Biarlah orang berkawan dengannya ikhlas.
             “Baiklah Qash, memandangkan kita dah kawan kau boleh minta tolong dari aku kalau kau ada kesusahan. Aku keturunan pendekar jadi aku boleh lindungi kau.” Bersungguh dia berkata. Dadanya didebik. Putera Aiman hanya tersenyum dengan karenah Piyu yang tak habis-habis dengan keturunan pendekarnya.
              “Aku boleh jaga diri aku.”Ujar Putera Aiman lalu termenung jauh.
             “Ingatkan makwe ke?” Piyu berbasa basi.
             “ Ermm..tak lama lagi kami nak kahwin.” Balas Putera Aiman walaupun  dia belum tahu siapa bakal permaisurinya. Piyu mengangguk faham. Mestilah orang handsome macam tu ada pakwa. Dia tidak hairan.
              “ Dah tak sabar sangat ke?” Lantas Piyu tersengih. Mencerlung mata Putera Aiman terhadapnya.
             “Otak kuning!” Disekehnya kepala Piyu. Piyu mengaduh sakit. Apa yang salahnya..dia tidak faham. Piyu menjelirkan lidahnya.
              Putera Aiman mengelengkan kepala melihat gelagat Piyu. Macam budak-budak. Bunyi deringan telefon bimbit mematikan senyuman di bibir Piyu. Nama Joe tertera. Pasti ada hal penting.
            “ Qash, aku balik dulu ye. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi.”Ujar Piyu tersengih lalu berlalu pergi. Putera Aiman ketawa kecil. Ada-ada sajalah gadis itu. Dia melambaikan tangannya pada Piyu. Dia kemudiannya menyambung langkahnya berjalan di persisiran pantai. Masih mahu menikmati keindahkan alam itu.

                                  *********************************
                     “Assalamualaikum.”Ucap Piyu.
                    “ Walaikumussalam.”Balas Joe pula.
                    “ Ya siapa yang bercakap tu?”Piyu bercakap sarkastik. Bukan dia tidak tahu siapa pemanggilnya. Bibirnya sudah tergaris sebuah senyuman.
                    “Siapa kepala hotak kau. Eksen.”Balas Joe dengan nada menyampahnya. Piyu ketawa besar bila mendengarnya. Rindu pula nak mengusik ketuanya itu.
                   “ Sekali sekala apa salahnya. Erm..kenapa kau call ni? Ada misi ke?” Balas Piyu bersahaja.
                  “ Ejen Dayana Faraitu Ain..saya ada berita gembira untuk awak.” Serius bunyi Joe disebelah sana. Piyu sudah berdebar. Kalau Joe menyebut nama penuhnya maksudnya lelaki itu tidak main-main dengannya. Pasti ada misi rasmi.
                   “ Ya tuan. Saya Dayana Faraitu Ain sedia mendengarnya.” Balas Piyu yang juga bernada serius.
                   “ Awak telah tercalon menjadi pengawal peribadi kepada Putera Sharin Nestafa Shah. Awak akan menjalankan tugas selama tiga bulan. Just temporary bodyguard but it’s crucial. Putera Sharin Nestafa baru pulih dari kemalangan. Dia masih lemah dan perlukan kawalan ketat. Kalau tersilap langkah pihak musuh akan mengambil kesempatan untuk mengapa-apakan dia. Walaupun dia bukan pewaris tapi dia ada hubungan dengan pewaris. Plus he’s royal. He is same important as our king.” Balas Joe dengan seriusnya.
                “ Really? I just can’t believe it.”Piyu masih tidak percaya. Dia rasa mahu menjerit kegembiraan. Jika dia berkhidmat dengan kerabat diraja, maknanya dia sudah sebelah kaki masuk ke istana. Jika prestasinya bagus kemungkinan besar dia akan diserap masuk menjadi team lion king iaitu team pengawal yang paling kuat diistana. Team lion king bukan sekadar pengawal biasa, mereka merupakan pengawal peribadi keluarga raja dan merangkap ejen rahsia negara.
               “ Puteri Aliah proposed to me for getting her son a bodyguard. So I mention your name. I knew you can do it because you are the best in our team.” Joe membalas yakin. Dia tahu kemampuan anak buahnya. Piyu adalah yang terbaik. Lagipun dia sudah berjanji mencarikan kerja sambilan untuk gadis itu setelah mereka tamat akademi. Dia tidak akan sekali-kali melupakan janjinya.
                “ Thanks Joe. You’re the best leader in the world!” Piyu berkata ikhlas. Kalau tak ada Joe rasanya berbulanlah dia menanam anggur di kampung ini. Tiada hasil.
                “ Untuk misi ni kau diberikan nama Ejen 001. Kau kena laporkan diri di headquarters minggu depan. I hope you can prepare well. I’m count on you.”
                “ Yes Sir. I will not let you down!” Balas Piyu faham. Percakapan mereka kembali formal. Sudah terbiasa.
               Selesai saja perbualan dengan Joe, Piyu melompat keriangan. Kakinya berlari laju menuju ke rumah. Tak sabar rasanya mahu memberitahu berita baik ini pada Pak Mat. Pasti Pak Mat bangga dengan pencapaiannya.


                            
p/s: semoga sambungan kali ini dapat memenuhi kehendak pembaca. Kalau ada yang hendak diutarakan , digalakkan untuk komen. Saya akan terima dengan terbuka....:)......Owh ya..tak lama lagi nak raya....Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua....Adios....:)

11 comments:

Unknown said...

BEST.

Santia Kim said...

tq baby mio..:)

Anonymous said...

suke larhhhhh... :P

Anonymous said...

kau nie..mmg terer lah bai...

Anonymous said...

piyu....

syazlina80 said...

Bile nk ada n3 br?

Unknown said...

Dayana Faraitu Ain

Anonymous said...

Terbaiiiiik... Nak entry baru

Santia Kim said...

Dalam proses nak buat entry baru...mungkin akan publish 5hb ni..:)

Anonymous said...

best lhr .. bila nak buat
entry bru ??

rick ady said...

myentap jiwa...my new fav writer..:)

#navbar-iframe { display: none ; }