BAB 10
“ Qash, kenapa dengan awak ni? “ Ujar Piyu seraya menolak tubuh Putera
Aiman yang memeluk erat badannya. Piyu masih terkejut dengan tindakan pantas
Putera Aiman. Bukan lelaki itukah yang mengajarnya menjaga batas dulu.
“ Piyu...saya...saya...” Putera Aiman tergagap-gagap. Kesakitan di
kepala menghalang untuk dia bercakap dengan lancar. Dia mahu memberitahu gadis
itu sesuatu. Tuhan mahu menunjukkan semuanya hari ini. Pertemuan dia dengan
Piyu selama ini memang takdir. Ketika dia pengsan tadi semua kenangan lama
mengenai kekasih lamanya menjelma kembali. Piyulah budak perempuan comel yang dia
temui 12 tahun yang lalu. Gadis itu
masih belum berubah perwatakannya. Sudah lama dia rindukan gadis itu. Adakah
gadis itu begitu juga??
“ Dahlah....biar saya hantar awak pergi klinik dulu.”Ujar Piyu lalu
memapah Putera Aiman bangun dari tanah. Dia jadi pelik dengan lelaki itu yang
tidak kelihatan tidak sabar mahu bercakap.
Putera Aiman akhirnya menganguk. Nanti saja dia khabarkan tentang memori
mereka bersama pada gadis itu. Dia tidak mampu untuk bercakap sekarang. Dia
terlampau lemah.
**********************************
Pak Mat memandang Piyu sedih. Baru sahaja dua minggu anak itu berada di
rumah dengannya, sekarang sudah mahu pergi ke bandar semula. Sebak dada bila
memikirkan Piyu berjauhan lagi dengannya. Kiranya lama lagi Piyu mahu bekerja.
Kalau diberi pilihan memang dia tidak membenarkan Piyu bekerja sebagai
pengawal. Seorang gadis sepatutnya bekerja sebagai guru sekolah tak pun sebagai
doktor, ini pula sudah terbalik. Ada ke kerja sebagai pengawal yang dipilihnya,
memang Piyu lain dari yang lain. Minatnya sejak dari kecil lain dari budak
perempuan yang lain. Budak perempuan yang lain main ting ting, Piyu pula main
lastik. Nasib baik anaknya itu lulus kerja di dapur. Kalau tidak peninglah
kepalanya mahu carikan jodoh untuk Piyu nanti.
“Betul ke Piyu nak pergi esok? Dah fikir baik-baik ke?” Tanya Pak Mat
untuk kesekian kalinya. Piyu memandang ke arah Pak Mat. Dia mengeluh kecil. Dia
tahu Pak Mat berat hati mahu meninggalkannya.
“
Maafkan Piyu, ayah. Piyu kena pergi. Kalau Piyu tak pergi, sia-sialah Piyu
belajar bertahun-tahun selama ini. Piyu janji, kalau ada cuti Piyu akan balik
kampung ya.”Piyu memandang Pak Mat penuh pengertian. Dia faham apa yang Pak Mat
rasa. Dia juga berat hati mahu meninggalkan Pak Mat sendirian di kampung.
Namun, peluang ini hanya datang sekali. Kalau dia tidak pergi maka peluangnya
untuk masuk ke istana adalah tipis.
“
Baiklah kalau itu yang Piyu kata. Yang penting doa ayah selalu bersama Piyu.”
Ujar Pak Mat redha lalu melangkah keluar dari bilik Piyu. Piyu hanya menghantar
langkah Pak Mat dengan pandangan mata.
Termenung seketika dirinya setelah Pak Mat keluar dari biliknya.
Tangannya sudah berhenti dari menyimpan pakaian yang ingin dibawa ke dalam beg.
Tiba-tiba wajah seseorang terbias di matanya.
“Qash.”Nama itu tanpa amaran meluncur keluar dari bibirnya. Apabila
mengingatkan nama itu menerpa rasa jauh hati menusuk ke dalam jiwanya. Mana
tidaknya sudah dua hari semenjak dia menghantar lelaki itu ke klinik, lelaki
itu tidak menghubunginya lagi. Mereka sudah bertukar nombor telefon ketika dia
menemankan lelaki itu di klinik. Jadi apa yang menjadi penghalang untuk lelaki
itu menghubunginya.
Dia
tidak meminta yang lebih dari Qash tetapi mesej yang berterima kasih atas
jasanya pun dia tidak dapat. Setelah perbualan pelik di klinik dua hari lepas,
Qash terus menyepi diri. Dia telefon pun Qash tidak jawap. Bila orang tidak
sudi, dia pun malas mahu menghubungi lelaki itu lagi.
Teringat kembali perbualan mereka ketika dirinya menemankan Qash di
klinik...
“
Emm...boleh saya tanya kat awak sesuatu?” Soal Qash yang sedang duduk di tempat
menunggu sambil kepalanya berbalut. Mereka tengah menunggu giliran untuk
mengambil ubat.
“ Apa
dia yang awak nak tanya?”
“ Saya
cuma nak tanya pendapat awak mengenai masalah kawan saya. Kawan saya ada
masalah yang sulit tapi saya tak tahu bagaimana nak nasihatkan dia sebab itulah
saya nak tanya pendapat awak.” Jelas Qash panjang lebar.
“Apa
masalah kawan awak tu?” Soal Piyu seraya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia pun agak kureng sikit kalau dalam membei nasihat.
“ Kawan
saya tu pernah ada kekasih semasa dia berumur kira-kira 12 tahun. Dia berjanji
sesuatu dengan kekasihnya itu tapi dia mungkir janji sebab dia ada sebab yang
munasabah. Dia terpaksa pergi dari hidup kekasihnya tanpa mengucapkan selamat
tinggal. Tapi kawan saya tu dia didalam dilema bila dia terjumpa semula kekasih
dia tu baru-baru ini. Dia sangat sayangkan kekasih dia tu tapi dia takut
kekasih dia tak akan maafkan dia sebab kesilapan dia yang lalu. Kalau awaklah
jadi kekasih lama kawan saya tu, apa yang awak akan buat kalau kawan saya tu confess kat awak.” Qash berkata dengan
serius. Sekali sekala dia akan meraup wajah. Dia pula yang lebih-lebih risau
sedangkan itu masalah kawannya.
“Kalau
sayalah jadi kekasih kawan awak tu, memang saya tak layan lagi kawan awak tu.
Dia tak tahu betapa sakitnya menunggu seseorang tanpa khabar berita. Dia
sepatutnya mengucapkan selamat tinggal kat kekasih dia itu. Seseorang yang mungkir
janji amat saya benci dalam hidup saya. Sekali dia mungkir janji kepercayaan
saya akan lupus sama sekali. Mungkir janji itu sama saja dengan menipu. Kalau
tak dapat laksanakan kenapa harus
berjanji. Tak ke menipu namanya tu. Kalau saya jadi kekasih kawan awak itu saya
memang sakit hati sangat!” Piyu berkata dengan emosi. Teringat pula kenangan
yang pahit dalam silamnya walaupun agak kabur ingatannya. Kenapa dia tiba-tiba
beremosi.
“Maaflah kalau saya ganggu awak dengan soalan yang bodoh macam itu. Lepas
ini saya tak akan tanya lagi.” Balas Qash dengan suara yang mendatar. Wajahnya
bertukar riak.
Piyu
hanya mengangkat bahu tanda dia tidak kisah. Bagi nasihat percuma je pun. Tak
luak air liurnya. Apa yang membuatkannya rasa pelik, selepas saja mengambil
ubat Qash seperti tergesa-gesa pergi. Qash seperti mahu lari darinya. Balik pun
dia keseorangan. Nasib baik dia ada tambang untuk balik ke rumah. Masa datang
tadi dia bayar teksi pakai duit Qash. Duit yang sepatutnya untuk beli kari tadi
itulah yang digunakannya untuk balik.
Ingatannya pada peristiwa dua hari lepas segera dipadamkan. Tangannya
melipat semula pakaiannya yang tergendala tadi. Malas dia mahu memikirkan pad
orang yang tidak penting itu. Apa yang penting sekarang ialah masa depannya
dengan Pak Mat. Dia mahu membanggakan Pak Mat yang sudah menjaganya selama ini.
Tanpa disedari satu desahan keluar dari bibir merahnya.
*****************************************
Samsung Galaxy S4 yang berada di atas meja dipandang lama. Tengku Aiman
buntu dengan perasaannya sendiri. Dia sudah membuat keputusan untuk tidak
menghubungi gadis itu lagi tetapi hatinya bagaikan digigit-gigit untuk bertemu
dengan gadis itu. Dia rindu dengan wajah itu. Namun jawapan gadis itu di klinik
tiga hari lepas membuatkan hatinya berbolak balik. Adakah dia patut mengaku
segala-galanya pada gadis itu??
Panggilan dari ayahandanya tadi juga membuatkan fikirannya semakin
sesak. Ayahanda semakin memaksa mahukan jawapan darinya. Apa yang harus dia
lakukan. Wajahnya diraup kasar. Dia harus membuat solat istikarah malam ini.
Dia perlukan petunjuk dari Tuhan. Jika betul Piyu jodohnya, dia sanggup
menghampakan kehendak ayahandanya. Namun jika sebaliknya, dia akan melupuskan
nama Piyu dari hidupnya buat selamanya.
Setelah berfikir untuk seketika, Tengku Aiman mengambil Samsung Galaxy
S4 dari atas meja lalu mendail nombor Shah. Dia sangat memerlukan sokongan dari
sepupunya itu.
“Hello...”Ujar Putera Sharin dengan
nada yang mendatar.
“
Walaikumussalam...sa..”Belum habis Putera Aiman bercakap namun sudah dipotong
oleh Putera Sharin.
“Sorry wrong number..”Balas Putera Sharin bersahaja. Entah ustaz mana
yang call dia tengah hari buta ni. Dahla dia tak ada mood. Tahulah dia tak ucap
salam dulu tadi.
“
Eh..wrong number kepala hotak kau.. Ini akulah Aiman. Kau ni jawap telefon ada
ke tengok nama pemanggil dulu!”Pekik Putera Aiman di sebelah sana. Terbuntang
mata Putera Sharin bila mendengarnya. Dua tiga kali dia melihat balik siapa
yang tengah memanggilnya. Dia kemudiaannya ketawa.
“
Siapa suruh kau berlagak macam ustaz. Aku ingat ustaz sesat manalah yang call
aku tadi.” Putera Sharin masih dengan sisa ketawanya.
“ Dah
kau tak bagi salam dulu. Main terjah je jawap call. Ingat kita ni orang
Islam..wajib untuk kita bagi salam pada umat lain.” Bebel Putera Aiman.
“Aku
ni musykillah..kau dulu belajar kat Universiti Havard ke belajar kat Universiti
Al-Azhar?..Mengalahkan ustaz aku kat sekolah je kau membebel.”Balas Putera
Sharin sinis.
“ Aku
ni cuma menegur kita sesama islam. Suka hati kaulah nak cakap apa, asalkan aku
dah tegur. Lagipun aku call kau ni bukan sebab nak bagi ceramah agama tapi aku
call ni sebab aku ada benda nak minta nasihat kau.” Jelas Putera Aiman seraya mengeluh
di hujung katanya.
“
Sebelum kau nak minta nasihat aku, kau dah tak cari apa yang aku minta hari
tu?” Soal Putera Sharin dengan rasa tidak sabarnya. Putera Aiman sudah menepuk
dahi di sebelah sana. Dia sudah terlupa pasal itu. Aduii...apa yang dia nak
jawap ni??? Menyesal pula dia call Shah itu.
“Aku
tengah carilah kat sini. Kau sabarlah sikit. Bukannya dia tu anak ayam yang aku
boleh senang-senang je cari.” Balas Putera Aiman dengan rasa bersalah. Tak apa
kalau sekali sekali dia bohong sunat.
“ Kau
ni lembap lah. Kalau susah-susah lebih baik aku upah spy dari aku minta kau
yang cari.” Putera Sharin menjawap geram. Memang tak boleh diharap betul
sepupunya itu. Nama je putera mahkota tapi kerja lembap..
“Baguslah tu kalau kau nak upah spy. Aku
dah tak kuasa nak cari sesiapa memandangkan aku banyak yang nak difikirkan kat
sini. Kau guna je khidmat spy tu kalau kau nak cepat.”Saran Putera Aiman
kemudiannya.
“Macam
ada banyak problem je kau ni.”Ujar Putera Sharin kemudiannya.
“ Kau
tak tahu ke yang ayahanda aku nak aku kahwin secepat mungkin. Kalau aku tolak, he will kick my ass from this country..plus he only give me two weeks to think
about it..” luah Putera Aiman. Terdiam seketika Putera Sharin. Kemudian
terdengar ketawanya meletus.
“ Kau
nak kahwin...What a funny situation.
Sorry bro, I don’t know that you involve with this crucial problem.
Ok...ok...about my girl you don’t have to find her, I will hire spy to find
her. I hope you can solve your CRUCIAL PROBLEM...hhahahahahhaha!” Balas
Putera Sharin dengan ketawanya yang tidak henti-henti. Habislah sepupunya itu
kena kahwin paksa. Lucu pula rasanya.
“
Banyak kau punya crucial problem. Tengoklah nanti. Jangan-jangan kau pun kena
kahwin paksa juga suatu hari nanti. That day I will laugh back at you..”Geram
pula Putera Aiman dengan Putera Sharin yang asyik mempersendakannya.
“ Sorry
bro, kalau aku yang kena paksa dah lama aku cabut. I only want to marry with my girl. Just her..”Balas Putera Sharin
yang masih dengan sisa ketawanya. Namun dia serius dengan ucapannya. Dia memang
hanya akan kahwin dengan gadis yang telah membuka pintu hatinya itu.
“
Erm..ketawalah kau puas-puas. Tak kuasa aku nak melayan.”Putera Aiman sudah
mengalah. Malas mahu melayan karenah Putera Sharin yang tak habis-habis itu.
“ Chill la bro. Aku pun ada problem juga
kat sini..” Luah Putera Sharin pula.
“
Apa pula problem kau kat situ?”
“ You know my mom just hire a bodyguard for me.
Kau tahulah aku ni tak suka dikawal. Biasalah bonda tu, bukannya nak dengar apa
yang aku cakap. Dia cakap semua ni untuk keselamatan aku juga. Kalau aku tolak
mulalah dia buat nada sedih. Lepas itu main ugut-ugut pula. Geram betul aku !”
Penuh dengan rasa tidak puas hati Putera Sharin bercerita.
“Erm..oklah tu dia upah bodyguard untuk kau. Kau tu bukannya boleh caya
sangat. Aku sokong sangat apa yang Auntie Aliah buat.” Ujar Putera Aiman
menyokong.
“
Kau ni belah siapa sebenarnya? Saja buat mood aku tak baik. Dahlah bodyguard tu
datang hari ni. Spoil betul!!” Bengang Putera Sharin.
“
Sorry dude, kali ni aku belah bonda kau. This is for your own good ok..so pukul
berapa bodyguard kau tu nak datang?” Jelas Putera Aiman sejujurnya. Mengeluh
Putera Sharin mendengarnya. Sepupunya pun menyokong apa yang dilakukan
bondanya.
“
Kejap lagi kot..Bonda cakap tengah hari ni dia akan datang jumpa aku.” Balas
Putera Sharin malas. Kemudian kedengaran ketukan dari luar biliknya.
“ Tuan, saya Ejen 001 datang bertugas!”Tabik satu suara dari luar biliknya.
“ Emmm...panjang umur dia, Man. Nanti kau call aku balik. Bodyguard aku
dah sampai.”Ujar Putera Sharin malas. Talian kemudian diputuskan. Putera Aiman
disebelah sana hanya tersengih. Bukan dia tidak tahu betapa Putera Sharin tidak
suka dikawal. Masalah yang mahu ditanya pada Putera Sharin tadi sudah hilang
sebentar dari benaknya. Mungkin kerana terlalu lalai dengan omongan kosong
Putera Sharin yang lucu sehinggakan dia terlupa dengan tujuan asal dia telefon
pada Putera Sharin.
“ Masuk!” Arah Putera Sharin dengan
suara mendatar. Pasti hidupnya bosan selepas ini.
Lantas masuk sesusuk tubuh ke dalam biliknya lalu memberi tabik hormat
padanya.
“
Ya, tuan. Saya Dayana Faraitu Ain datang bertugas. Tuan panggil saja saya Ejen
001 sepanjang saya bertugas dengan tuan!” Tertib betul gaya bunyi bodyguard nya
itu.
Putera Sharin yang mengira bodyguard nya lelaki lantas mendongak selepas
mendengar suara wanita yang berkumandang di telinganya. Matanya kemudian
terpaku pada susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya. Dunianya terasa
berputar seketika. Bukankah itu BIDADARINYA????
p/s: sorry sebab lambat update...masih dalam mood cuti...harap bab kali ni dapat merungkaikan persoalan banyak pihak..:)...Jangan lupa komen lepas baca ya..:)
9 comments:
BESTNYA NAK LAGI.
best nyer...
wahh..asyikk!..best nyer..buat la byak lgi..meQ mok mnghayati ceta ya..nang feeling larhh..boleh sik?
trima kasih kpda semua pembaca...kalau ada masa sy akan update lagi..:)
Best
best btol entry kali ni..
Bile nak update chapter seterusnya ....
dah tak update chapter utk pp sb tgh buat manuskrip...:)
Dh kua ker citer ni
Post a Comment