Bab 9
“Shah tak
setuju bonda. Shah tahu nak jaga diri. Tak perlu bodyguard segala. Shah bukan
budak kecil lagi!” Berkerut seribu wajah Putera Sharin bila Puteri Aliah
membangkitkan soal keselamatannya. Dia tidak suka dikawal 24 jam. Dia bukannya
putera mahkota untuk dilindungi.
“Ini bukan soal budak kecil Shah. You’re just recover from accident.”
Balas Puteri Aliah geram. Bilalah Putera Sharin mahu faham akan perasaan
risaunya. Anaknya itu bukan boleh dipercayai sangat untuk membawa kereta.
Jangan-jangan berdesup saja bunyi kereta kalau matanya memandang kejap ke
tempat lain.
“Nope...this is my privacy. Lagipun Shah bukannya putera mahkota yang
perlu dikawal semua!” Tinggi sudah nada suaranya. Dia mahu hidup bebas. Sebab
itulah dia gembira bila dirinya tidak ditabalkan menjadi putera mahkota. Namun
permintaan bondanya itu telah merentap kebebasannya. Kerusi rodanya dibawa ke
tepi tingkap. Memandang pemandangan diluar sana agar hatinya sejuk.
“Memang betul Shah bukan putera mahkota...but you’re my son. You’re my
only SON!!” Balas Puteri Aliah lalu menitiskan air mata. Dia sebak bila Putera
Sharin meninggikan suara dengannya. Memang Putera Sharin bukan putera mahkota
tapi Putera Sharin adalah satu-satunya anaknya. Tempat dia menumpahkan seluruh
kasihnya. Dia memandang geram ke arah Putera Sharin. Sudahlah berkerusi roda
ada hati mahu menjaga diri. Degil!!
“
Bonda..i’m sorry..but bodyguard is too ridiculous.
Kat villa ni masih ramai lagi yang boleh jaga Shah.” Putera Sharin mula memujuk
Puteri Aliah. Nada suaranya dilunakkan. Terkesan juga dia dengan air mata
bondanya. Dia tidak bermaksud untuk meninggikan suara pada bondanya.
“Semua
yang kat villa ni tak boleh dipercayai. Semuanya kamcheng Shah kan. Nanti
mati-mati bonda ditipunya. Lagipun bodyguard kali ini yang profesional. I ask
personally from Johan about this guy. He said this guy is really relieable.”Ujar
Puteri Aliah sambil memeluk tubuh. Air matanya tadi dikesat. Kali ini dia tidak
akan kalah dengan rayuan Putera Sharin. Nyawa Putera Sharin lebih penting. Dia
sanggup berhabis ribu raban hanya untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
“
Johan anak menteri pertahanan negara tu ke yang bonda maksudkan?” Soal Putera
Sharin.
“
Yup. Johan anak Uncle Fahrin kamu. Diakan
belajar kat Akademi Skuad Khas. Dia kenal ramai orang yang pakar buat
kerja-kerja macam ni.”Puteri Aliah sudah mengukir senyuman.
“Bonda
tak kesian ke tengok Shah kena penjara macam orang gila nanti?” Ujar Putera
Sharin masih memprotes. Kalau kawan Johan dari akademi mesti semuanya wajah
menakutkan dan serius saja. Bosanlah hidupnya selepas ini.
“
Kalau kena penjara untuk kebaikan apa salahnya. Lagipun bonda ambik bodyguard
ni untuk tiga bulan je pun. Lepas Shah
betul-betul boleh jalan tanpa menggunakan kerusi roda, bonda akan lepaskan Shah
bebas. Lagi cepat Shah sembuh lagi cepat
Shah bebas. Kalau Shah sembuh awal dari tiga bulan, bonda akan
berhentikan bodyguard. That’s my promise.”Ujar Puteri Aliah bersungguh. Putera
Sharin memuncungkan mulutnya tidak puas hati. Bondanya memang mahu membuli
dirinya.
“My
decision is final. No objection!”Ujar Puteri Aliah bila melihat Putera Sharin
mahu membalas kata-katanya. Kakinya kemudian diangkat pergi meninggalkan Putera
Sharin sendirian.
“
Arghhhhh!!” Jerit Putera Sharin geram. Dihentak-hentak pemegang kerusi rodanya.
Puteri Aliah yang berada diluar biliknya sudah ketawa kecil. Biar Putera Sharin
rasakan. Siapa suruh anaknya itu tidak mendengar kata selama ini.
***************************
Piyu mengayuh basikalnya laju. Dia mahu ke kedai runcit Sulaiman. Dia
sudah berkira untuk memasakkan Pak Mat makanan yang sedap-sedap hari ini. Tiga
hari lagi dia akan ke Darul Isni untuk jadi pengawal. Tak sabar rasanya.
Matanya kemudian menangkap kelibat seseorang dari hadapan. Seperti ada
pergaduhan.
“Hei orang bandar, kau jangan nak tunjuk
lagak kat kampung kami nilah!”Ujar Daim lalu menunjal dada bidang Putera Aiman.
Dia memang dah lama sakit hati dengan orang bandar yang tampan itu. Semenjak lelaki itu datang ke kampungnya, terus jatuh sahamnya sebagai anak ketua
kampung.
“
Bila masa pula aku tunjuk lagak dengan penduduk kampung. Bercakap dengan mereka
pun aku tak pernah.”Balas Putera Aiman tenang. Malas mahu melayan karenah Daim.
Nampak sangat Daim itu kaki lepak. Bukan dia tak selalu nampak lelaki ini
selalu melepak di warung Haji Salih.
“
Kau jangan nak tunjuk pandai ya. Tak tunjuk lagak konon. Kau berlagak dengan
semua lelaki kat kampung ni dengan menunjukkan yang kau boleh tackle semua
perempuan kat sini kan. Habis semua perempuan kat kampung ni kau sapu!!” Balas
Daim geram. Dia sangat iri hati dengan lelaki itu kerana lelaki itu sering
meniti di mulut gadis-gadis kampungnya. Begitu hebatkah lelaki itu sehingga
nama dia lupus dibuai angin.
“
Bercakap tu biar pandang-pandang..Bet...” Putera Aiman menekup mulut. Dia
hampir tersasul. Nasib baik tidak terkeluar ayat istananya. Bahaya betul!..
“
Aku tak pernah pun kacau perempuan-perempuan kampung ni. Kau jangan nak menabur
fitnah. Aku datang ke kampung ni dengan niat yang baik.” Sambung Putera Aiman
kemudiannya.
“
Hermhh..aku tahulah taktik lelaki hidung belang macam kau ni. Buat muka baik
tapi sebenarnya hati kau tu hitam!” Hambur Daim. Dia memandang kejap ke arah
gengnya.Geng lepaknya sudah bersiap sedia di belakangnya. Dia merancang untuk
mengerjakan orang bandar itu cukup-cukup hari ini. Kalau boleh dia mahu
lumat-lumatkan wajah tampan lelaki itu.
“
Malas aku nak layan orang yang tak reti bahasa macam kau ni.” Ujar Putera Aiman
lalu mengangkat kakinya dari situ. Namun langkahnya terhalang oleh geng Daim.
Daim pula bertindak mencengkam kolar baju Putera Aiman lalu dibawa rapat ke
wajahnya.
“
Kau jangan ingat kau boleh blah macam tu je. Kalau kau rasa kau hebat sangat,
kita lawan silat!” Cabar Daim lalu melepaskan cengkamannya dengan kasar. Badan
Putera Aiman kemudian ditolak kasar ke tanah. Merah wajah Putera Aiman
dibuatnya. Dia sudah marah. Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu. Ini sudah
melampau.
“
Baik..kalau itu yang kau nak!” Balas Putera Aiman setelah bangun dari jatuhnya.
Badannya yang dibaluti pasir ditibas kasar. Maruahnya seperti dipijak-pijak.
Tidak boleh dibiarkan orang yang biadap seperti ini.
Daim
senyum gembira bila Putera Aiman masuk dalam perangkapnya. Dia memberi signal
dengan gengnya.
Putera Aiman sudah membuka bunga. Walaupun dia tidak berapa mahir dalam
silat dia kan cuba. Dia lebih mahir dalam Taekwando dan Tang Soo Do. Malah dia
ada persoanal trainer untuk kedua-dua seni mempertahankan diri itu. Ah..dia
peduli apa, bantai sajalah.
Putera Aiman memulakan serangan pertama namun tersasar. Daim mengukir
senyuman sinis. Kemudian Daim pula melancarkan serangan namun dapat dipatahkan
oleh Putera Aiman. Dia campurkan segala seni pertahankan diri yang dia belajar
sementelah aksi silatnya tadi tidak menjadi. Bertubi-tubi serangan dilancarkan
ke atas Daim sehinggakan Daim tidak mampu untuk bangun. Melihat keadaan semakin
genting Daim memberi signal mata kepada gengnya yang hanya memerhati sebelum
ini.
Salah seorang gengnya kemudiannya mengambil
kayu di bahu jalan lalu dipalu di atas kepala Putera Aiman. Rebah Putera Aiman
disebabkan hentakan kasar di kepalanya. Dia mengerang kesakitan. Daim tersengih
lalu mengelap bibirnya yang pecah berdarah. Jika cara kotor dapat menewaskan
lawannya, dia sanggup asalkan dia menang.
Melihat Putera Aiman tidak mampu menyerang bertubi-tubi pula mereka
menendang badan Putera Aiman. Piyu yang tadinya hanya memandang dari jauh mula
mara ke hadapan. Basikalnya sudah diparkirkan di bahu jalan. Nampaknya sahabat
barunya memerlukan bantuannya.
“Hoi..berhenti pukul dia!” Jerit Piyu sambil bercekak pinggang. Matanya
dicerlungkan kearah semua lelaki yang memukul Putera Aiman. Semua mata
kemudiannya memandang kerahnya.
Terkejut Daim melihat gerangan yang menganggu aktivitinya.
“ Kau
Piyu..kau ni memang sibuk betullah. Masak kat rumah tu cukuplah. Tak payah nak
masuk campur hal orang jantan.” Sinis Daim. Wajah Piyu yang putih bersih itu
menarik perhatiannya namun segera ditutup. Bukan dia tak ada menghantar
rombongan meminang sebelum Piyu pergi belajar jauh dulu, tapi pinangannya
ditolak. Berdendam juga di dengan perempuan itu. Berlagak je lebih. Kalau dia
rogol baru perempuan itu tahu langit tu tinggi atau rendah.
“ Hal
orang jantan kepala hotak kau! Kau tu tutup sebelah mata pun aku boleh
lawan..ada hati nak perkecilkan kebolehan aku. Ingat orang perempuan hanya
boleh memasak saja ke!” Tempik Piyu. Mulut Daim memang mulut puaka.
“
Kau jangan nak naikkan darah aku Piyu. Sekali aku lasing berterabur kau
karang!” Daim memberi amaran.
“
Aku tak takutlah dengan kau. Lasinglah kalau kau berani!” Balas Piyu lalu
membuka bunga silatnya.
Daim apalagi, bila sudah dicabar dia pun terus menyerang. Tapi
serangannya tidak menjadi. Piyu lebih tangkas mengelak. Sebaliknya Daim pula
yang menerima habuannya. Dengan 2 kali libasan Daim terus pengsan kerananya.
Setelah itu seorang demi seorang dikerjakannya. Semuanya seperti taik!..Seorang
pun tak dapat melawan kejaguhannya. Dia tersenyum riak. Ini Piyulah anak Pak
Mat...Keturunan PENDEKARR!!
Matanya kemudia melilau mencari Putera Aiman. Kelihatan lelaki itu sudah
pengsan kerana hentakan kuat di kepala tadi. Piyu segera pergi ke arahnya.
Kepala lelaki itu dipangku lalu pipi lelaki itu ditepuk perlahan.
“ Qash....Qash..bangun!” Ujar Piyu cuba menyedarkan lelaki itu. Namun
masih tiada respon.
“ Qash..Qash..bangun!!” Panggil Piyu lagi tapi kali ini pipi lelaki itu
ditepuk dengan lebih kuat. Kemudian kedengaran lelaki itu mendesis perlahan.
Matanya terbuka perlahan. Dia sepertinya kaget melihat wajah Piyu berada di
hadapan matanya.
“ Piyu..”Lembut dia menyebut lalu dia lantas bangun. Kemudian tubuh
gadis itu dibawa ke dakapannya. Piyu tercenggang. Apa sudah jadi dengan Qash.
Adakah hentakan kayu tadi terlampau kuat sehinggakan dia hilang akal?????
.....Bersambung.....
p/s: kalau ada pendapat jangan segan-segan utarakan
ya...:).Owh ya....Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam...Semoga sentiasa sihat
dan sejahtera...:)
5 comments:
BEST SANGAT-2,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.
tq baby mio...slamat hari raya...:)
bestlar cerita ni!semua sy dah baca.inilah cnth penulis yg hebat
best sgttt..
best ler..
Post a Comment