Sky Blue Bobblehead Bunny SeDuTan !Lh@m H@t!kU..:): Permaisuriku Pengawal Bab 9

Permaisuriku Pengawal

Tuesday, August 6, 2013

Permaisuriku Pengawal Bab 9

   Bab 9
                                                                      

                  “Shah tak setuju bonda. Shah tahu nak jaga diri. Tak perlu bodyguard segala. Shah bukan budak kecil lagi!” Berkerut seribu wajah Putera Sharin bila Puteri Aliah membangkitkan soal keselamatannya. Dia tidak suka dikawal 24 jam. Dia bukannya putera mahkota untuk dilindungi.
                  “Ini bukan soal budak kecil Shah. You’re just recover from accident.” Balas Puteri Aliah geram. Bilalah Putera Sharin mahu faham akan perasaan risaunya. Anaknya itu bukan boleh dipercayai sangat untuk membawa kereta. Jangan-jangan berdesup saja bunyi kereta kalau matanya memandang kejap ke tempat lain.
                “Nope...this is my privacy. Lagipun Shah bukannya putera mahkota yang perlu dikawal semua!” Tinggi sudah nada suaranya. Dia mahu hidup bebas. Sebab itulah dia gembira bila dirinya tidak ditabalkan menjadi putera mahkota. Namun permintaan bondanya itu telah merentap kebebasannya. Kerusi rodanya dibawa ke tepi tingkap. Memandang pemandangan diluar sana agar hatinya sejuk.
               “Memang betul Shah bukan putera mahkota...but you’re my son. You’re my only SON!!” Balas Puteri Aliah lalu menitiskan air mata. Dia sebak bila Putera Sharin meninggikan suara dengannya. Memang Putera Sharin bukan putera mahkota tapi Putera Sharin adalah satu-satunya anaknya. Tempat dia menumpahkan seluruh kasihnya. Dia memandang geram ke arah Putera Sharin. Sudahlah berkerusi roda ada hati mahu menjaga diri. Degil!!
           “ Bonda..i’m sorry..but bodyguard is too ridiculous. Kat villa ni masih ramai lagi yang boleh jaga Shah.” Putera Sharin mula memujuk Puteri Aliah. Nada suaranya dilunakkan. Terkesan juga dia dengan air mata bondanya. Dia tidak bermaksud untuk meninggikan suara pada bondanya.
             “Semua yang kat villa ni tak boleh dipercayai. Semuanya kamcheng Shah kan. Nanti mati-mati bonda ditipunya. Lagipun bodyguard kali ini yang profesional. I ask personally from Johan about this guy. He said this guy is really relieable.”Ujar Puteri Aliah sambil memeluk tubuh. Air matanya tadi dikesat. Kali ini dia tidak akan kalah dengan rayuan Putera Sharin. Nyawa Putera Sharin lebih penting. Dia sanggup berhabis ribu raban hanya untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
                 “ Johan anak menteri pertahanan negara tu ke yang bonda maksudkan?” Soal Putera Sharin.
                 “ Yup. Johan anak Uncle Fahrin kamu. Diakan belajar kat Akademi Skuad Khas. Dia kenal ramai orang yang pakar buat kerja-kerja macam ni.”Puteri Aliah sudah mengukir senyuman.
                “Bonda tak kesian ke tengok Shah kena penjara macam orang gila nanti?” Ujar Putera Sharin masih memprotes. Kalau kawan Johan dari akademi mesti semuanya wajah menakutkan dan serius saja. Bosanlah hidupnya selepas ini.
               “ Kalau kena penjara untuk kebaikan apa salahnya. Lagipun bonda ambik bodyguard ni untuk tiga bulan  je pun. Lepas Shah betul-betul boleh jalan tanpa menggunakan kerusi roda, bonda akan lepaskan Shah bebas. Lagi cepat Shah sembuh lagi cepat  Shah bebas. Kalau Shah sembuh awal dari tiga bulan, bonda akan berhentikan bodyguard. That’s my promise.”Ujar Puteri Aliah bersungguh. Putera Sharin memuncungkan mulutnya tidak puas hati. Bondanya memang mahu membuli dirinya.
              “My decision is final. No objection!”Ujar Puteri Aliah bila melihat Putera Sharin mahu membalas kata-katanya. Kakinya kemudian diangkat pergi meninggalkan Putera Sharin sendirian.
            “ Arghhhhh!!” Jerit Putera Sharin geram. Dihentak-hentak pemegang kerusi rodanya. Puteri Aliah yang berada diluar biliknya sudah ketawa kecil. Biar Putera Sharin rasakan. Siapa suruh anaknya itu tidak mendengar kata selama ini.

                                               ***************************

                       Piyu mengayuh basikalnya laju. Dia mahu ke kedai runcit Sulaiman. Dia sudah berkira untuk memasakkan Pak Mat makanan yang sedap-sedap hari ini. Tiga hari lagi dia akan ke Darul Isni untuk jadi pengawal. Tak sabar rasanya. Matanya kemudian menangkap kelibat seseorang dari hadapan. Seperti ada pergaduhan.
                   “Hei orang bandar, kau jangan nak tunjuk lagak kat kampung kami nilah!”Ujar Daim lalu menunjal dada bidang Putera Aiman. Dia memang dah lama sakit hati dengan orang bandar yang tampan itu. Semenjak lelaki itu datang ke kampungnya, terus jatuh sahamnya sebagai anak ketua kampung.
                  “ Bila masa pula aku tunjuk lagak dengan penduduk kampung. Bercakap dengan mereka pun aku tak pernah.”Balas Putera Aiman tenang. Malas mahu melayan karenah Daim. Nampak sangat Daim itu kaki lepak. Bukan dia tak selalu nampak lelaki ini selalu melepak di warung Haji Salih.
                 “ Kau jangan nak tunjuk pandai ya. Tak tunjuk lagak konon. Kau berlagak dengan semua lelaki kat kampung ni dengan menunjukkan yang kau boleh tackle semua perempuan kat sini kan. Habis semua perempuan kat kampung ni kau sapu!!” Balas Daim geram. Dia sangat iri hati dengan lelaki itu kerana lelaki itu sering meniti di mulut gadis-gadis kampungnya. Begitu hebatkah lelaki itu sehingga nama dia lupus dibuai angin.
                 “ Bercakap tu biar pandang-pandang..Bet...” Putera Aiman menekup mulut. Dia hampir tersasul. Nasib baik tidak terkeluar ayat istananya. Bahaya betul!..
                 “ Aku tak pernah pun kacau perempuan-perempuan kampung ni. Kau jangan nak menabur fitnah. Aku datang ke kampung ni dengan niat yang baik.” Sambung Putera Aiman kemudiannya.
                “ Hermhh..aku tahulah taktik lelaki hidung belang macam kau ni. Buat muka baik tapi sebenarnya hati kau tu hitam!” Hambur Daim. Dia memandang kejap ke arah gengnya.Geng lepaknya sudah bersiap sedia di belakangnya. Dia merancang untuk mengerjakan orang bandar itu cukup-cukup hari ini. Kalau boleh dia mahu lumat-lumatkan wajah tampan lelaki itu.
                “ Malas aku nak layan orang yang tak reti bahasa macam kau ni.” Ujar Putera Aiman lalu mengangkat kakinya dari situ. Namun langkahnya terhalang oleh geng Daim. Daim pula bertindak mencengkam kolar baju Putera Aiman lalu dibawa rapat ke wajahnya.
                 “ Kau jangan ingat kau boleh blah macam tu je. Kalau kau rasa kau hebat sangat, kita lawan silat!” Cabar Daim lalu melepaskan cengkamannya dengan kasar. Badan Putera Aiman kemudian ditolak kasar ke tanah. Merah wajah Putera Aiman dibuatnya. Dia sudah marah. Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu. Ini sudah melampau.
                “ Baik..kalau itu yang kau nak!” Balas Putera Aiman setelah bangun dari jatuhnya. Badannya yang dibaluti pasir ditibas kasar. Maruahnya seperti dipijak-pijak. Tidak boleh dibiarkan orang yang biadap seperti ini.
                Daim senyum gembira bila Putera Aiman masuk dalam perangkapnya. Dia memberi signal dengan gengnya.
               Putera Aiman sudah membuka bunga. Walaupun dia tidak berapa mahir dalam silat dia kan cuba. Dia lebih mahir dalam Taekwando dan Tang Soo Do. Malah dia ada persoanal trainer untuk kedua-dua seni mempertahankan diri itu. Ah..dia peduli apa, bantai sajalah.
              Putera Aiman memulakan serangan pertama namun tersasar. Daim mengukir senyuman sinis. Kemudian Daim pula melancarkan serangan namun dapat dipatahkan oleh Putera Aiman. Dia campurkan segala seni pertahankan diri yang dia belajar sementelah aksi silatnya tadi tidak menjadi. Bertubi-tubi serangan dilancarkan ke atas Daim sehinggakan Daim tidak mampu untuk bangun. Melihat keadaan semakin genting Daim memberi signal mata kepada gengnya yang hanya memerhati sebelum ini.
              Salah seorang gengnya kemudiannya mengambil kayu di bahu jalan lalu dipalu di atas kepala Putera Aiman. Rebah Putera Aiman disebabkan hentakan kasar di kepalanya. Dia mengerang kesakitan. Daim tersengih lalu mengelap bibirnya yang pecah berdarah. Jika cara kotor dapat menewaskan lawannya, dia sanggup asalkan dia menang.
             Melihat Putera Aiman tidak mampu menyerang bertubi-tubi pula mereka menendang badan Putera Aiman. Piyu yang tadinya hanya memandang dari jauh mula mara ke hadapan. Basikalnya sudah diparkirkan di bahu jalan. Nampaknya sahabat barunya memerlukan bantuannya.
                  “Hoi..berhenti pukul dia!” Jerit Piyu sambil bercekak pinggang. Matanya dicerlungkan kearah semua lelaki yang memukul Putera Aiman. Semua mata kemudiannya memandang kerahnya.
                 Terkejut Daim melihat gerangan yang menganggu aktivitinya.
              “ Kau Piyu..kau ni memang sibuk betullah. Masak kat rumah tu cukuplah. Tak payah nak masuk campur hal orang jantan.” Sinis Daim. Wajah Piyu yang putih bersih itu menarik perhatiannya namun segera ditutup. Bukan dia tak ada menghantar rombongan meminang sebelum Piyu pergi belajar jauh dulu, tapi pinangannya ditolak. Berdendam juga di dengan perempuan itu. Berlagak je lebih. Kalau dia rogol baru perempuan itu tahu langit tu tinggi atau rendah.
              “ Hal orang jantan kepala hotak kau! Kau tu tutup sebelah mata pun aku boleh lawan..ada hati nak perkecilkan kebolehan aku. Ingat orang perempuan hanya boleh memasak saja ke!” Tempik Piyu. Mulut Daim memang mulut puaka.
               “ Kau jangan nak naikkan darah aku Piyu. Sekali aku lasing berterabur kau karang!” Daim memberi amaran.
               “ Aku tak takutlah dengan kau. Lasinglah kalau kau berani!” Balas Piyu lalu membuka bunga silatnya.
                Daim apalagi, bila sudah dicabar dia pun terus menyerang. Tapi serangannya tidak menjadi. Piyu lebih tangkas mengelak. Sebaliknya Daim pula yang menerima habuannya. Dengan 2 kali libasan Daim terus pengsan kerananya. Setelah itu seorang demi seorang dikerjakannya. Semuanya seperti taik!..Seorang pun tak dapat melawan kejaguhannya. Dia tersenyum riak. Ini Piyulah anak Pak Mat...Keturunan PENDEKARR!!
                Matanya kemudia melilau mencari Putera Aiman. Kelihatan lelaki itu sudah pengsan kerana hentakan kuat di kepala tadi. Piyu segera pergi ke arahnya. Kepala lelaki itu dipangku lalu pipi lelaki itu ditepuk perlahan.
                     “ Qash....Qash..bangun!” Ujar Piyu cuba menyedarkan lelaki itu. Namun masih tiada respon.
                     “ Qash..Qash..bangun!!” Panggil Piyu lagi tapi kali ini pipi lelaki itu ditepuk dengan lebih kuat. Kemudian kedengaran lelaki itu mendesis perlahan. Matanya terbuka perlahan. Dia sepertinya kaget melihat wajah Piyu berada di hadapan matanya.
                       “ Piyu..”Lembut dia menyebut lalu dia lantas bangun. Kemudian tubuh gadis itu dibawa ke dakapannya. Piyu tercenggang. Apa sudah jadi dengan Qash. Adakah hentakan kayu tadi terlampau kuat sehinggakan dia hilang akal?????

.....Bersambung.....
p/s: kalau ada pendapat jangan segan-segan utarakan ya...:).Owh ya....Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam...Semoga sentiasa sihat dan sejahtera...:)
     
            
              
                

        

                 


        

                 




5 comments:

Unknown said...

BEST SANGAT-2,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

Santia Kim said...

tq baby mio...slamat hari raya...:)

rick ady said...

bestlar cerita ni!semua sy dah baca.inilah cnth penulis yg hebat

lyvia nerdz said...

best sgttt..

meera said...

best ler..

#navbar-iframe { display: none ; }